JellyPages.com

n o t h i n g b e s t

Assalamualaikum. Lama betul dah tak update blog. Berhabuk dah blog aku ni.

Hari ni hati asyik rasa tak sedap aje. Tak tahu kenapa. Mungkin ada sesuatu yang nak terjadi. Minta-minta benda yang baik. Amin

Dalam pukul 12.30 tengah malam tadi aku dapat mesej, aku dapat interview SPA course nursing. Ikutkan hati memang nak pergi sangat. Sebab macam terjamin lepas aku belajar tu. But now aku kat KPM . Honestly aku cakap yang aku tak yakin dengan subject networking. Aku takut, but usaha aku tak seberapa molek pun. Haishh, tak tahulah. Apa-apaun pun aku kena cuba sebaik yang mungkin. Pasal SPA tu, kena tanya pendapat family. Kalau mak dan abah izinkan, aku akan cuba untuk balik pergi interview tu. 

Actually, entry kali ni  tak ada apa-apa pun. Just saja mengisi masa yang terluang sambil buat coding..huhu..

#marilah mencuba jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik ... 
selamat malam..

Friend forever

Assalamualaim.. Malam-malam ni layan youtube. Memang pergh ahh.. Terharu aku bila Mira buat video. Maybe bagi korang tak ada apa-apa. But for me, I aku suka sangat even 4.56 minit. 



Bila tonton video ni, memang teringat semua kenangan di VOKSMA. Saya bangga jadi pelajar VOKSMA. Rindunya nak makan dekat DM, pergi class malam, jamuan raya (banyak kenangan time ni), suasana dorm H7, iron baju.. Eh semua la.. Yang paling tak tahan time pergi subuh. Ingat lagi Mira sampai jatuh tangga gara-gara kelam kabut sebab ustaz dah panggil nama kat surau. Lagi satu pasal biawak. Rasa nak tergelak bila nak taip ni. Hahaha. Teringat time baru balik class, nak pergi makan kat DM, Noor nyanyi lagu Awie Rafael tetiba biawak keluar.. Kelam kabut Noor lari. Sebaik tak jatuh. 

Tapi itu semua jadi kenangan kita semau. Harap kita boleh berjumpa dan bergelak ketawa macam dulu ok..

Okay la.. Tengah nak prepare celebrate birthday roommate ni. Aku rasa start dari 1hb September ni, ramai gila birthday member aku. Tapi yang paling sadis aku tak dapat nak celebrate birthday budak kecik 15hb  ni.. So sad.

#sebelum tidur basuh kaki dan baca doa yea kawan-kawan :)

Teksi Oh Teksi

Assalamualaikum, selamat menyambut  kemerdekaan negara yang ke-56 . Alhamdulilah sebab  kita masih diberi peluang untuk mengecapi kemerdekaan negara ini lagi. Semoga kemerdekaan negara kita ini terus kekal buat selamanya.

Sebab kan esok pagi mesti ada perarakan. so hari ni aku pergi outing ke bandar dengan roommate aku. Seriusly memang banyak keluar duit. Seratus tu macam seringgit jela aku rasakan. Hari ni jugak la aku belanja TERLAMPAU MAHAL. Naik teksi dari KPM ke Terminal  dan terus ke Kuantan Parade, dah kena 40ringgit. Padahal naik satu teksi yang sama.  Tak tahu lah nak cakap. Tapi dari Kuantan Parade ke KPM ni 15ringgit je pakcik teksi ni bagi. Memang aku takkan naik teksi  pakcik yang mula-mula aku call tulah... Cekik darah nak mampos.  Aku tahulah kau cari rezeki, but tak perlulah sebegitu sekali.  Tak apalah. Mungkin tu rezeki kau tadikan.n Itu memang yang pertama dan terakhir la aku naik teksi kau.. SERIK..

Dalam perjalan balik nak ke KPM, pakcik teksi ni pesan macam-macam dengan kami. Dia sangat baik bagi aku.  Dan mungkin dia memang baik, sebab dia berkopiah. BUT dont judge book by it cover.  Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tapi pada penilaian pertama aku, aku rasa pakcik tuh sangat la baik sebab dia banyak bagi nasihat. Dia juga ada cerita kejadian budak 15 tahun kena rogol dengan orang teksi masa cuti raya. Time tu la aku terfikir mungkin ada hikmah kenapa aku duduk kat terminal hari tu sampai 10 jam. Mungkin inilah hikmahnya. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Sykur juga masa raya hari tu aku tak naik teksi sorang-sorang. Ada budak satu kolej pun tak boleh harapkan. Hidup ni tak boleh selalu bergantung dekat orang, betulkan?. Bila teringatkan balik, rasa funny sangat time aku dekat terminal tu. Tidur dalam surau peluk beg. Sebab takut punya pasal. Dalam hati adalah terdetik  "AKU NI ADA GAYA MACAM PENGEMIS" hahaha..



Apa yang aku dapat hari ni dari pakcik teksi tu:
  • Naik teksi tak boleh sorang-sorang. Maximum 4 orang.
  • Kena tahu nombor plat teksi. Jangan main bedal je naik.
  • Kalau was-was dengan orang teksi tu, better tak payah naik.
  •  Nak booking teksi paling lambat adalah sejam dua jam dari masa yang kita nak
  •  Kalau nak pergi terminal, better sejam awal dah suruh pakcik teksi tu dah datang ambik kita.
  •  Misalnya musin perayaan, better booking teksi sehari sebelum .
  •  Last but not least, jangan takut nak buat adauan if cab yang kita naik tu "bermasalah"


Okay, enough for today. Esok banyak kerja nak buat. now time to sleep . Goodnight guys.

#penilaian yang pertama itu sangat penting.!  Jangan mudah percayakan orang.

#Merdeka ! ! !

New Life

Assalamuailaiku . Rasanya tak terlambat lagi nak wish Selamat Hari Raya. Terlampau busy sangat sampai berhabuk dah blog ni. Lepas ni tak tahu la apa jadi dengan blog ni. Masa lapang pun akan penuh je lepas ni. Maybe bila memang tengah bosan gila-gila baru update story kat sini.. Maybe la kan

Actually aku nak story sikit new life aku kat KPM. Sebulan genap dah aku kat sana. So far so good la setakat ni. Cuma kesihatan aku je yang kurang memberangsangkan. HOMESICK kot. Bermacam-macam kemungkinan yang boleh aku huraikan. Haha. Sebab first berjauhan terlampau lama gila dari parents kan. So macam terkejut la. Tapi nasib baik aku demam setiap hari cuti macam Sabtu Ahad saja. Alhamdulilah, even aku demam pun aku masih kuat. Aku puji diri aku sendiri sebab aku tak pernah sekuat macam ni. Plus, aku dapat roommate yg memang caring habis.  Aku pegang kata-kata Cikgu Jalal, “Orang yang demam pada awal perubahan itulah orang yang akan kuat di akhirnya”. insyaAllah aku akan jaga korang kalau korang sakit pula and aku nak belajar sungguh-sungguh.

Sebulan aku duduk kat KPM tak ada internet, aku rasa nak mati woo. Sebab hidup kat sanasemua nak guna internet. Sangat tidak adil bagi aku yang tak ada ni. Selalu mengharap simpati orang je. Sampai kadang-kadang tu aku rasa macam aku ni TAK ADA PERASAAN MALU je. DARURAT keyh.! Aku boleh je hidup tak online semua ni cuma bila belajar pun kena cara online aku mati kutu dibuatnya. Ni tinggal lagi seminggu, tapi aku tak tahulah nak guna broadband or p1. Masih dalam proses lagi.

Cadangnya esok aku nak kerja dekat kedai makan yang dulu aku kerja. Tapi memandangkan aku pun macam banyak kerja tak terbuat lagi. Tak boleh la nak kerja. Hidup semua perlukan duitkan? Kenalah hidup berdikari kalau nak hidup selasa sikit. Tak boleh harapkan mak ayah support je. Lain la kalau kau memang keturunan orang berada. Bila aku cakap dengan mak pun, mak tak membangkang. Tu yang buat aku nak kerja nie. Dapat dalam 150 tu pun dah okay bagi aku. Sapa yang nak bagi duit kat aku dengan nilai macam tuh kalau tak kerjakan? Tapi cari kerja yang HALAL yea. Itu sudah semestinya.! So terpaksa la postpone nak kerja tu. Aku ingat nak settlekan  kerja semua malam ni. Sekali aku stuck pula tengok soalan. Apapun  tak boleh nak buat. Esok insyaAllah dapat ketenangan sikit. Aku nak try buat. Malam ni aku agak serabut.minta-mintalah ada yang sudi membantu aku esok. Amin…

Okay lah, sampai sini je yang aku mampu. Aku nak beradu untuk beri tenaga kat otak ni. Huhuhu.

#tak ada entri raya tahun nie. Maybe kalau aku sempat aku masukakan gambar je. InsyaAllah.. esok ramai yang dah pulang dan mulakan rutin harian seperti biasa. So berhati-hatilah di jalan raya.


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA NATASYADILLAHMAD 



Julai =)

Assalamualaikum.

Sekejap je dah masuk bulan Julai. Bulan nie aku AKAN busy dengan study. Dah tak boleh nak banyak main-main. Aku nak focus. Acece. Focus la sangatkan. Apa-apa pun doakan aku yea. Aku jauh di perantauan ni. Haha . Yang pasti aku beraya dekat rumah jugak.! Cume berbuka sorang-sorang la gamaknya aku ni. Aku tak tahulah life aku kat sana macam mana. Hopefully baik-baik je. Aku tak tahu nak update pasal apa dah sebab otak aku ligat fikir macam-macam. Kena hidup berdikari. Bukan tak biasa cuma kali ni lain sangat sebab dulu sabtu ahad boleh juga balik . ini mau sebulan sekali je balik. Itupun kalau cuti panjang.

Terima kasih kat jiran-jiran yang memberi. walaupun tak seberapa. Tapi saya akan menghargainya. Sejujurnya aku agak rasa segan dan janggal bila orang memberi padahal aku cuma sambung belajar dalam Malaysia lagi. Tak apalah, orang memberi kita merasa. Papepun terima kasih semua terutama abang saya.  Semoga kalian dimurahkan rezeki. Aminn.

Selesai sudah packing barang semua.. Esok lepas subuh nak gerak ke Kuantan, Pahang. Awalkan gerak? First sebab tak tahu jalan. Second tak nak sampai malam sebab nak cari tempat berteduh lagikan. Third, semua orang perlukan rehat. Semoga Allah permudahkan urusan aku di sana. Destinasi aku adalah kpmim =)

Sementara ada masa ni aku nak minta maaf dan kalau ada jodoh kita berjumpa lagi. Mungkin terlalu awal untuk aku ucapkan. Tapi apa aku kesah? Haha. Selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelang tiba nanti.  Raya singgah datang rumah yea. Hehehe…



#new life at kpmim, make new friends. walau apa-apapun kawan aku, tetap akan jadi kawan aku  selamanya. semoga kita sama-sama berjaya, kawan. 

iri hati ? ? ?

Assalamualaikum semua dan selamat petang. Kenapa mesti ada insan yang suka iri hati dengan orang lain? Itulah kerja syaitan. Yang cuba untuk menyesatkan manusia.  Sampai kadang kala kita mengeluh dengan kehidupan kita yang tidak seperti orang lain. Sedarlah semua, bahawa syaitan tidak akan berhenti untuk menyesatkan kita.

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 bermaksud, “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?” Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Ini kerana dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain.

Islam mengharuskan umatnya mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain kepada dua perkara sahaja, iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimiliki oleh orang lain. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar, Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada dengki selain daripada dua perkara, iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah swt lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah swt lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia.”

Lebih molek kalau kita bersaing cara yang sihat dan kita juga memperolehi manfaatnya. Seseorang yang menyedari dirinya serba kekurangan, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia akan berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain. Inilah yang sepatutnya kita buat. Bukan cuba untuk menjatuhkan orang lain. Kita kena jadikan orang itu sebagai idola untuk kita berjaya seperti dia atau lebih dari dia.

Sesungguhnya seseorang itu tidak akan pernah lari dari kesusahan atau malapetaka di dunia ini. So kita kenalah banyak bersabar dan bertaqwa kepada Allah.  Allah sentiasa ada di untuk hambaNYA.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bermaksud, “Tiada seorang muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada kesalahannya.”

Sabar ni merupakan sifat yang sangat mulia. Dengan sabar juga seseorang itu boleh memeperolehi kehidupan yang lebih baik lepas berduka dan kecewa dan sebagainya.Kita selalu mendengar dan membaca kata-kata ini, “Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar itu, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”
Dari kata-kata di atas jelas menunjukan bahawa Allah tidak memberi kelebihan kepada kita dalam suatu perkara, tetapi Allah memberi kita kelebihan dalam sesuatu perkara yang lain.

Tidak rugi kepada orang yang bersabar menghadapi cercaan dan hinaan daripada orang lain kerana Allah s.w.t telah meletakkan di tempat yang tinggi darjat orang yang bersabar, “Katakanlah (wahai Muhammad akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: Ayat 10)

Sesungguhnya hasad dengki dan iri hati yang membawa kepada kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati supaya kita turut berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh nikmat, kesenangan dan kelebihan dari Allah s.w.t dan menggunakannya di jalan yang diredhai-Nya.


#marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Beranilah beramal dengan sifat yang terpuji dengan bersabar di atas setiap ujian. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Fanatik !!!

Assalamualaikum semua. Fanatic? Aku tak tahulah kenapa, tapi rasa something wrong with me! . Maybe nie semua gara-gara asyik online aje sejak “tanam anggur” kat rumah ni. Asyik nak dengar lagu dari kumpulan Forteen je. Sanggup aku download lagu Kita-Forteen kat handphone  semata-mata nak dengar setiap hari. Bukan tu aje, gambar ahli kumpulan Forteen pun asyik ku tatap. Wah, aku falling in love la dengan Forteen especially si Ariz Lufias dengan Izzue Islam.

Apa yang aku tengok, mereka sangatla akrab. Jelous tengok persahabatan diaorang. Macam adik beradik je.  Happening gila diaorang ni.Aku suka tengok Ariz pakai spec, nampak lagi handsome. Aku ingat si Aris tu pendiam, rupanya tak. Kelakar jugak orangnya. ! Kalau tengok keek mereka. Mesti tak cukup sekali. Berulang-ulang kali aku tengok la. Itu pun rasa tak puas lagi. Sampai termimpi-mimpikan Forteen ni datang rumah aku. Teruk betul aku. Kirim salam jela Forteen nak datang rumah. Tapi aku suka mimpi tu J Hope suatu hari aku dapat tengok Forteen nie depan mata sendiri.

 Tak nafikanlah yang Izzue nie ramai yang kenal dia dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Padahal dia dah lama dalam bidang lakonan nie. Cuma tak perasan la kan. Mungkin dia lebih terselah dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Suka tengok Izzue berlakon dalam SSID. Izzue suka buat mimik muka terutama mulut tu. Itu yang best. Watak Firash tu memang hidup la. Hope Izzue Islam terus berjaya dan bahagia dengan wife dia, Kak Awin.

Aku nak Forteen ni meletop suatu hari nanti. Aku yakin Forteen nie boleh berjaya dalam bidang nyanyian sebab masing-masing memang ada bakat tersendiri. Tak bosan dengar lagu Forteen nie. Bila sorang-sorang, memang feeling habis la aku. Huhu..


Izzue-cute  Ariz-handsome  One-smart  Ameer-cool  Forteen-Awesome!




Apa-apapun jangan lupa vote Izzue Islam di ABB yea. http://www.astrogempak.com.my/AnugerahBlokbuster2/Kategori/subkategori.aspx?categoryid=12&auth=true


#Aku sanggup paksa kakak dengan adik aku untuk vote Izzue nie. Hope korang pun macam tu jugak


Welcome J-U-N-E



Assalamualaikum. Selamat datang bulan Jun. Bulan terakhir untuk aku habiskan masa kat rumah tercinta. Lepas nie dah nak pergi sambung belajar. Jauh pulak tu. Hope aku tak bayak songgeh bila berjauhan nie. Maklumla, aku ni cerewet bab makan sikit. And aku berharap sangat yang dapat kawan kat sana. Aku keseorangan. Aduh, macam mana nak mulakan perkenalan@persahabatan? Kekok la. Aku ni dah la tak banyak mulut. Wooh, mesti orang ingat aku ni sombong sikit. Need some tips. Mana tahu boleh digunakan ke. Hehe…

Semalam hari terakhir aku bekerja. Sekurang-kurangnya aku dapat tengok semua orang sebelum aku pulang J okay lah tu. Sempat minta maaf dengan achik tu, dengan semua orang la. Tapi semalam  bukanlah hari terakhir sebenarnya, achik dah bagitahu awal-awal, kalau dia sesak-sesak nak pakai orang. Dia akan call aku. So ada jugak la income aku dalam bulan 6 nie. Kalau ada rezeki tak kemana. Insya’allah. Achik tu pun siap pesan kalau aku cuti sem tak ada kerja, mai datang kerja. Terharu sebab achik tu sudi nak pakai aku lagi  ^_^

macam nilah aku... 
So sebulan yang masih ada nie, kena guankan sebaik mungkin. Aku ni satu boring pun tak isi lagi. Dalam sebulan nie jugak nak settlekan semua. Medical check-up , cop-cop semua dokumen. Hope dapatlah aku settlekan. Dengan nak cat rumah? Itu sebab mak yang nak. Tak ada kerja, pagi-pagi aku cat lah pagar rumah tu. Tapi catnya masih tak dibeli lagi. Abah beli cepat sikit. Kalau ada mood aku terus je cat. Tak ada mood, jangan cakap la. Nak bangun pun malas rasanya.!







Aku penat gila jaga anak sedara yang bermacam-macam kerenah ni. Enough for today. Time to rest!! .

#macam manalah mak dan ayah kita jaga time kita kecik-kecik yea?

Hargailah pengorbanan mereka terhadap kita dulu hingga sekarang dan seterusnya… J

~ SELAMAT HARI GURU ~


Assalamualaikum. 16 Mei..?  Kalau aku masih sekolah, confirm aku pun kena balut hadiah adik. But not this year.!
Aku ke kau yang nak bagi cikgu? Kau kan? So kau lah balut sendiri. Aku dulu balut sendiri je. Reti ke tak bukan ada orang kesah. Janji aku ingat dekat orang yang banayak berjasa dan aku buat atas titik peluh aku sendiri.
Nilah yang aku cakap.  Bukan susah sangat nak balut-balut nie. Tak kan cikgu nak marah bila kau balut tak kemas pulak. At least cikgu tu akan rasa terharu sebab anak murid dia ingat juga dekat dia. Bagi seorang guru, bukanlah hadiah itu yang menjadi tanda, cukup sekadar anak muridnya berjaya dalam pelajaran sudah memadai.

Bagi aku, nak jadi seorang guru bukanlah satu kerjaya yang mudah. Susah! Kena banyak bersabar dengan pelbaga kerenah murid-murid terutama budak sekolah rendah. Ingat senang ke? Bila aku fikir-fikir balik, mesti cikgu-cikgu aku penat ajar aku.! Tapi kerana berkat kesabaran cikgu-cikgu aku, alhamdulilah aku berjaya.

Aku bukan dilahirkan dari keturunan yang memang pandai. Aku pernah masuk kelas pemulihan, budak tak pandai macam nilah, duduk kelas last pulak tu. Masa darjah empat, aku memang down gila-gila. Tetiba aku tak boleh tangkap subject mathematics. Sebab cikgu lain yang ajar. Macam terkejut la agaknya. Tapi masa darjah lima, cikgu mathematics ada tegur aku. Next year awak nak UPSR, kalau macam ni, awak boleh gagal. Gagal? Oh tidak. Bayangkan daripada 40 orang, aku dapat no last dalam class. Tapi masa darjah enam aku bangkit..! Alhamdulilah, walaupun UPSR aku tak sebagus mana pun, tapi aku lulus semua subject dan yang paling penting  mathematics aku dapat A.!

Masa sekolah menengah  pulak, aku macam minat pula dekat subject mathematics nie. Aku tak tahu ape yang buat aku suka. Tapi aku still ada kelemahan.! Oh my english..! aku still tak boleh nak kuasai bahasa asing ni.mungkin aku tak pernah set yang bahasa nie perlu untuk masa depan. Sampai la aku SPM,  subject English aku hanya dapat C saja. Mesti cikgu aku hampa. Terasa diri nie teruk sangat..!

Bayangkan betapa besarnya pengorbanan seorang guru tu..? dari aku kelas pemulihan sehingga berjaya dalam SPM aku. Kalau tak kerana cikgu yang ajar aku time kelas pemulihan, maybe aku tak macam nie sekarang. Dan kalau tak kerana teguran cikgu mathematics aku, mungkin aku tak akan pandai dalam mathematics.. Boleh cakap semuanya bermula dari seorang guru dan diikutkan dengan usaha kita dan disudahkan dengan ketentuan-NYA.

Guru adalah segala-galanya. Kalau tiada guru, mana nak datang pemimpin yang berwawasan? Mana nak datang Negara yang maju? Mana nak datnag orang yang pandai-pandai ni. Bukan dari guru ke? Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain (macam lain macam je.asalkan maksudnya lebih kurang sama). So sempena hari guru, SELAMAT HARI GURU terutama cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya. TADIKA PERPADUAN -> SK METHODIST (ACS) -> SK SERI BAYU -> SMK SERI SAMUDERA -> SMV SERI MANJUNG.

Jika ada kesempatan waktu, teringin rasanya nak pergi sekolah lama aku ni. Entah masih ada lagi ke tidak cikgunya. Mungkin ada tapi bukan semuanya masih di sekolah yang sama. Mungkin ada juga yang sudah bertukar.  Semuanya mungkin.! 



Suka aku dengar lagu ni pagi-pagi dekat tempat kerja. 

#terima kasih cikgu kepada semua cikgu kerana telah mendidik saya. Jasamu akan ku kenag selalu..Tiada cikgu, siapalah diriku nie.. Hargailah guru-guru anda...

Menghitung Hari...

Assalamualaikum. Aku bersykur kerana aku masih bernafas dan mampu melihat insan yang aku sayang. Sesungguhnya Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba itu. Aku pasti..!

Hari nie kerja penat sikit tapi berbaloi. Gaji aku lebih 10 ringgit. Tak sia-sia aku main air sampai basah baju dan kecut tangan ni. Tapi tangan aku ni ada luka yang tak nampak. Bila kena air je, mulalah pedih gila. Haishh.. Tapi aku tak nak tunjuk aku lembik even aku memang tak larat. Sebab aku kerja untuk cari rezeki.. Tapi aku bukanlah manusia yang sempurna. Ada juga yang hamba Allah ni cakap aku tak buat kerja tak cergas. Aku sedar sapelah aku ni. (ayat touching ).



Lebih kurang tinggal 3 minggu je lagi. tak sabar pula nak berhenti kerja. Nak lepak dengan member-member. Mesti ramai yang member-member yang dah nak sambung belajarkan? Macam mane pulak dengan nasib aku nie. Hope aku dah buat yang terbaik untuk diri aku ni. Mulakan hidup baru dengan kawan baru. Macam susah sebab aku bukan seorang yang banyak mulut pada mula-mula perkenalan. Mesti susah juga nak dapat kawan satu kepala. Hmmm..

Walaupun hari Ahad, tapi aku tetap kena kerja. Ramai yang online. Tapi aku kena ingat yang aku bukan seperti mereka.! Aku kena kerja .. okay, bye..

#Happy Mother Day. Sesungguh pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Sayangilah ibu anda setiap hari..

-s-a-y-a-n-g-

SAYANG...Rindu nak dengar kau cakap cam tu.. Dah dua hari kau buat perangai. Kalau nak tegur, cakap. Jangan buat aku TERMALU. Bila aku malu, aku mulalah nak menyorok. Pastu kau kata aku lari dari kau. Haishhh.. Rungsing aku.

KALAULAH aku boleh cakap dengan kau, aku akan tanya. Kenapa buat aku macam ni? Kadang-kadang aku tengok kau macam tak nak tegur even kau pandang aku tapi kau tak ada respond. Aku pula naik pelik.  Kadang-kadang pula kau macam ok. boleh tegur, senyum. Maybe mood tengah okay ye.. Aku faham.. Mood berubah-ubahkan.. Hahaha..But why dua hari nie macam buang tebiat..?? Tapi satu je aku tak faham dengan kau ni, tak text, tak call.. Memang tak ada credit langsungkan. Tapi semalan elok pula kau ber"text" depan aku dengan member kau.. Tipu je kerja kau. Aku ni asyik kena tipu aje. Senang sangat ke nak tipu aku ni? Atau aku mudah percayakan kata-kata orang tuh?? Ohhh, aku sendiri tak tahu.!

Okay la.. Itu aje yang terlintas nak luahkan.. Hope esok lebih  baik dari hari ni. Selamat malam .. Assalamualaikum..

#tak guna pandai menipu-tak ada faedah.. dan tak guna pandai tapi tak reti nak hargai pemberian-NYA..
Hargailah sesuatu yang begitu bermakna... =D

Mei Dah Tiba ! ! !


Assalamualaikum. Dah masuk bulan Mei, bulan terakhir untuk aku kumpul duit sebelum nak masuk sambung belajar. Honestly aku sayang gila dekat achik kedai. Aku dah anggap macam mak aku sebab achik tu memang tak pernah berkira dengan aku. Selalu juga bagi pendapat pasal nak sambung belajar ni. Aku bersyukur dapat majikan yang caring, tak berkira, buat kerja sama-sama. Aku sayang semua orang dekat tempat kerja tu termasuklah customer achik. Haha.! Tapi sayang aku TERpaksa  berhenti juga sebab nak sambung belajar walaupun aku tak tahu nak sambung belajar mana lagi. Minta Allah beri petunjuk kepada aku. Amin.

Hari ni ada orang belanja aku. Macam-macam dugaan la nak suruh budak nie belanja aku. First ingatkan aku tak jadi cuti. Planning punya cantik, tiba-tiba achik kata kerja pula. Tapi sebaik semalam sebelum nak balik achik tu kata cuti. Nasib dapat cuti, kalau tidak memang tak ada rezeki aku nak suruh dia belanja. Tapi bila aku nak keluar rumah pula tadi, perut meragam pula. Aku dah lambat di situ. Teruk betul la perut ni. Tahulah nak kena kosangkan tangki sebab ada orang nak belanjakan. Aku makan ABC je. Sebab tetiba rasa terliur bila baca novel ada sebut ABC. Haha.. baca novel pun boleh terliur tau. ABC  aku sampai dulu. Entah macam mana, time makanan member aku sampai, waiter nie terlanggar  ABC aku dan tertumpahlah sikit dekat atas beg aku. Mula-mula nak marah juga la kan. Tapi bila fikir, cam tak molek aje. Macam aku tak pernah buat macam tuh. aku buat lagi dasyat! Basah seluar orang tuh. sebaik abang TNB tu tak marah. Aku hanya mampu tersenyum bila aku tumpahkan air  lepas tu aku bagi tisu. Malu kowt. Tapi abang tu Nampak cam tak serik, esok dia datang dan terus datang makan kat kedai.  Walaupun ada rasa malu tapi tetap aku senyum. Senyum itu sedekah. So kat waiter tadi tuh aku tak la marah sangat. Kira 0-0 la. Haha . Allah akan balas apa kita buat cuma bezanya lambat atau cepat saja. So, jaga-jaga ada yang memerhati setiap apa yang kita lakukan!

Sampai hari ini, aku masih mencari-cari kema destinasi yang aku patut pergi. Tak tahulah nak belajar mana. Rambang mata aku tengok. Kalau korang ada pendapat boleh la suggest kat aku. Aku terima semua teguran dang pendapat korang. Insya’allah .

Okay. Kat sini jelah. Sebab tak ada mood nak online sangat. Semua sibuk pasal PRU13 esok.  Bye and good night.






#pergilah keluar mengundi esok. undian anda amat berharga untuk penentu masa depan negara. 


Confuse ! ! !


Assalamualaikum. Esok cuti! Hurray! Sebenarnya dah terlanjur minta cuti, so cuti jelah. Lagi pun ada budak part time dua orang. Mesti terkawal punya kedai esok. Memandangkan orang pun tak berapa ramai. Gaji pun tak berapa masyuk la. Dah dua hari macam ni. Aduh. Ingat bulan ni nak top up gaji bulan lepas yang dah banyak joli. Duit tuh lesap macam tu aje. Susah dapat duit TAPI duit keluar macam AIR! Nak buat macam mana. Dah nasib badanlahkan. Haha. Bulan 5 ingat last nak kerja. Nak rest satu bulan sebelun aku pergi belajar. Tapi rasa sayang pula sebab rehat sampai satu bulan tak dapat apa-apapun. Masih dalam pertimbangan. Stop pasal kerja..!

Ni nak cerita pasal sambung belajar pula. Aku dapat tawaran ke UniKL course ENGINEERING TECHNOLOGY IN COMPUTING dekat City Campus. Lepas tu, aku ada dapat KPTM course  HUMAN RESOURCE MANAGEMENT dekat Kuantan. Sekarang ni mak dengan ayah aku suruh aku buat pilihan terbaik untuk diri aku. Tapi laku ke sijil swasta ni kalau minta kerja nanti? Better minta IPTA orang cakap. Tapi ni ada loan MARA. Senang sikit. Tapi.. arghhh. Banyak sangat tapinya. Sebenarnya aku nak tunggu UPU baru aku fikir UniKL nie. Aku tak mengharap U yang glam-glam nie. Kalau aku dapat Poli pun aku rasa dah cukup. Better aku pergi Poli kowt dari UniKL ni.. ADA CADANGAN ATAU PENDAPAT BOLEHLA DIKONGSIKAN . (dah macam iklan tv plak)  TAPI macam yang abah cakap…kalau aku dapat maktab tu lebih terjamin. Memang itu pun aku nak. Tapi abah rasa, anak abah nie boleh ke? Hanya mampu berdoa siang malan nak yang terbaik diri ni dan tak nak bebankan abah. Kesian !

Kalau nak fikirkan masalah. Memang sampai kesudah tak habis-habis masalah. Serabut aku dibuatnya. Dengan masalah peribadi. Hmm… Hilang mod aku nak kerja bila orang buat aku macam ni! Aku jadi serba salah! Stop la buat aku macam ni. Petang tadi aku tunggu “dia”. Just nak senyum je dengan “dia” untuk tebus yang hari tu punya.tak pun dapat legakan hati aku yang tak tenteram! Tapi itulah aku. Ada masalah sikit. Cakap lain. Tapi nanti aku buat lain. Aku segan+malu+tak biasa+gugup=semua hancur! Apa nak jadi dengan aku pun, aku tak tahulah….

Okay lah. Rasa dah cukup kowt. Nak tidur pulak. Okay. Bye !


#berfikir sebelum bertindak! menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya








Thanks to ALLAH !

Assalamualaikum. Rasa bersyukur sangat sebab apa yang aku nak, aku dapat. Syukur atas nikamat yang Allah berikan. DIA memberi kemudahan kepada aku. First, semalam birthday aku yang ke-18. DIA masih memberi kesempatan kepada aku untuk bernafas di saat ni. Teringin nak makan KFC, abah belikan semalam. Nak beli perfume baru, tapi tak beli-beli juga. Last-last Along bagi present perfume! 

Hari ni, nak topup. Entah macam mana ada topup dekat dalam novel "Kekasih Halal" pun aku tak tahu. Rezeki la katakan. Malam pula nak tengok Tasha Manshahar & Syed Shamim. Yup! Aku dapat pergi tengok dekat Billion. 

Semua atas kehendak-NYA. Aku bersyukur sangat. Bila balik rumah, aku rasa sesuatu. Rasa apakah ini?. Rasa macam nak nangis pun ada. Entah la. Maybe terlampau terharu. Ini semua mainan perasaan. Apa-apa pun thanks to my sister sebab sudi nak bawa aku pergi Billion. Aku seronok sangat !



Ingatkan PEN.! Yelah suruh aku belajar lagi. Rupanya PERFUME.!

***************************************

Syed Shamim & Tasha Manshahar























 Nampak macam manja pula..





 Comel aje.!


Seronok dapat tangkap gambar bersama ^_^  



Nama kita sama kak.! 




#have nice day.! nice to meet you.

Hari Ini Dalam Sejarah ! ! !


Assalamualaikum. Hari ni result SPM aku keluar. Macam tak percaya je aku. Alhamdulilah aku lepas target sebenar aku. Tapi aku macam tak percaya yang Add math aku dapat B? itu dinamakan rezeki masing-masing.

Aku malas nak cakap banyak sebab esok kena kerja. Tapi aku nak cerita apa yang aku buat untuk hari ni.!
Aku bangun pagi, dah ada orang call. Wah. Baru pukul 9.00 pagi kut. Pastu aku siap-siap mandi baru pakai baju kurung dalam pukul 10, abang aku text tanya result. Aku nak pergi ambil pukul 11 la sebab ayah aku pukul 11 baru dapat keluar. Dah siap-siap, tapi abah tyak sampai lagi kat rumah. Adeshh.
“Lambat pula abah nie.orang nak pergi singgah kedai achik amek duit gaji ni.” Rungut aku dalam hati.
Dalam 11.30 baru aku keluar rumah. Singgah kedai achik amek duit gaji. Entah kenapa, aku rasa sikit pula duit gaji aku dapat semalam. Betul lah kata budak  ikan bakar tu. Tunggu jap, nanti dapat lebih. Tapi aku degil aku terus aje balik semalam. Ini lah padahnya.

Dah sampai sekolah. Kena jalan kaki pula. Tak kesah la. Orang pertama yang aku Nampak kat sekolah tu ‘dia’.  Dah tiga bulan tak Nampak, Nampak pula muka ‘dia’. Lepas tu Nampak budak laki class aku lepak kat luar dewan. Bila masuk dewan, ayah aku suruh pergi ambil slip sebab ayah aku nak masuk kerja balik pukul 12 katanya. Aku pun pergi jumpa Cikgu Shahidan. Cikgu cakap result aku tak ada. Aduh! Abah dah la nak masuk kerja ni. Aku bagi tahu abah. Abah kata tunggu la. Lepas tu nama aku naik pula. Hahaha. Suka aku. Terharu pun ada. Keluar dewan mengeletar tangan ni.  Time nak bagi slip kat abah, masa tu abah tengah call someone. Lepas tu abah kata yang abah masuk kerja pukul 1.00 pula. Alhamdulilah. Dapat la aku jumpa cikgu-cikgu aku sekejap.

Tapi tak semua cikgu yang aku dapat jumpa. Samalah dengan kawan-kawan. Member dorm, aku dapat jumap 5 orang je. Rasa terkilan!. Tapi nak buat macam mana. Abah dah sibuk nak balik sebab abah kata dia tak makan lagi. Dalam 12.30 ak balik dah.

Lepas abah pergi kerja. Mira datang rumah. Kami hanya mampu lepak McD je. Itu pun jalan kaki je yang mampu. Yang lain semua dah terpisahkan. Nak buat macam mana, masing-masing ada hal sendiri. Aku harap ada rezeki kita jumpa lagi. Aku rindu korang semua terutama budak Dorm H7.! Rindu nak belajar sama-sama, gelak berdekah-dekah. Sakat menyakat jadi hobi masa luang. Rindu semuanya!!!!

Inilah hasil yang aku dah lakukan. Ini juga hasil titik peluh cikgu-cikgu yang mengajar aku dan kawan-kawan yang sudi membantu aku tak kira masa. Tak lupa juga sokongan dari ahli keluarga yang tercinta. Thanks semua.








Inillah result aku. Bersyukur atas nikmat-Nya! ALHAMDULILAH.



Duit dari pakcik dewan makan yang colour purple tuh. Hijau dengan merah tu sekolah bagi. Merah lagi satu tuh Cikgu Shahidan, cikgu mathematics aku. Dan yang hijau tu, dari Cikgu Khairiah, cikgi BM aku. Aku tak mengharap benda ni tapi rezeki jangan ditolaklah katakan.hehe.





Ni semua sijil yang aku dapat hari ni. Sijil nilam, ULBS BM dan BI. Sijil PEKA Science. Slip Subject computer aku and tang paling penting SIJIL BERHENTI SEKOLAH!! cam tak caya yang muka aku ni dah tak sekolah. Pastu nanti masuk UNIVERSITI pula.INSYA ALLAH. terasa masih ingat time aku tadika nad time aku tahun1. Sunguh cepat masa berlalu.




#jangan berputus asa selepas kita mencuba.
kita Mesti berusaha dan terus berusaha! Fighting!

 

March..!



Assalamualaikum. Pejam celik dah bulan tiga ye. Sekejap je masa berjalan. Kalau time sekolah dulu sibuk nak cepat habis zaman persekolahan. TAPI.! Bila dah habis, aku rasa nak kembali zaman sekolah pula. Itulah aku. Tapi bukan aku sorang aje alami macam tu. Aku tahu mesti ramai juga yang nak sekolah pula. Kan kan.? Yelah, kerja ni penat.! Time sekolah dulu tak payah nak fikir apa sangat. Duk buat kerja sekolah aja rasanya. Tak adalah buat kerja yang berat-berat tak macam sekarang. (Macamlah aku angkat benda berat pula tmie kerja ni. Haha.)

Seriously, aku bosan.! Bila datang kerja, buat kerja. Tak ada kerja, melangut la aku. Rasa macam nak tidur pun ada. Kalau nak sembang pun …. Hmmmm… Fikir dua tiga kali. Yelah, kita kena hormat orang tua. Kat tempat kerja tu semua dah jadi bapak-bapak mak-mak dah. Mana boleh gurau-gurau macam dengan kekawan yang otak memang geliga. Paling koman pun aku sembang dengan budak tukang buat air tu,sebab dia dah macam abang aku pula rasanya. Lagi pun baya kakak aku je dia tuh. Dia pun kata kalau boleh nak pergi sekolah balik. Itu dia yang cakap yang dah ada anak dua orang.! Apatah lagi aku ni yang tak ada tanggungjawab pun. Kalau ikutkan, aku ni tak kerja pun tak apa. Sebab sulu mak pernah cakap
“kau tak kerja pun, kau boleh makan lagi”
Tapi aku pula yang bosan duduk rumah.  Kadang-kadang orang mesti hairan pagi-pagi buta tengok aku dah keluar rumah naik basikal pakai baju sekolah. Nak kata pergi kerja ke pergi sekolah.? Haha . itulah aku. Ada pula yang kata aku ni budak sekolah yang buat part time dekat kedai makan acik nie pula. Tak apalah. Nak kata budak sekolah pun tak apa. Sebab mesti muka aku nie ada rupa maca budak-budak sekolah lagi kowt. Huhuhu.



Bila cakap bulan tiga ni, aku pun cuak juga. Mana tak nya. Result spm MESTI akan keluar bulan ni juga. Alahai. Takutnya aku.! Aku nak datang lewat sikit amek result la kalau boleh. Tak nak duduk lama-lama kat sekolah tu walaupun aku rindu sangat kat sekolah tuh. Itu pun kalau boleh. Lagi pun aku pun belum tentu sape yang nak hantar aku amek result tu. Abah pula kerja aku rasa time tuh. Kena bagitau awal-awal ni. Nanti tak dapat amek terus pula aku. Haha. Lagi naya.!




Tapi bila cakap bulan tiga juga. Aku suka..!! sebab end of this month is my birthday. Genaplah umur aku 18 tahun. Boleh tukar IC baru nanti. Tak naklah pakai IC lama yang muka kebudak-budak yang tak tahu apa-apa tuh. Malulah. Hehe. Pasal present pula. Aku rasa nak ubah fikiranlah! Yup.! Aku tak nak camera la. Aku nak benda lain. Tapi nak apa? Lap top kowt. tapi itu tak sure lagi. Yang pasti aku tak nak camera buat mase ni. Aku tengah collect duit nak beli sesuatu. Tapi tak tahu bila boleh beli. Tunggu kakak aku balik la jawabnya. Tapi dia pun tak confirm bila boleh balik. Kesian pula dia, banyak projek nak kena  buat agaknya.

Hari ni pergi jalan-jalan dengan adik naik basikal je. Lantak lah orang nak cakap apa. Aku ada duit.! Tak kacau duit kau pun. Ingat aku naik basikal, pergi bank tak ada duit ke. Ceh.! Jangan pandang hina pada aku.  Tapi tak adalah orang pandang hina Cuma tengok semacam je. Bukan bermacam-macam yea. Hehe. Kata orang naik kereta tuh memang best! Tapi tak kena angin pula. Kalau macam tu orang kata naik la motor. Bagi aku, motor memang kenderaan utama aku tapi aku hanya mampu membonceng.! Tak mampu nak bawa so naik la basikal. Selamat sampai selamat balik walaupun aku yang penat duk kayuh basikal tuh.! 

Dalam perjalanan balik, aku ada juga tanya adik,
“kau nak ke naik motor dengan aku nanti adik?” 
“nak la.!”cepat aje adik jawab. 
“kau tak takut ke naik motor dengan aku?” 
“alah. Nanti acha pandai la bawak motor sebab acha dah ada lessen. Kan kan?”
Gulp.!
“lambat lagi lah jawabnya kau dapat naik motor pergi jalan-jalan dengan aku adik”balas aku dengan tak rela.
Mana taknya. Bawa motor je asyik tersangkut. Takut pun ada time bawa motor. Rasa macam bukan aku je kalau time tengah bawak motor tuh. lesen.? Entah bila la aku dapat lesen ni. Nak juga. Dah habis satu minggu bulan tiga ni. Tapi masih belum panggil-panggil lagi. Tunggu aja lah. Sabar tu separuh dari iman.

Okay la. Nanti ada apa-apa lagi aku story dekat sini. Esok start kerja dah. Cuti dua hari amat membosankan dekat rumah ni. Online pun tak tahu nak buat apa dah. Last-last layan cerita korea online je. Haha.



#manfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah








Cinta Kau Dan Aku di Slot Arca

Hai hai hai... Assalamualaikum. ada berita best nak bagi tahu. Hari nie aku pergi Mengurut satu badan aku ni. Best gila. Banyak betul angin dalam badan aku ni. Jangan korang ingat badan kecik tak ada angin. Masih ada runag lagi untuk dia menyelit dekat dalam badan kita nie. Bak kata Mak Uda tadi, "Orang sekarang ni, dah sakit baru nak berurut. Tak sakit pun bagus berurut ni sebenarnya. Urut ni melancarkan perjalanan darah dalam badan kita. Tak kira umur tua muda, semua bagus berurut ni". Memang terasa ringan sikit badan ni. Sebabkan sakit sangat pagi tai, aku dah ponteng tak pergi kerja. Aduhai, bulan ni dah banyak kali aku cuti. Susahlah aku macam ni. Insya'Allah, lepas dah pergi mengurut ni aku boleh kerja dengan bersemangat. Doakan aku yea.

Malam nie ada cerita CINTA KAU DAN AKU kerya Siti Rosmizah. Best novel tu. Kalau dulu cerita SETIA HUJUNG NYAWA yang aku layan gila-gila. lepas ni aku nak layan cerita Cinta Kau dan Aku dekat    TV1 pukul 10 malam setiap hari Khamis dan Jumaat bermula malam ni. 




Sinopsis novel Cinta Kau dan Aku


"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah 
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius 
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Jangan ketinggalan yea. Okay lah. sampai di sini sahaja sebab aku nak makan dan tengok cerita ni. Hehehe..



#mulakan hari anda dengan pagi yang indah.