JellyPages.com

iri hati ? ? ?

Assalamualaikum semua dan selamat petang. Kenapa mesti ada insan yang suka iri hati dengan orang lain? Itulah kerja syaitan. Yang cuba untuk menyesatkan manusia.  Sampai kadang kala kita mengeluh dengan kehidupan kita yang tidak seperti orang lain. Sedarlah semua, bahawa syaitan tidak akan berhenti untuk menyesatkan kita.

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 bermaksud, “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?” Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Ini kerana dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain.

Islam mengharuskan umatnya mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain kepada dua perkara sahaja, iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimiliki oleh orang lain. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar, Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada dengki selain daripada dua perkara, iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah swt lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah swt lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia.”

Lebih molek kalau kita bersaing cara yang sihat dan kita juga memperolehi manfaatnya. Seseorang yang menyedari dirinya serba kekurangan, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia akan berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain. Inilah yang sepatutnya kita buat. Bukan cuba untuk menjatuhkan orang lain. Kita kena jadikan orang itu sebagai idola untuk kita berjaya seperti dia atau lebih dari dia.

Sesungguhnya seseorang itu tidak akan pernah lari dari kesusahan atau malapetaka di dunia ini. So kita kenalah banyak bersabar dan bertaqwa kepada Allah.  Allah sentiasa ada di untuk hambaNYA.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bermaksud, “Tiada seorang muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada kesalahannya.”

Sabar ni merupakan sifat yang sangat mulia. Dengan sabar juga seseorang itu boleh memeperolehi kehidupan yang lebih baik lepas berduka dan kecewa dan sebagainya.Kita selalu mendengar dan membaca kata-kata ini, “Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar itu, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”
Dari kata-kata di atas jelas menunjukan bahawa Allah tidak memberi kelebihan kepada kita dalam suatu perkara, tetapi Allah memberi kita kelebihan dalam sesuatu perkara yang lain.

Tidak rugi kepada orang yang bersabar menghadapi cercaan dan hinaan daripada orang lain kerana Allah s.w.t telah meletakkan di tempat yang tinggi darjat orang yang bersabar, “Katakanlah (wahai Muhammad akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: Ayat 10)

Sesungguhnya hasad dengki dan iri hati yang membawa kepada kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati supaya kita turut berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh nikmat, kesenangan dan kelebihan dari Allah s.w.t dan menggunakannya di jalan yang diredhai-Nya.


#marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Beranilah beramal dengan sifat yang terpuji dengan bersabar di atas setiap ujian. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Fanatik !!!

Assalamualaikum semua. Fanatic? Aku tak tahulah kenapa, tapi rasa something wrong with me! . Maybe nie semua gara-gara asyik online aje sejak “tanam anggur” kat rumah ni. Asyik nak dengar lagu dari kumpulan Forteen je. Sanggup aku download lagu Kita-Forteen kat handphone  semata-mata nak dengar setiap hari. Bukan tu aje, gambar ahli kumpulan Forteen pun asyik ku tatap. Wah, aku falling in love la dengan Forteen especially si Ariz Lufias dengan Izzue Islam.

Apa yang aku tengok, mereka sangatla akrab. Jelous tengok persahabatan diaorang. Macam adik beradik je.  Happening gila diaorang ni.Aku suka tengok Ariz pakai spec, nampak lagi handsome. Aku ingat si Aris tu pendiam, rupanya tak. Kelakar jugak orangnya. ! Kalau tengok keek mereka. Mesti tak cukup sekali. Berulang-ulang kali aku tengok la. Itu pun rasa tak puas lagi. Sampai termimpi-mimpikan Forteen ni datang rumah aku. Teruk betul aku. Kirim salam jela Forteen nak datang rumah. Tapi aku suka mimpi tu J Hope suatu hari aku dapat tengok Forteen nie depan mata sendiri.

 Tak nafikanlah yang Izzue nie ramai yang kenal dia dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Padahal dia dah lama dalam bidang lakonan nie. Cuma tak perasan la kan. Mungkin dia lebih terselah dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Suka tengok Izzue berlakon dalam SSID. Izzue suka buat mimik muka terutama mulut tu. Itu yang best. Watak Firash tu memang hidup la. Hope Izzue Islam terus berjaya dan bahagia dengan wife dia, Kak Awin.

Aku nak Forteen ni meletop suatu hari nanti. Aku yakin Forteen nie boleh berjaya dalam bidang nyanyian sebab masing-masing memang ada bakat tersendiri. Tak bosan dengar lagu Forteen nie. Bila sorang-sorang, memang feeling habis la aku. Huhu..


Izzue-cute  Ariz-handsome  One-smart  Ameer-cool  Forteen-Awesome!




Apa-apapun jangan lupa vote Izzue Islam di ABB yea. http://www.astrogempak.com.my/AnugerahBlokbuster2/Kategori/subkategori.aspx?categoryid=12&auth=true


#Aku sanggup paksa kakak dengan adik aku untuk vote Izzue nie. Hope korang pun macam tu jugak


Welcome J-U-N-E



Assalamualaikum. Selamat datang bulan Jun. Bulan terakhir untuk aku habiskan masa kat rumah tercinta. Lepas nie dah nak pergi sambung belajar. Jauh pulak tu. Hope aku tak bayak songgeh bila berjauhan nie. Maklumla, aku ni cerewet bab makan sikit. And aku berharap sangat yang dapat kawan kat sana. Aku keseorangan. Aduh, macam mana nak mulakan perkenalan@persahabatan? Kekok la. Aku ni dah la tak banyak mulut. Wooh, mesti orang ingat aku ni sombong sikit. Need some tips. Mana tahu boleh digunakan ke. Hehe…

Semalam hari terakhir aku bekerja. Sekurang-kurangnya aku dapat tengok semua orang sebelum aku pulang J okay lah tu. Sempat minta maaf dengan achik tu, dengan semua orang la. Tapi semalam  bukanlah hari terakhir sebenarnya, achik dah bagitahu awal-awal, kalau dia sesak-sesak nak pakai orang. Dia akan call aku. So ada jugak la income aku dalam bulan 6 nie. Kalau ada rezeki tak kemana. Insya’allah. Achik tu pun siap pesan kalau aku cuti sem tak ada kerja, mai datang kerja. Terharu sebab achik tu sudi nak pakai aku lagi  ^_^

macam nilah aku... 
So sebulan yang masih ada nie, kena guankan sebaik mungkin. Aku ni satu boring pun tak isi lagi. Dalam sebulan nie jugak nak settlekan semua. Medical check-up , cop-cop semua dokumen. Hope dapatlah aku settlekan. Dengan nak cat rumah? Itu sebab mak yang nak. Tak ada kerja, pagi-pagi aku cat lah pagar rumah tu. Tapi catnya masih tak dibeli lagi. Abah beli cepat sikit. Kalau ada mood aku terus je cat. Tak ada mood, jangan cakap la. Nak bangun pun malas rasanya.!







Aku penat gila jaga anak sedara yang bermacam-macam kerenah ni. Enough for today. Time to rest!! .

#macam manalah mak dan ayah kita jaga time kita kecik-kecik yea?

Hargailah pengorbanan mereka terhadap kita dulu hingga sekarang dan seterusnya… J