SAKIT ??
Siapa yang nak sakit bukan?. Kalau tanya orang yang
sakit. Mesti diaorang pun nak sihat. Taka da pun orang yang kat dunia ni yang
nak sakit. Tapi kalau tak ada orang yang sakit, nanti doctor tak ada kerja
pula. Mungkin jururawat dan doctor tak diperlukan pula. Lagi parah. Haha.
Sakit itu memeritkan dan ia suatu perasaan yang susah untuk
dikatakan-katakan. Nak cakap sakit tapi takut. Nak cakap tak sakit pun takut
juga. Takut untuk memikirkan risiko dia.
Tapi yakinlah sakit ini datang mengikut kemampuan kita. Allah itu Maha adil dan
penyayang untuk hamba-Nya. Pada mulanya mungkin kita rasa diri kita tak mampu. Tapi
masa tu mungkin kita tak sedar lagi kemampuan kita. Bukan semua orang beruntung
di muka bumi ni. Tak semua orang merasa apa yang kita rasa. Kita kira beruntung
sebab dapat rasa apa yang orang lain tak pernah rasa. Kita kena selalu
muhasabahkan diri kita sendiri, sebab orang lain takkan faham apa yang kita
rasa even dialah orang yang selalu dengan kita. Rasa dan lihat, benda yang
berbeza. So kita kena kuatkan diri kita.
Semua penyakit ada penawarnya. Insya’Allah. Itu semua atas
kuasa-Nya. Kita hanya mampu berusaha dan yang penting jangan berputus asa. Hidup
mati ini semua telah ditentukan oleh-Nya, tiada siapa yang boleh mengubahnya
melainkan diri kita sendiri.
Yakin dan redha. Ini akan memudahkan segalanya. Seperti hari
ni, semuanya dimudahkan. Fikiran negative akan membantutkan kesihatan kita. Berfikiran
positif boleh merangsang otak kita. Jangan sampai pemikiran negative itu
menguasi diri kita. Bahaya!. Nanti jadi macam pemerintah yang kejam pula. Hehe.
Just fikir nothing happen. Ketenangan itu amat diperlukan bila sakit.
Tak ada orang yang suka dibebani. Pernah terfikir mati itu
lebih bagus dari hidup? Salah tu!. Ingat mati tu penyesaian yang bagus ke?. Fikir
la pula apa akan terjadi kalau kita mati? Allah tu hidupkan kita lagi hari ni
sebab DIA nak kita selesaikan amanat kita ni kat muka bumi ni. Kita kena selalu
kena ingat orang yang tersayang. Apa akan terjadi kalau kita dah tak ada? Bersedih?
Rasa bersalah? Siapa nak care pasal mereka? Alhamdulilah kita masih dihidupkan
lagi hari ni.
Cukuplah setakat ni. Aku bercakap untuk diri aku juga ni. Semua
ini datang dengan izin-Nya. Harap pergi pun dengan izin-Nya juga.