Assalamuailaiku . Rasanya tak terlambat lagi nak wish Selamat Hari Raya. Terlampau busy sangat sampai berhabuk dah blog ni. Lepas ni tak tahu la apa jadi dengan blog ni. Masa lapang pun akan penuh je lepas ni. Maybe bila memang tengah bosan gila-gila baru update story kat sini.. Maybe la kan
Actually aku nak story sikit new life aku kat KPM. Sebulan genap
dah aku kat sana. So far so good la setakat ni. Cuma kesihatan aku je yang
kurang memberangsangkan. HOMESICK kot. Bermacam-macam kemungkinan yang boleh
aku huraikan. Haha. Sebab first berjauhan terlampau lama gila dari parents kan.
So macam terkejut la. Tapi nasib baik aku demam setiap hari cuti macam Sabtu Ahad
saja. Alhamdulilah, even aku demam pun aku masih kuat. Aku puji diri aku
sendiri sebab aku tak pernah sekuat macam ni. Plus, aku dapat roommate yg
memang caring habis. Aku pegang
kata-kata Cikgu Jalal, “Orang yang demam pada awal perubahan itulah orang yang
akan kuat di akhirnya”. insyaAllah aku akan jaga korang kalau korang sakit pula
and aku nak belajar sungguh-sungguh.
Sebulan aku duduk kat KPM tak ada internet, aku rasa nak
mati woo. Sebab hidup kat sanasemua nak guna internet. Sangat tidak adil bagi
aku yang tak ada ni. Selalu mengharap simpati orang je. Sampai kadang-kadang tu
aku rasa macam aku ni TAK ADA PERASAAN MALU je. DARURAT keyh.! Aku boleh je
hidup tak online semua ni cuma bila belajar pun kena cara online aku mati kutu
dibuatnya. Ni tinggal lagi seminggu, tapi aku tak tahulah nak guna broadband or
p1. Masih dalam proses lagi.
Cadangnya esok aku nak kerja dekat kedai makan yang dulu aku
kerja. Tapi memandangkan aku pun macam banyak kerja tak terbuat lagi. Tak boleh
la nak kerja. Hidup semua perlukan duitkan? Kenalah hidup berdikari kalau nak
hidup selasa sikit. Tak boleh harapkan mak ayah support je. Lain la kalau kau
memang keturunan orang berada. Bila aku cakap dengan mak pun, mak tak
membangkang. Tu yang buat aku nak kerja nie. Dapat dalam 150 tu pun dah okay
bagi aku. Sapa yang nak bagi duit kat aku dengan nilai macam tuh kalau tak
kerjakan? Tapi cari kerja yang HALAL yea. Itu sudah semestinya.! So terpaksa la
postpone nak kerja tu. Aku ingat nak settlekan kerja semua malam ni. Sekali aku stuck pula
tengok soalan. Apapun tak boleh nak
buat. Esok insyaAllah dapat ketenangan sikit. Aku nak try buat. Malam ni aku
agak serabut.minta-mintalah ada yang sudi membantu aku esok. Amin…
Okay lah, sampai sini je yang aku mampu. Aku nak beradu untuk
beri tenaga kat otak ni. Huhuhu.
#tak ada entri raya tahun nie. Maybe kalau aku sempat aku
masukakan gambar je. InsyaAllah.. esok ramai yang dah pulang dan mulakan rutin
harian seperti biasa. So berhati-hatilah di jalan raya.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA NATASYADILLAHMAD

No comments:
Post a Comment