JellyPages.com

Around the Corner . . .

Assalamualaikum dan hye bulan Mac!.

Bulan Mac, bulan kelahiran aku. So aku akan happy sebab bulan ni la orang akan contact aku. Itu pun kalau ingat la kan. Tak mengaharap lebih pun. Aku bukan dibesarkan dalam keluarga yang mesti celebrate birthday, nope. Aku hidup ala kadar je. Haish, rindu zaman kecik-kecik. Zaman yang tak tahu apa-apa dan hanya tahu keseronokan saje.

Hujung bulan ni, aku akan bertukar ke angka dua. Wowowo, rasa tua. Kena terima jela. Bukan hina sangat pun 20 ni. Tak sangka dah dekat 20 tahun aku hidup. Rasa macam semalam baru masuk darjah satu. Haha. Sekejap betul masa berjalan.

Tak sabar nak habis belajar. Nak ada duit sendiri yang boleh tanggung orang lain. Lambat lagi ke nak tunggu waktu tu? Susah nak jawab. Sendiri mau ingat la ye.

Dah tak ada benda nak cerita kot. Ni pun sebab duduk sorang-sorang kat bilik, so rasa macam boring. Terdetik nak update blog. Nak tidur, baru bangun tidur. So dah tak ada apa-apa la kot.



Jangan lupa hujung bulan ni, my birthday!!

#my birthday around the corner
#i hope you will wish 
#nothing will happen without you
#i love my family


Masalah ?

Assalamualaikum dan selamat petang di Jumaat yang penuh mulia ini. Rasa macam dah lama tak story. Well, tak semua boleh diceritakan dekat semua orang. Nanti ada orang menyampah pula. Haha. Gurau je. Sekarang dah masuk bulan February. Sekejap je dah sebulan berlalu. Macam mana rasa dengan tahun 2015 yang serba serbi baru ni? Honestly aku cakap, tahun ni macam lagi tough. Bukan sebab pelajaran! Tapi factor umur yang makin meningkat. Bila umur meningkat, masalah pun turut sama meningkat. Yela, time kecil dulu mana ada masalah. Paling common pun gaduh dengan kawan then esok baik semula. Tapi sekarang? Haa.. Kau rasa? Susah nak story kan? Bukan setakat kawan jela. Masalah tu boleh datang dari banyak segi dan persepsi. Contoh masalah keluarga, kewangan, persahabatan, kesihatan dan pembelajaran tak lupa juga persekitaran kita. Masalah percintaan pun boleh jadi masalah terbesar tau. Semua ni main peranan kat diri kita sendiri. Kita je boleh atasi dia sebab kita je rasa semua tu.




Bila sebut pasal masalah. Siapa je kat dunia ni yang tak ada masalah? Ok, budak kecil mungkin la tak ada masalah. Sebab tak ada bebanan lagi. Meh cakap sikit dengan aku siapa yang tak pernah ada problem sepanjang hidup dia? Aku pun nak ambil tips dari dia. Kot-kot boleh diguna pakai ke kan. Haha. So kesimpulan dia. Semua orang ada masalah dia tersendiri yang orang lain tak mungkin tahu. So beware dengan tutur kata kita. Mana tahu boleh mengguris hati dia secara tak sengaja ke. Siapa yang tahu.

Apa yang boleh aku cakap la kan. Bila ada masalah, kita memang digalakkan untuk bercerita dekat seseorang. Tapi kena pandai pilih teman bercerita. Aku ada kelemahan bab ni la. Salah pilih orang untuk bercerita. Kesudahannya cerita tu orang lain pun tahu. Ingat dia care gila la kat kita tapi dalam masa yang sama dia pergi cerita kat orang lain. Haha .Tapi benda dah jadi kan. Boleh tak faham bila seseorang itu cerita sesuatu dekat korang dan dia tak bagi tahu kat orang lain lagi, itu bermakna dia ingin merahsiakan la masalah dia tu. Mungkin ada sebab dia nak rahsiakan. Macam aku ni, aku nak rahsiakan sesuatu masalah tu sebab masalah tu memalukan aku ke, atau masalah tu macam menjatuhkan semangat aku ke. Banyak sebab la kenapa nak rahsiakan sesuatu benda tu. Tapi kalau masalah itu mengaibkan dia, lebih baik kau simpan elok-elok takut suatu hari aib kau pula akan dibuka. Macam seram je kan.

Aku pun dalam proses untuk tidak menceritakan masalah aku kat orang lain. Bukan sebab tak percaya tapi takut benda tu boleh jadi point untuk jatuhkan aku je nanti. Dalam banyak kawan ni, akan ada satu dua yang boleh pakai juga. Walau pun perangai dia tak berapa mungkin tak disenangi tapi hati dia baik kot.  Belum kenal so kita tak tahu perangai orang tu macam mana. Sekali dah kenal, rapat dia jangan cerita. Memang dah tak boleh berpisah.  Pernah tak rasa? Haha



Apa yang aku boleh buat bila ada masalah? First, contact dengan mak. Sesungguhnya mak la yang faham anak-anak dia. Second, tenangkan diri. Macam mana? Buatla something yang kau suka and if boleh baca quran, bacalah. Sebab ada orang cakap baca quran ini akan meredakan kekusutan yang melanda. Third? Cari kawan. Kawan ni kadang kala umpama kunci kebangkitan dan kunci kejatuhan kita juga. Cari kawan yang sepatutnya ok. Next? Tidur. Itu yang penting. Bila dah serabut sangat, tidur lah. Sebab tidur dapat melupakan sesuatu masalah untuk sementara dan supaya kita bangun nanti kita boleh berfikir bagaimana mahu menyelesaikan. Tapi sometimes bila ada masalah, kita kan jadi susah nak tidur gila. Ni tak tipu sebab kita over-thinking. Ini tak dapat nak tolong. Kita kena pandai set mind kita la. Suruh tidur juga. Haha.


Okay lah, cukup sampa sini sahaja. Kesimpulannya, setiap masalah pasti ada menyelesaiannya cuma lambat atau cepat je. Semua bergantung pada diri kita sendiri. Harap tiada sesiapa yang terasa dengan post aku ni. Ini semua datang dari hati kecil aku. Ok, take care semua. Assalamualaikum.

#Moga hati tetap tabah
#Hidup perlukan sokongan, dorongan dari orang lain

2015 . . .


Selamat pagi. Gila awal aku bangun hari ni. Siapa seru pun aku tak tahu. Pukul 4 pagi aku sanggup bangun baca WhatApps, buka Facebook, check timetable. Nampak tak kesungguhan aku kat situ. Padahal bangun sebab tak solat isyak lagi je tadi.  Haha. Tidur awal sangat, tu yang jadi burung hantu la ni.

Tahun ni, 2015, aku sem 4. Lagi setahun lebih je aku menapak kat kolej tu. Tahun ni mungkin agak tough untuk aku, mungkin okay. Walaupun aku yang dulu bukan yang sekarang, tapi aku akan cuba untuk jadi seperti dulu. Macam kelingkan ayat aku. Tak ada yang berubah pun kat aku ni, Cuma aktiviti aku mungkin dah tak boleh seperti dulu. Yela tahun ni dah umur 20 kot. Macam tua je kan. Orang dulu dah kahwin dah time cam ni. Tak pe, tuntut ilmu dulu. Kahwin tu kalau ada rezeki, InsyaAllah. Aku harap untuk sem ni semua okay la. Tapi kena duduk impian! Jauh tu. Mesti sakit je jalan jauh. Tapi bersyukur la dapat duduk asrama lagi kan. Orang lain mungkin ada lagi ramai yang nak duduk hostel sebab kos sara hidup sekarang dah meningkat. Tak pe la jauh sikit tasya oii. Susah dahulu baru senang kemudian. Tak gitu ke.

aku nak macam ni boleh? =)

Pasal class pulak. Aku sebenarnya serabut ni. Tak tahu nak class mana. Ikut hati nak class yang itu. Tapi kalau fikir pasal nak kena pergi hospital, better yang class lagi satu tu.  Rasa macam berbelah bagi. Sekarang ni macam ada dua pilihan, memang ada dua kelas je pun, ikut keselesaan atau ikut kehendak. Harap ada lagi beberapa hari ni aku dapat la ilham nak duduk class mana. Apa yang penting kat aku, kawan-kawan. Sebab aku bukanlah jenis yang friendly kot. Kalau kau kawan aku, memang itu jela kawan aku. Mungkin dekat laman social ni aku Nampak friendly tapi hakikatnya, macam payah sikit la. Bukan sombong cuma kalau kena gaya dan caranya mungkin mesra la. Haa gitu la.

Balik Kuantan ni banyak benda nak kena settle ni. First surat transfer tu, kena minta raih simpati kat siapa-siapa yang sudah membawa aku la. Kerete sewa tu available ke kat Kuantan tu? Mintak kereta tu ada je la kat situ. Mana lah tahu kereta tu lari sebab banjir ke. Haha. Aku rasa better pergi hari Khamis after pendaftaran. Itu pun kalau sempat la. Then aku nak attack P1 kat ECM tu. Geram pulak hati aku ni. Macam kena tipu pula. Aku nak hak aku.! Kau yang buat aku kena bayar lebih so aku nak hak aku..!! last sekali, aku nak shopping barang la. Biasa la, aku akan bawa barang sikit-sikit je. Yang mana perlu. Untuk stock, kenalah beli.

Hopefully tahun 2015, akan berjalan dengan lancer dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Memandangkan hari pun macam dah nak subuh, better aku main game or whatever supaya aku tak terlajak subuh pulak.

#Have a nice day 
#2015, everyting will be okay  
#waiting a that day

Sakit . . .



SAKIT ??
Siapa yang nak sakit bukan?. Kalau tanya orang yang sakit. Mesti diaorang pun nak sihat. Taka da pun orang yang kat dunia ni yang nak sakit. Tapi kalau tak ada orang yang sakit, nanti doctor tak ada kerja pula. Mungkin jururawat dan doctor tak diperlukan pula. Lagi parah. Haha.

Sakit itu memeritkan dan ia suatu perasaan yang susah untuk dikatakan-katakan. Nak cakap sakit tapi takut. Nak cakap tak sakit pun takut juga.  Takut untuk memikirkan risiko dia. Tapi yakinlah sakit ini datang mengikut kemampuan kita. Allah itu Maha adil dan penyayang untuk hamba-Nya. Pada mulanya mungkin kita rasa diri kita tak mampu. Tapi masa tu mungkin kita tak sedar lagi kemampuan kita. Bukan semua orang beruntung di muka bumi ni. Tak semua orang merasa apa yang kita rasa. Kita kira beruntung sebab dapat rasa apa yang orang lain tak pernah rasa. Kita kena selalu muhasabahkan diri kita sendiri, sebab orang lain takkan faham apa yang kita rasa even dialah orang yang selalu dengan kita. Rasa dan lihat, benda yang berbeza. So kita kena kuatkan diri kita.

Semua penyakit ada penawarnya. Insya’Allah. Itu semua atas kuasa-Nya. Kita hanya mampu berusaha dan yang penting jangan berputus asa. Hidup mati ini semua telah ditentukan oleh-Nya, tiada siapa yang boleh mengubahnya melainkan diri kita sendiri.

Yakin dan redha. Ini akan memudahkan segalanya. Seperti hari ni, semuanya dimudahkan. Fikiran negative akan membantutkan kesihatan kita. Berfikiran positif boleh merangsang otak kita. Jangan sampai pemikiran negative itu menguasi diri kita. Bahaya!. Nanti jadi macam pemerintah yang kejam pula. Hehe. Just fikir nothing happen. Ketenangan itu amat diperlukan bila sakit.




Tak ada orang yang suka dibebani. Pernah terfikir mati itu lebih bagus dari hidup? Salah tu!. Ingat mati tu penyesaian yang bagus ke?. Fikir la pula apa akan terjadi kalau kita mati? Allah tu hidupkan kita lagi hari ni sebab DIA nak kita selesaikan amanat kita ni kat muka bumi ni. Kita kena selalu kena ingat orang yang tersayang. Apa akan terjadi kalau kita dah tak ada? Bersedih? Rasa bersalah? Siapa nak care pasal mereka? Alhamdulilah kita masih dihidupkan lagi hari ni.




Cukuplah setakat ni. Aku bercakap untuk diri aku juga ni. Semua ini datang dengan izin-Nya. Harap pergi pun dengan izin-Nya juga.

#Sakit itu rahmat Allah. Redha dan bersyukur
#Don't give up! Be strong

SEPTEMBER ???

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Kemerdekaan ke-57 tahun Malaysia. Hari ni dah masuk bulan September. So apa wish korang untuk bulan ni? Mestilah lebih baik dari bulan sebelumnyakan?


Cakap pasal bulan September ni, tak sabar tunggu mid sem break. Nak rehatkan diri, nak kumpul duit, nak melepak dan macam-macam la. Semua nak buat time tu. Yang pasti tak sabar sangat nak balik rumah. Dah sebulan lebih duduk kat college ni. Sangat la bosan. Bayangkanlah minggu lepas, aku duduk berdua je kat bilik ni. Sebaik ada movie and drama-drama korea. Layan sampai lebam la. Kiranya 24/7 ngadap laptop je. Bertambah la power spec aku lepas ni. Ini cuti merdeka tinggal 4 orang. Tu pun bosan jugak. Memerap je kat bilik. Aku tengok muka kau, kau  tengok muka aku. Mahu tak bosan. Haha. Lifeless gila sejak minggu lepas. Minggu ni mesti lagi tak ada feel nak belajar sangat sebab dah fikir rumah je. Excited nak balik. Huhu.

Hari ni jugak intake degree dah mula daftarkan diri. Seronok tengok orang dah sampai degree ni. Aku ni diploma pun macam nak mati nak score. Haish, degree lagi la hard sikit kan. So jangan main-main yea. Kalau aku ada rezeki, aku pun nak sambung ke degree. Doakan jela untuk aku. Yang baik tu datang dari Allah, yang kurang itu datang dari diri kita sendiri. Take note ok
..
Entri kali ni tak de nak cerita apa pun, just nak isi masa yang tengah bosan gila ni. Nak layan movie je pun bosan jugak. Haa, aku ada masalah ni. Ticket untuk dijual. Ada orang tak nak beli ticket dari Manjung-Kuantan sila pm aku la ya. Aku jual 50 ringgit je. Tarikh 16/9/2014. Hari Malaysia tu. So kalau nak beli rajin-rajin la yea.

Ok itu jela. Tak sabar mahu balik. Rasa macam nak balik kampong time hari raya je. Haha. Poyo je kan lagi 4 hari je. Sabar ok.


#SeptemberPleaseBeNIce
#HomeSweetHome
#SabarItuSeparuhDariIman
#CantWaitMidSemBreak