JellyPages.com

Hari ni dalam Sejarah

Assalamualaikum…

Dah penghujung bulan tiga. Kiranya dah nak final. Tinggal lagi 4 minggu lepas tu final. Minggu ni PBL dengan assignment semua nak keluar. Busy tu jangan cakap la, tiap-tiap malam tidur lewat nak siapkan kerja. Tidur pun kat lantai je kekadang, ifah la yang kejutkan aku bangun tidur kat katil. Sweet kan. Hahaha .

Hari ni macam-macam benda terjadi start dari pagi sampai petang la. Ni semua sebab tak cukup  rehat atau dengan kata lain otak sangat la penat berfikir. Hmmm.

Awal-awal pagi dah dikejutkan dengan pertanyaan ifah yang tak logic akal.

“Tasya, kau tengok jam tu”sambil tunjuk jam dinding yang memang depan mata aku. Tapi dia lupa satu benda! Aku tak pakai spec mata. Aku hanya mampu pandang dia je

“Kau Nampak tak?” . Tapi aku hanya mampu geleng kepala je kat dia. Yela orang baru bangun tidurkan.

“Oh aku lupa kau tak pakai spec.” Ifah hanya mampu tepuk dahi je. Haha. Bukan salah aku. Dia ni macam baru kenal aku je, padahal dah dekat setahun dah ni. Sabar jela.

Rupa-rupanya dah dekat pukul 8.00 pagi. Ini gara-gara roommates course DIA class start lambat, dan yang hanya Bell je yang class pukul 8.00.

Dah la aku dengan ifah presentation hari ni. Isyh, lambat pulak. Sampai si Syira text kenapa kitaorang tak sampai lagi. Kelam kabut la aku dengan ifah. Sebaik ifah dah siapkan slide semalam jugak. Sampai presentation tadi terlangkau la slide. Haha. Ni gara-gara copy paste slide then tak check la.

Dari bilik berlari turun ke bawah, lari pulak ke block BK, turun pulak tangga sampai la bawah sekali. Sambil tu usha-usha la jugak budak class dah masuk ke belum. Sebaik belum. Tapi itu bukan bermakna kita orang dah selamat.! Rupanya madam on the way nak masuk lab dah. Depan kita orang je. Sampai madam pun tegur la. Tapi serius aku memang tercungap-cungap. Nak kata semput, aku tak ada semput. Maybe sebab bangun tidur je terus buat “senaman sihat”. Tak sempat langsung nak minum seteguk air pun. Duit, phone memang aku tak sempat nak capai pun. So hari ni memang minta belas kasihan ifah la. Dia yang bagi duit makan dekat aku seharian ni. Kesiankan.

Nak cerita time presentation pulak, lagi lawak.!! Tipula tak malu. Aku malu tapi nak buat macam mana. Itu dah memang kelemahan aku yang susah untuk diubah. Pronunciation aku memang ke laut. Sebaik la ada member-member yang sudi tolong. Berapa kali aku cuit si ifah time aku present. Cuak doh sampai madam tegur. Malu.! Memang kalau dah terbiasa dengan sebutan tu. Memang akan terbawak-bawak la cerita dia. Roommates aku selalu kenakan aku dengan “edit”. Haish. Tak tahu la. Lidah aku ni makan budu, belacan. Tu yang payah. Kalau tahu dek abah aku cakap macam ni, mahu mengamuk ni. Padahal abah aku lagi sejak azali makan budu. Idok pulak liat lidahnyer nak nyebut.

Then, class networking. Miss suruh hantar lab manual dengan correction test 1 hari tu. Dah la aku tak buat langsung correction  nya.  Time class agama la aku buat sikit-sikit. Siapkan subnetting je. Sebab kertas soalan tu aku tak bawak. Lepas je habis class agama pergi makan jap sebab ingat nanti dah naik bilik nak solat then nak hantar correction dekat miss. Tapi itu semua angan-angan je.

Bila nak naik balik je, terserempak dengan budak laki. Semua kelam kabut la aku tengok. Sebab nak kejar miss yang nak balik pukul 3.30 petang. So aku dengan ifah pun apalagi. Mulalah lakukan aktiviti sihat lagi. Naik bilik terus carik kertas soalan dan buat soalan yang tak buat lagi. Sebaik tak banyak, satu dua soalan je. Lepas tu terus ke bilik miss. Dalam lari-lari nak ke bilik miss tu, aku teringan pulak sem lepas. Lebih kurang macam ni la gaya orang nak hantar assignment.

So hari  ni memang banyak lari gila aku cakap. Sampai ifah ada cakap

“ Aku  rasa kita takkan sakit selama tiga tahun lepas kena suntikan tyfod”

Haha. Itu lawak.! Aku teringat achik, dia sakit jugak je even dia dah banyak kali  cocok.

Okay la. Rasanya itu je aktiviti hari ni yang aku rasa sangat la penat. Tapi semuanya aku rasa lawak.! 
Ok goodnight and have nice day.

#banyak alasan menghalang kemajuan
#berpijak pada bumi yang nyata
#tidak cukup rehat akan mempengaruhi mood seharian kita



everthing


Assalamualaikum dan selamat malam semua.

 Dah lama juga tak update blog ni. Nasib baik la password tak lupa tadi. Rasa macam free je malam ni. Padahal tak pun. Tapi saja je nak update. Rasa rindu nak coret apa yang terbuku di hati ni. Cewahh.

Firstly, aku dah naik semester dua. Rasa dia? Baru sem dua ke? Hmm ada empat sem lagi, bermakna lagi dua tahun. Kawan-kawan matriks ramai yang nak gradute dah. Tipulah kalau tak jealous.! Lepas ni berkemungkinan mereka sambung degree pulak. Aku je lambat sikit. Tak pe tasya. Slow-slow la.

Second, mid sem break pun dah nak habis. Tapi tak rasa cuti pun. Asyik keluar. Eh? Keluar ada hal yea. Tak melencong ke mana-mana pun. Kerja pun tak buat sangat. Penat la. Bulan dua punya busy tu top up balik rumah. Memang balik rumah tidur saja kerja aku. Hehehe.

Tapi cuti ni aku keluar sorang-sorang tau. Abah aku dah kerja. So kena berdikari sikit. Hanya mampu minta belas ehsan dari kak ida je.. Hahaha. First time aku naik bus hijau sorang-sorang. Dari klinik kesihatan sampai stesen bus manjung kena RM1.30. Murah la. Tapi bus tu tak payah cakap la. Sekali dia brek, rasa seat yang kau duduk pun ke depan sekali. Dah macam bus antic sekolah teknik pulak. Then dari stesen bus manjung sampai rumah aku naik bus Perak Aman Jaya. Charge seringgit je. Berbaloi la. Cuma nasib tak menyebelahi aku hari ni. Terpaksa berjalan kaki nak ke MPM. Bila pergi stesen bus dengan harapan bus Perak Aman Jaya tu pergi la Lumut, sekali tak.! Bus tu pergi Beruas. Jalan kaki la teman ni tengah hari buta tu.

Dah alang-alang lalu depan TM Point, baik aku buat report telefon rumah rosak. Kalau aku straight balik rumah lagi terasa penatkan. So better singah-singah jap. Masuk TM Point tu air cond pulak. Perghh.. Nyaman gila . Bila siap buat report lalu depan kedai achik. Tempat kerja aku selama 6 bulan before aku masuk KPM ni. Terharu gila bila pakcik cakap  “anak angkat awak dah datang tu” kat makcik. Hehe. Pastu achik Ely pun sebenarnya rindukan aku. Achik ida la yang cakap. Aku pergi terkejutkan dia kat dapur. Terkejut achik Ely. Haha. “icha.. Achik dah lama tak Nampak icha. Rindu icha la” – achik Ely. I miss you too la . Haha. Memang aku senyum je sepanjang aku nak balik rumah tu. Kalau orang tengok aku la time tu. Mesti orang ingat aku ni sewel sebab senyum. Dah la jalan sorang-sorang tengah hari buta. Memang kerja gila. By the way, ni memang satu kerja gila yang dah lama aku tak buat =)

Third, nak cari duit lebih. Memang banyak cara aku buat. Yang paling tak tahan ni satu la. Aku baru dapat RM 2 . Mana boleh nak cash out lagi. So aku kena rajin sikit la. Kena rajin online. Tapi bila balik kolej tak tahu la sempat ke tak buat benda ni. Tak pela. Mana tahu 2 tahun akan datang baru boleh cash out ke kan. Sabar tu separuh dari iman. Yang bagusnya, benda ni tak merugikan sesiapa pun. Tak perlu modal langsung.

Next, tinggal lagi 7 minggu nak cuti sem.. Yeahhh..!! Final tak lama lagi weyh. Aku harap semua dapat harungi final kali ni dengan mudah dan dapat result yang memuaskan. Amin . After final nak kumpul duit tabung yang dah luak selama setahun. Itu azam cuti kali ni.!

Ok la. Rasa macam dah banyak sangat ni. Enah bila pulak aku dapat update macam ni lagi. Kena ikut mood la senang cerita.  Ok guys, goodnight and have nice day.!

#hidup perlukan pengorbanan untuk berjaya
#malu bertanya sesat jalan
#berdiri atas kaki sendiri, barulah boleh tengok keupayaan kita takat mana
 #jangan mudah percayakan orang yang kita tak kenal