JellyPages.com

DUGAAN . . .


Hari ni hari report card. Tak ada yang perlu dirisaukan sangat sebab ayah aku yang datang, bukan my mum. Selamat sikit. Hehe.

Firstly nak cakap pasal Trial SPM yang tinggal sebulan saje. Takutlah. Dahlah result aku pun teruk saje. Lepas tu sekolah target aku dapat straight A pula. Ya Allah, dugaan apa yang hendak ENGKAU duga dengan aku. Aku takut aku tak boleh saje. Dan aku tak yakin aku dapat straight A. aku bukan budak pandai macam Aliff tuh.  Sejarah aku pun midyear ni aku dapat D saje. Macam manalah dengan trial nanti??. Aku nak buat betul-betullah. Sebab selalunya nak masuk U nie guna result trial juga. Doakan aku dapat semua credit yea. AMIN…

Penat pergi Gerik masih ada lagi. SMT Gerik – CBS untuk subject Add Math. Seriously aku rasa best sangat dekat sana. Cuma pengurusan masa je aku tak suka. Tapi sejak bailk dari Gerik ni, aku rasa aku mandi sekejap je tau dekat hostel. Haha. tapi budak dorm aku cakap sama saje. Entahlah, aku tak tahulah nak buat macam mana bagi mandi sekejap je. Leceh betul! !.

budak laki kena pumping
Masa dekat sana, banyak kenangan manis dan PAHIT. Dekat sana juga pencil case aku HILANG ! ! MISSING! ! Dalam pencil case tu ada calculator, pen drive, alat tulis confirm lah ada, duit RM 5. Terkilan sangat sebab calculator hilang. Kalau aku wakil untuk subject BM tak apa juga. Ini Add Math kowt. Mahu gila kaulau aku kena kiira sendiri. Sebaiklah ada budak sekolah aku ni bawak calculator dan dia pun tak guna. So aku pinjam je lah. Nasib baik lagi. Sebab sekolah tu bagi sebatang pen. Aku pinjam pensil Hanis dan pemadam sumbangan daripada Faiz. Haha. sebab aku duduk sebalh dia mula-mula, so nasib kau lah. Jangan nak kedekut sangat. tapi akud a ganti pemadam Faiz dengan Exam Grade kowt. Lagi mahal. Hehe. Disebabkan nak cari pencil case dalam beg sekolahlah aku lambat nak ke dewan malam tu. Dan akhirnya aku kena GULING – GULING !! seumur hidup aku, itulah Pertama kali aku guling depan lelaki . malu tu usah cakaplah. Kalau boleh aku nak baring je lepas da hais guling tu. Sebab aku rasa pusing-pusing. Macam nak tumbang saje. Bangun dari guling tu, terhumbang-hambing aku jalan. Lantaklah, bukan diaorang kenal aku pun. TAPI , aku masih tak puas hati. Kenapa perlu pensil case aku yang jadi mangsa untuk mereka curi???? Aku tahulah pensil case aku tuh cantik kan. Huhu. Bangga kejap. Kepada orang yang mengambilnya. Memang kau dah tak ada rezeki nak pulangkan kat aku. Sebab belum tentu kita jumpa lagi kan.? So kau fikirlah, barang curi tak ada keberkatan. So ilmu yang kau dapat time ko guna calculator aku tu pun tak erkat sebab kau CURI banrang aku. Aku tak boeh tuduh orang, sebab maybe salah aku juga tinggalkan beg dekat bilik tu. Plus pula aku sorang jek dalam biik tuh dari Manjung, memang aku duduk diam jerk lah. Silap aku sebab aku careless atau aku terlalu mermpercayai orang dalam bilik aku tuh.

Sekolah Gerik memang kaya dengan tangga! Tapi lampu dekat tangga tu kasi bukalah. Aku ni dah lah rabun. Tapi bila tak ada lampu boleh kata aku ni dah macam orang BUTA yang meraba-raba nak jalan!  Disebabkan hati aku panas sebab calculator hilang, tak pasal-pasal orang yang tegur aku, aku marah/tengking. Sorry yea kawan. Tapi aku tak mampu nak cakap dengan kau lah. Aku sedar diri aku ni sape dengan kau tu. Sebaik budak sekolah aku juga. Huhu. Kalau tak, naya jerk. Tapi aku tak tahulah kenapa. Aku boleh tabah gila time aku dapat tahu calculator aku hilang. Aku tak sedih, tak nangis. Kesimpulannya aku tak rasa apa-apa. Pendrive pun hilang juga. Nasib aku tak baik. Nak buat macam mana.
Tapi aku tak ada mood bila nak study bila ada bab mengira ni. Terpakse kena pinjam calculator. Thanks to Zura sebab bagi pinjam calculator kau.  kalau tak, memang aku tak ada semangat langsung!.

Lagi satu, esok PUASA. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga segala ibadah kita di bulaN Ramadhan ini diterima Allah. Amin.

# selamat menunaikan solat terawih yea malam nie. Dan jangan lupa niat puasa pula. Jangan ponteng puasa yea! Hehehe…

Assalamualaikum . . . 





04o7**** itulah kita ...


4/7

Hanya engkau di hati ini...


.... Semoga kau tenang di sana bersama orang yang beriman dengan-NYA.. Tiada apa yang dapat aku  ucapkan lagi.. Namun kau tetap masih segar dalam ingatan aku. Sudah 3 tahun pemergian kau dan sudah 3 tahun juga hubungan kita ini terputus. Tapi sikit pun aku tak lupakan kau. Aku selalu doakan kau dan aku nak buktikan pada kau yang aku boleh berjaya sebab aku terima cabaran kau. Aku selalu terbayangkan kalau kau masih hidup. Sudah semestinya aku tidak seperti ini. Aku terima qada' dan qadar Allah kerna yang terjadi ini semua atas kehendak-NYA...


mawar ku~


.... Minggu depan aku nak pergi Gerik bersama kawan-kawan. "dia" dan "dia" pun ada. tapi aku tidak ada "dia".   Tapi aku tahu kau selalu teman aku dalam tidurku. Aku tahu tu. Mungkin aku rindu akan kau, sampai aku termimpi-mimpikan kau. Sampai aku bangun lewat nak ke sekolah. 7.20 pagi baru aku tersedar dari tidur. Kelam kabut  aku dibuatnya. Dan hari tu pula sejuk saja. Seperti kau ada dengan aku, sejuk mata memandang kau. Tapi itu semua dulu bukan lagi sekarang. AKU SEDAR ! ! !...

***

.... Mood Ramadhan. Lagi berapa hari saja nak puasa. Tak sabar pula nak puasa. Aku harap sangat aku dapat puasa dengan sempurna untuk tahun ni. Bila ingta raya, confrim ingta trial. Maybe tahun nie tak ada istilah raya. Confirm orang hantar text ingatkan SPM je. Macam time PMR dulu, spoil jerk. Tapi nak buat macam mana. Aku nak improve kan diri aku la. Aku nak start belajar macam form 3 dulu. Biarlah aku tiada teman dekat bilik prep tuh tapi cicak masih ada. Hehehe. Tapi jangan pula member aku pergi kunci dorm. nanti aku nak tidur dekat mana pula. Buat naya saja.



study..study !!!



.... Cukuplah  sampai sini. Nanti puasa rasanya tak update blog da. Busy la katakan. Huhu. Okay. Assalamualaikum...



#Semoga kita dapat jalani ibadah puasa untuk tahun ini. Sesungguhnya ajal tidak mengira waktu dan usia.