JellyPages.com

March..!



Assalamualaikum. Pejam celik dah bulan tiga ye. Sekejap je masa berjalan. Kalau time sekolah dulu sibuk nak cepat habis zaman persekolahan. TAPI.! Bila dah habis, aku rasa nak kembali zaman sekolah pula. Itulah aku. Tapi bukan aku sorang aje alami macam tu. Aku tahu mesti ramai juga yang nak sekolah pula. Kan kan.? Yelah, kerja ni penat.! Time sekolah dulu tak payah nak fikir apa sangat. Duk buat kerja sekolah aja rasanya. Tak adalah buat kerja yang berat-berat tak macam sekarang. (Macamlah aku angkat benda berat pula tmie kerja ni. Haha.)

Seriously, aku bosan.! Bila datang kerja, buat kerja. Tak ada kerja, melangut la aku. Rasa macam nak tidur pun ada. Kalau nak sembang pun …. Hmmmm… Fikir dua tiga kali. Yelah, kita kena hormat orang tua. Kat tempat kerja tu semua dah jadi bapak-bapak mak-mak dah. Mana boleh gurau-gurau macam dengan kekawan yang otak memang geliga. Paling koman pun aku sembang dengan budak tukang buat air tu,sebab dia dah macam abang aku pula rasanya. Lagi pun baya kakak aku je dia tuh. Dia pun kata kalau boleh nak pergi sekolah balik. Itu dia yang cakap yang dah ada anak dua orang.! Apatah lagi aku ni yang tak ada tanggungjawab pun. Kalau ikutkan, aku ni tak kerja pun tak apa. Sebab sulu mak pernah cakap
“kau tak kerja pun, kau boleh makan lagi”
Tapi aku pula yang bosan duduk rumah.  Kadang-kadang orang mesti hairan pagi-pagi buta tengok aku dah keluar rumah naik basikal pakai baju sekolah. Nak kata pergi kerja ke pergi sekolah.? Haha . itulah aku. Ada pula yang kata aku ni budak sekolah yang buat part time dekat kedai makan acik nie pula. Tak apalah. Nak kata budak sekolah pun tak apa. Sebab mesti muka aku nie ada rupa maca budak-budak sekolah lagi kowt. Huhuhu.



Bila cakap bulan tiga ni, aku pun cuak juga. Mana tak nya. Result spm MESTI akan keluar bulan ni juga. Alahai. Takutnya aku.! Aku nak datang lewat sikit amek result la kalau boleh. Tak nak duduk lama-lama kat sekolah tu walaupun aku rindu sangat kat sekolah tuh. Itu pun kalau boleh. Lagi pun aku pun belum tentu sape yang nak hantar aku amek result tu. Abah pula kerja aku rasa time tuh. Kena bagitau awal-awal ni. Nanti tak dapat amek terus pula aku. Haha. Lagi naya.!




Tapi bila cakap bulan tiga juga. Aku suka..!! sebab end of this month is my birthday. Genaplah umur aku 18 tahun. Boleh tukar IC baru nanti. Tak naklah pakai IC lama yang muka kebudak-budak yang tak tahu apa-apa tuh. Malulah. Hehe. Pasal present pula. Aku rasa nak ubah fikiranlah! Yup.! Aku tak nak camera la. Aku nak benda lain. Tapi nak apa? Lap top kowt. tapi itu tak sure lagi. Yang pasti aku tak nak camera buat mase ni. Aku tengah collect duit nak beli sesuatu. Tapi tak tahu bila boleh beli. Tunggu kakak aku balik la jawabnya. Tapi dia pun tak confirm bila boleh balik. Kesian pula dia, banyak projek nak kena  buat agaknya.

Hari ni pergi jalan-jalan dengan adik naik basikal je. Lantak lah orang nak cakap apa. Aku ada duit.! Tak kacau duit kau pun. Ingat aku naik basikal, pergi bank tak ada duit ke. Ceh.! Jangan pandang hina pada aku.  Tapi tak adalah orang pandang hina Cuma tengok semacam je. Bukan bermacam-macam yea. Hehe. Kata orang naik kereta tuh memang best! Tapi tak kena angin pula. Kalau macam tu orang kata naik la motor. Bagi aku, motor memang kenderaan utama aku tapi aku hanya mampu membonceng.! Tak mampu nak bawa so naik la basikal. Selamat sampai selamat balik walaupun aku yang penat duk kayuh basikal tuh.! 

Dalam perjalanan balik, aku ada juga tanya adik,
“kau nak ke naik motor dengan aku nanti adik?” 
“nak la.!”cepat aje adik jawab. 
“kau tak takut ke naik motor dengan aku?” 
“alah. Nanti acha pandai la bawak motor sebab acha dah ada lessen. Kan kan?”
Gulp.!
“lambat lagi lah jawabnya kau dapat naik motor pergi jalan-jalan dengan aku adik”balas aku dengan tak rela.
Mana taknya. Bawa motor je asyik tersangkut. Takut pun ada time bawa motor. Rasa macam bukan aku je kalau time tengah bawak motor tuh. lesen.? Entah bila la aku dapat lesen ni. Nak juga. Dah habis satu minggu bulan tiga ni. Tapi masih belum panggil-panggil lagi. Tunggu aja lah. Sabar tu separuh dari iman.

Okay la. Nanti ada apa-apa lagi aku story dekat sini. Esok start kerja dah. Cuti dua hari amat membosankan dekat rumah ni. Online pun tak tahu nak buat apa dah. Last-last layan cerita korea online je. Haha.



#manfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah








No comments: