JellyPages.com

Menghitung Hari...

Assalamualaikum. Aku bersykur kerana aku masih bernafas dan mampu melihat insan yang aku sayang. Sesungguhnya Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba itu. Aku pasti..!

Hari nie kerja penat sikit tapi berbaloi. Gaji aku lebih 10 ringgit. Tak sia-sia aku main air sampai basah baju dan kecut tangan ni. Tapi tangan aku ni ada luka yang tak nampak. Bila kena air je, mulalah pedih gila. Haishh.. Tapi aku tak nak tunjuk aku lembik even aku memang tak larat. Sebab aku kerja untuk cari rezeki.. Tapi aku bukanlah manusia yang sempurna. Ada juga yang hamba Allah ni cakap aku tak buat kerja tak cergas. Aku sedar sapelah aku ni. (ayat touching ).



Lebih kurang tinggal 3 minggu je lagi. tak sabar pula nak berhenti kerja. Nak lepak dengan member-member. Mesti ramai yang member-member yang dah nak sambung belajarkan? Macam mane pulak dengan nasib aku nie. Hope aku dah buat yang terbaik untuk diri aku ni. Mulakan hidup baru dengan kawan baru. Macam susah sebab aku bukan seorang yang banyak mulut pada mula-mula perkenalan. Mesti susah juga nak dapat kawan satu kepala. Hmmm..

Walaupun hari Ahad, tapi aku tetap kena kerja. Ramai yang online. Tapi aku kena ingat yang aku bukan seperti mereka.! Aku kena kerja .. okay, bye..

#Happy Mother Day. Sesungguh pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Sayangilah ibu anda setiap hari..

No comments: