JellyPages.com

sunyi . . .

Hari ni semua orang dah balik. Yot dah balik Petaling Jaya. Kak Ida pula ada kerja dekat KL. Anak-anak dia pula ayahnya ambil. Sunyi betul rumah ni. Tak apalah. Aku pun nak kena balik asrama. Hari nie aku balik asrama abang aku hantar. Kena siap ccepatlah. Nanti dia tak nak hantar pula.

Semalam hari paling kenyang dan hari paling banyak keluar duit. Tak apalah. Sekali sekala je aku belanja family ni. But aku still ada duit lagi. Don’t worry yea. Aku tak kesah kalau bab makan ni. Yelah. Hidup perlukan makanan. Tak makan taklah bermakna mati. Tapi kuita perlukan tenaga. Betulkan?

Okay lah. Aku nak packing barang. Satu apa tak kemas lagi. Semalam penat sangat. Tidur pun awal. Kesudahannya tv yang tengok aku. Haha sampai Nan call, tapi aku rasa aku mamai lagi tu. Bila aku letak call Nan, baru aku fikir. Apa yang dia nak? Aku punyalah mamai. Sebaik dia ada text aku. So tak adalah aku tertanya-tanya sangat. rupa-rupanya dia nak topup. Emergency yang tak tahan tu. Haha. Apa-apa jelah. Asalkan kau hidup bahagia.

Haishh. Entah bila lagi aku dapat keluar dengan Yot ni. Teringin pula nak pergi bazar dengan kau. puasa nanti balik yea. Jangan raya saja yang kau balik. Aku nak naik motor jerk, aku tak nak naik kereta. Sebab naik kereta tak senikmat angin naik motor. Huhu. Memilih pula aku ni.

Harap aku dapat menunaikan ibadah puasa untuk tahun ni dengan sempurna. Sesungguhnya ajal tidak mengenal usia dan waktu. Dan SPM tahun ni jangan lupa pula. Trial dah hampir. Mulalah class tambahan lepas ni. Semoga aku sentiasa sihat-sihat sahaja. Amin.







hatiku tertawan. . .

Aku terus terang tak boleh tengok orang macam ni. Tak tahu kenapa. Setiap kali aku tenung orang tu, aku rasa lain macam. Seriously, aku tak tahu rasa apa itu. Tapi aku suka tengok orang macam ni.

Matanya sepit. Mulut kau kecil tidak membataskan untuk kau  senyum senget, itu yang special bagi aku. Lirikan mata kau pula, alahai cair pula kalau aku tengok lama-lama. Lepas tu, bila tengok kau tercengang-cengang, aku akan tersenyum Nampak dia sangat cute.

Bila dekat tv ada artis macam ni. Aku suka gila. At least aku dapat tengok orang macam ni lagi. Tak kisahlah artis mana, luar negara ke dalam negara ke. Semua aku suka tengok. Bukan aku je yang suka tengok. Tapi semua orang suka tengok kau. kau tahu tak? Setakat aku ni. Kau pandang sebelah mata saja. Haha. aku ni tak sedar diri pula.



Ni lah artis yang aku suka tengok.

Totally, aku suka dekat orang yang senyum senget. Walaupun mak cakap, orang senyum senget itu otaknya pun senget juga. Tapi aku tak kisah, sebab aku pun senget jugalah yea. Hehe.


Aku harap kau selalu gembira. Teruskan perjuangan. Supaya aku dapat tengok kau lagi. Hehe.






 

akhirnya....

Macam tak percaya pula yang aku bawa motor tadi. Memang macam cuak juga la mulanya. Mana taknya, first time bawa tau. Tapi aku masih belum lulus lagi untuk bawa motor. Kena belajar lagi. Apa-apa pun, bawa motor ni tak la susah sangat macam yang aku sangka. 

At least aku dah try bawa motor ronda taman tadi. Walaupun malu, aku tahan saja. Sebab fikir nak belajar. Dan korang tengok-tengok kenapa? Bukan aku buat salah pun dan tak kacau kau la. Cuma cara aku bawa tu je la macam pelikkan. Kata pun baru pertama kali belajar, memang macam tula. Merangkak je yang mampu. Jangan buat aku terbantut nak bawa motor sebab hal remeh temeh ni.

Dah bagitahu abah yang nak ambil lesen lepas SPM. Okay. Settle! kalau boleh nak ambil sama dengan kawan orang la. tapi tak tahu la dia nak ke tak. huhu. 

Thanks la dekat kakak aku ni. Sebab dia yang tolong ajarkan. Aku tak nak jadi macam kawan aku ni. First time bawa motor dah langgar gerai burger orang. So aku pun tanya la. Mana brek? Brek kaki dengan tangan apa fungsi dia? Bawa motor abang aku ni, memang ringan. Ex5 kan. Tapi susahnya time nak masuk gear tu, ketat pula. Bawa motor kakak aku nie pula, berat! Tambanh pula dengan berat orang belakang tu. Hehe. Lagilah berat, tapi nak masuk gear taklah sesusah motor Ex5 tadi. Itulah bezanya.

Kesimpulannya, aku dah berjaya mencuba bawa motor sekurang-kurangnya.!!





LUAHAN HATI YANG IKHLAS.....

Kenapa susah sangat nak balik luar jadual? Sampai call ayah aku? Macam aku nak menipu saja. Aku pun bukan suka balik rumah kawan-kawan ni la. Tak bebas tahu tak. Ni baru sekali aku nak balik luar jadual dah kena macam ni. Leceh betul. Tapi aku hairan juga dengan budak laki yang tiap-tiap minggu  balik je. Dah la banyak yang disoalnya, macam kita ni pesalah yang akan di hukum bila tiba pada masanya pula rasanya. Memang lepas nie. Betul-betul urgent baru aku nak balik luar jadual la ceritanya. Malas nak berurusan macam tu. Lagipun. Aku tak ada la homesick gila sangat.

Tapi serius, baru seminggu sekolah. Tapi aku asyik lapar saja kat sekolah. Sebaik masih boleh focus lagi. Kalau tak. Rugi saja aku. Lauk mak cik DM tu sedap ke tak sedap, aku makan juga. Sebab lapar punya pasal. Yela 2 minggu duduk kat rumah asyik mengunyah aje. Bila kena balik asrama. Ambil kau. perut pun asyik berbunyi. Bangun subuh je dah lapar. Tapi hanya mampu meneguk air suam saja. Kalau kat rumah, air teh o panas la yang diteguknya. Lepas tu, rehat aku hanya makan biskut. Nak jimat beb! Tapi dalam pukul 1 perut pun mulalah mendendangkan lagu yang begitu rancak. Tak payah ceritalah, memang lapar tahap gila dah ni. Nak kena tunggu pukul 2.20 macam lambat pula jarum jam ni bergerak. Huh! Geram pula. Dapat pula subject last sejarah. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya time nak belajar tuh. Nak study mathematics pun agak terganggu sebab lapar. Ohhh perut! Janganlah kau buat hal lagi untuk minggu yang seterusnya. Aku dah critical tau.

Aku pun risau juga dengan markah aku untuk midyear ni. Teruk gila. Aku yak sangka aku boleh teruk macam ni sekali. Aku belum dapat 2 paper lagi. Setakat ni, aku tak ada fail, alhamdulilah la. Syukur. Aku nak study betul-betul la. Tapi. Entah la. Maybe aku tak rasa getaran nak trial lagi agaknya. Tuh yang aku boleh main-main ni. Aku tengok member aku study, aku rasa tercabar tapi kadang-kadang mood aku nak study boleh hilang macam angin lalu saja. Aku  terus naik bilik untuk tidur.

Sakit pinggang aku datang kembali semula kerana membawa beg yang begitu berat sebab dah tukar jadual baru! Menyiksakan aku. Sampai nak baring atas tilam pun sakit. So aku mengharap, tak ada sesiapa paksa aku untuk terlibat dalam sebarang acara sukan dan juga kawat kaki. Kalau cikgu nak paksa-paksa. Teruklah macam tuh.
Kesimpulannya, aku tak akan masuk apa-apa. Kalau nak minta tolong sikit-sikit tu boleh la. No hal. Tapi jangan suruh aku berdiri lama. Nanti lain macam pula jadinya. Okay.

Apa-apapun aku kena buat yang terbaik untuk masa depan yang terbaik bagiku.

Datangkanlah kepadaku ilham untuk aku belajar bersungguh-sungguh. Dan sekarang aku mula nak focus pada latihan yang cikgu bagi saja. Sebab time PMR aku buat macam tuh. Harap soalan yang cikgu bagi dapat membantu aku. Aku tak nak menyesal di kemudian hari.!