JellyPages.com

~ SELAMAT HARI GURU ~


Assalamualaikum. 16 Mei..?  Kalau aku masih sekolah, confirm aku pun kena balut hadiah adik. But not this year.!
Aku ke kau yang nak bagi cikgu? Kau kan? So kau lah balut sendiri. Aku dulu balut sendiri je. Reti ke tak bukan ada orang kesah. Janji aku ingat dekat orang yang banayak berjasa dan aku buat atas titik peluh aku sendiri.
Nilah yang aku cakap.  Bukan susah sangat nak balut-balut nie. Tak kan cikgu nak marah bila kau balut tak kemas pulak. At least cikgu tu akan rasa terharu sebab anak murid dia ingat juga dekat dia. Bagi seorang guru, bukanlah hadiah itu yang menjadi tanda, cukup sekadar anak muridnya berjaya dalam pelajaran sudah memadai.

Bagi aku, nak jadi seorang guru bukanlah satu kerjaya yang mudah. Susah! Kena banyak bersabar dengan pelbaga kerenah murid-murid terutama budak sekolah rendah. Ingat senang ke? Bila aku fikir-fikir balik, mesti cikgu-cikgu aku penat ajar aku.! Tapi kerana berkat kesabaran cikgu-cikgu aku, alhamdulilah aku berjaya.

Aku bukan dilahirkan dari keturunan yang memang pandai. Aku pernah masuk kelas pemulihan, budak tak pandai macam nilah, duduk kelas last pulak tu. Masa darjah empat, aku memang down gila-gila. Tetiba aku tak boleh tangkap subject mathematics. Sebab cikgu lain yang ajar. Macam terkejut la agaknya. Tapi masa darjah lima, cikgu mathematics ada tegur aku. Next year awak nak UPSR, kalau macam ni, awak boleh gagal. Gagal? Oh tidak. Bayangkan daripada 40 orang, aku dapat no last dalam class. Tapi masa darjah enam aku bangkit..! Alhamdulilah, walaupun UPSR aku tak sebagus mana pun, tapi aku lulus semua subject dan yang paling penting  mathematics aku dapat A.!

Masa sekolah menengah  pulak, aku macam minat pula dekat subject mathematics nie. Aku tak tahu ape yang buat aku suka. Tapi aku still ada kelemahan.! Oh my english..! aku still tak boleh nak kuasai bahasa asing ni.mungkin aku tak pernah set yang bahasa nie perlu untuk masa depan. Sampai la aku SPM,  subject English aku hanya dapat C saja. Mesti cikgu aku hampa. Terasa diri nie teruk sangat..!

Bayangkan betapa besarnya pengorbanan seorang guru tu..? dari aku kelas pemulihan sehingga berjaya dalam SPM aku. Kalau tak kerana cikgu yang ajar aku time kelas pemulihan, maybe aku tak macam nie sekarang. Dan kalau tak kerana teguran cikgu mathematics aku, mungkin aku tak akan pandai dalam mathematics.. Boleh cakap semuanya bermula dari seorang guru dan diikutkan dengan usaha kita dan disudahkan dengan ketentuan-NYA.

Guru adalah segala-galanya. Kalau tiada guru, mana nak datang pemimpin yang berwawasan? Mana nak datang Negara yang maju? Mana nak datnag orang yang pandai-pandai ni. Bukan dari guru ke? Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain (macam lain macam je.asalkan maksudnya lebih kurang sama). So sempena hari guru, SELAMAT HARI GURU terutama cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya. TADIKA PERPADUAN -> SK METHODIST (ACS) -> SK SERI BAYU -> SMK SERI SAMUDERA -> SMV SERI MANJUNG.

Jika ada kesempatan waktu, teringin rasanya nak pergi sekolah lama aku ni. Entah masih ada lagi ke tidak cikgunya. Mungkin ada tapi bukan semuanya masih di sekolah yang sama. Mungkin ada juga yang sudah bertukar.  Semuanya mungkin.! 



Suka aku dengar lagu ni pagi-pagi dekat tempat kerja. 

#terima kasih cikgu kepada semua cikgu kerana telah mendidik saya. Jasamu akan ku kenag selalu..Tiada cikgu, siapalah diriku nie.. Hargailah guru-guru anda...

No comments: