JellyPages.com

Thanks to ALLAH !

Assalamualaikum. Rasa bersyukur sangat sebab apa yang aku nak, aku dapat. Syukur atas nikamat yang Allah berikan. DIA memberi kemudahan kepada aku. First, semalam birthday aku yang ke-18. DIA masih memberi kesempatan kepada aku untuk bernafas di saat ni. Teringin nak makan KFC, abah belikan semalam. Nak beli perfume baru, tapi tak beli-beli juga. Last-last Along bagi present perfume! 

Hari ni, nak topup. Entah macam mana ada topup dekat dalam novel "Kekasih Halal" pun aku tak tahu. Rezeki la katakan. Malam pula nak tengok Tasha Manshahar & Syed Shamim. Yup! Aku dapat pergi tengok dekat Billion. 

Semua atas kehendak-NYA. Aku bersyukur sangat. Bila balik rumah, aku rasa sesuatu. Rasa apakah ini?. Rasa macam nak nangis pun ada. Entah la. Maybe terlampau terharu. Ini semua mainan perasaan. Apa-apa pun thanks to my sister sebab sudi nak bawa aku pergi Billion. Aku seronok sangat !



Ingatkan PEN.! Yelah suruh aku belajar lagi. Rupanya PERFUME.!

***************************************

Syed Shamim & Tasha Manshahar























 Nampak macam manja pula..





 Comel aje.!


Seronok dapat tangkap gambar bersama ^_^  



Nama kita sama kak.! 




#have nice day.! nice to meet you.

Hari Ini Dalam Sejarah ! ! !


Assalamualaikum. Hari ni result SPM aku keluar. Macam tak percaya je aku. Alhamdulilah aku lepas target sebenar aku. Tapi aku macam tak percaya yang Add math aku dapat B? itu dinamakan rezeki masing-masing.

Aku malas nak cakap banyak sebab esok kena kerja. Tapi aku nak cerita apa yang aku buat untuk hari ni.!
Aku bangun pagi, dah ada orang call. Wah. Baru pukul 9.00 pagi kut. Pastu aku siap-siap mandi baru pakai baju kurung dalam pukul 10, abang aku text tanya result. Aku nak pergi ambil pukul 11 la sebab ayah aku pukul 11 baru dapat keluar. Dah siap-siap, tapi abah tyak sampai lagi kat rumah. Adeshh.
“Lambat pula abah nie.orang nak pergi singgah kedai achik amek duit gaji ni.” Rungut aku dalam hati.
Dalam 11.30 baru aku keluar rumah. Singgah kedai achik amek duit gaji. Entah kenapa, aku rasa sikit pula duit gaji aku dapat semalam. Betul lah kata budak  ikan bakar tu. Tunggu jap, nanti dapat lebih. Tapi aku degil aku terus aje balik semalam. Ini lah padahnya.

Dah sampai sekolah. Kena jalan kaki pula. Tak kesah la. Orang pertama yang aku Nampak kat sekolah tu ‘dia’.  Dah tiga bulan tak Nampak, Nampak pula muka ‘dia’. Lepas tu Nampak budak laki class aku lepak kat luar dewan. Bila masuk dewan, ayah aku suruh pergi ambil slip sebab ayah aku nak masuk kerja balik pukul 12 katanya. Aku pun pergi jumpa Cikgu Shahidan. Cikgu cakap result aku tak ada. Aduh! Abah dah la nak masuk kerja ni. Aku bagi tahu abah. Abah kata tunggu la. Lepas tu nama aku naik pula. Hahaha. Suka aku. Terharu pun ada. Keluar dewan mengeletar tangan ni.  Time nak bagi slip kat abah, masa tu abah tengah call someone. Lepas tu abah kata yang abah masuk kerja pukul 1.00 pula. Alhamdulilah. Dapat la aku jumpa cikgu-cikgu aku sekejap.

Tapi tak semua cikgu yang aku dapat jumpa. Samalah dengan kawan-kawan. Member dorm, aku dapat jumap 5 orang je. Rasa terkilan!. Tapi nak buat macam mana. Abah dah sibuk nak balik sebab abah kata dia tak makan lagi. Dalam 12.30 ak balik dah.

Lepas abah pergi kerja. Mira datang rumah. Kami hanya mampu lepak McD je. Itu pun jalan kaki je yang mampu. Yang lain semua dah terpisahkan. Nak buat macam mana, masing-masing ada hal sendiri. Aku harap ada rezeki kita jumpa lagi. Aku rindu korang semua terutama budak Dorm H7.! Rindu nak belajar sama-sama, gelak berdekah-dekah. Sakat menyakat jadi hobi masa luang. Rindu semuanya!!!!

Inilah hasil yang aku dah lakukan. Ini juga hasil titik peluh cikgu-cikgu yang mengajar aku dan kawan-kawan yang sudi membantu aku tak kira masa. Tak lupa juga sokongan dari ahli keluarga yang tercinta. Thanks semua.








Inillah result aku. Bersyukur atas nikmat-Nya! ALHAMDULILAH.



Duit dari pakcik dewan makan yang colour purple tuh. Hijau dengan merah tu sekolah bagi. Merah lagi satu tuh Cikgu Shahidan, cikgu mathematics aku. Dan yang hijau tu, dari Cikgu Khairiah, cikgi BM aku. Aku tak mengharap benda ni tapi rezeki jangan ditolaklah katakan.hehe.





Ni semua sijil yang aku dapat hari ni. Sijil nilam, ULBS BM dan BI. Sijil PEKA Science. Slip Subject computer aku and tang paling penting SIJIL BERHENTI SEKOLAH!! cam tak caya yang muka aku ni dah tak sekolah. Pastu nanti masuk UNIVERSITI pula.INSYA ALLAH. terasa masih ingat time aku tadika nad time aku tahun1. Sunguh cepat masa berlalu.




#jangan berputus asa selepas kita mencuba.
kita Mesti berusaha dan terus berusaha! Fighting!

 

March..!



Assalamualaikum. Pejam celik dah bulan tiga ye. Sekejap je masa berjalan. Kalau time sekolah dulu sibuk nak cepat habis zaman persekolahan. TAPI.! Bila dah habis, aku rasa nak kembali zaman sekolah pula. Itulah aku. Tapi bukan aku sorang aje alami macam tu. Aku tahu mesti ramai juga yang nak sekolah pula. Kan kan.? Yelah, kerja ni penat.! Time sekolah dulu tak payah nak fikir apa sangat. Duk buat kerja sekolah aja rasanya. Tak adalah buat kerja yang berat-berat tak macam sekarang. (Macamlah aku angkat benda berat pula tmie kerja ni. Haha.)

Seriously, aku bosan.! Bila datang kerja, buat kerja. Tak ada kerja, melangut la aku. Rasa macam nak tidur pun ada. Kalau nak sembang pun …. Hmmmm… Fikir dua tiga kali. Yelah, kita kena hormat orang tua. Kat tempat kerja tu semua dah jadi bapak-bapak mak-mak dah. Mana boleh gurau-gurau macam dengan kekawan yang otak memang geliga. Paling koman pun aku sembang dengan budak tukang buat air tu,sebab dia dah macam abang aku pula rasanya. Lagi pun baya kakak aku je dia tuh. Dia pun kata kalau boleh nak pergi sekolah balik. Itu dia yang cakap yang dah ada anak dua orang.! Apatah lagi aku ni yang tak ada tanggungjawab pun. Kalau ikutkan, aku ni tak kerja pun tak apa. Sebab sulu mak pernah cakap
“kau tak kerja pun, kau boleh makan lagi”
Tapi aku pula yang bosan duduk rumah.  Kadang-kadang orang mesti hairan pagi-pagi buta tengok aku dah keluar rumah naik basikal pakai baju sekolah. Nak kata pergi kerja ke pergi sekolah.? Haha . itulah aku. Ada pula yang kata aku ni budak sekolah yang buat part time dekat kedai makan acik nie pula. Tak apalah. Nak kata budak sekolah pun tak apa. Sebab mesti muka aku nie ada rupa maca budak-budak sekolah lagi kowt. Huhuhu.



Bila cakap bulan tiga ni, aku pun cuak juga. Mana tak nya. Result spm MESTI akan keluar bulan ni juga. Alahai. Takutnya aku.! Aku nak datang lewat sikit amek result la kalau boleh. Tak nak duduk lama-lama kat sekolah tu walaupun aku rindu sangat kat sekolah tuh. Itu pun kalau boleh. Lagi pun aku pun belum tentu sape yang nak hantar aku amek result tu. Abah pula kerja aku rasa time tuh. Kena bagitau awal-awal ni. Nanti tak dapat amek terus pula aku. Haha. Lagi naya.!




Tapi bila cakap bulan tiga juga. Aku suka..!! sebab end of this month is my birthday. Genaplah umur aku 18 tahun. Boleh tukar IC baru nanti. Tak naklah pakai IC lama yang muka kebudak-budak yang tak tahu apa-apa tuh. Malulah. Hehe. Pasal present pula. Aku rasa nak ubah fikiranlah! Yup.! Aku tak nak camera la. Aku nak benda lain. Tapi nak apa? Lap top kowt. tapi itu tak sure lagi. Yang pasti aku tak nak camera buat mase ni. Aku tengah collect duit nak beli sesuatu. Tapi tak tahu bila boleh beli. Tunggu kakak aku balik la jawabnya. Tapi dia pun tak confirm bila boleh balik. Kesian pula dia, banyak projek nak kena  buat agaknya.

Hari ni pergi jalan-jalan dengan adik naik basikal je. Lantak lah orang nak cakap apa. Aku ada duit.! Tak kacau duit kau pun. Ingat aku naik basikal, pergi bank tak ada duit ke. Ceh.! Jangan pandang hina pada aku.  Tapi tak adalah orang pandang hina Cuma tengok semacam je. Bukan bermacam-macam yea. Hehe. Kata orang naik kereta tuh memang best! Tapi tak kena angin pula. Kalau macam tu orang kata naik la motor. Bagi aku, motor memang kenderaan utama aku tapi aku hanya mampu membonceng.! Tak mampu nak bawa so naik la basikal. Selamat sampai selamat balik walaupun aku yang penat duk kayuh basikal tuh.! 

Dalam perjalanan balik, aku ada juga tanya adik,
“kau nak ke naik motor dengan aku nanti adik?” 
“nak la.!”cepat aje adik jawab. 
“kau tak takut ke naik motor dengan aku?” 
“alah. Nanti acha pandai la bawak motor sebab acha dah ada lessen. Kan kan?”
Gulp.!
“lambat lagi lah jawabnya kau dapat naik motor pergi jalan-jalan dengan aku adik”balas aku dengan tak rela.
Mana taknya. Bawa motor je asyik tersangkut. Takut pun ada time bawa motor. Rasa macam bukan aku je kalau time tengah bawak motor tuh. lesen.? Entah bila la aku dapat lesen ni. Nak juga. Dah habis satu minggu bulan tiga ni. Tapi masih belum panggil-panggil lagi. Tunggu aja lah. Sabar tu separuh dari iman.

Okay la. Nanti ada apa-apa lagi aku story dekat sini. Esok start kerja dah. Cuti dua hari amat membosankan dekat rumah ni. Online pun tak tahu nak buat apa dah. Last-last layan cerita korea online je. Haha.



#manfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah