JellyPages.com

Teksi Oh Teksi

Assalamualaikum, selamat menyambut  kemerdekaan negara yang ke-56 . Alhamdulilah sebab  kita masih diberi peluang untuk mengecapi kemerdekaan negara ini lagi. Semoga kemerdekaan negara kita ini terus kekal buat selamanya.

Sebab kan esok pagi mesti ada perarakan. so hari ni aku pergi outing ke bandar dengan roommate aku. Seriusly memang banyak keluar duit. Seratus tu macam seringgit jela aku rasakan. Hari ni jugak la aku belanja TERLAMPAU MAHAL. Naik teksi dari KPM ke Terminal  dan terus ke Kuantan Parade, dah kena 40ringgit. Padahal naik satu teksi yang sama.  Tak tahu lah nak cakap. Tapi dari Kuantan Parade ke KPM ni 15ringgit je pakcik teksi ni bagi. Memang aku takkan naik teksi  pakcik yang mula-mula aku call tulah... Cekik darah nak mampos.  Aku tahulah kau cari rezeki, but tak perlulah sebegitu sekali.  Tak apalah. Mungkin tu rezeki kau tadikan.n Itu memang yang pertama dan terakhir la aku naik teksi kau.. SERIK..

Dalam perjalan balik nak ke KPM, pakcik teksi ni pesan macam-macam dengan kami. Dia sangat baik bagi aku.  Dan mungkin dia memang baik, sebab dia berkopiah. BUT dont judge book by it cover.  Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tapi pada penilaian pertama aku, aku rasa pakcik tuh sangat la baik sebab dia banyak bagi nasihat. Dia juga ada cerita kejadian budak 15 tahun kena rogol dengan orang teksi masa cuti raya. Time tu la aku terfikir mungkin ada hikmah kenapa aku duduk kat terminal hari tu sampai 10 jam. Mungkin inilah hikmahnya. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Sykur juga masa raya hari tu aku tak naik teksi sorang-sorang. Ada budak satu kolej pun tak boleh harapkan. Hidup ni tak boleh selalu bergantung dekat orang, betulkan?. Bila teringatkan balik, rasa funny sangat time aku dekat terminal tu. Tidur dalam surau peluk beg. Sebab takut punya pasal. Dalam hati adalah terdetik  "AKU NI ADA GAYA MACAM PENGEMIS" hahaha..



Apa yang aku dapat hari ni dari pakcik teksi tu:
  • Naik teksi tak boleh sorang-sorang. Maximum 4 orang.
  • Kena tahu nombor plat teksi. Jangan main bedal je naik.
  • Kalau was-was dengan orang teksi tu, better tak payah naik.
  •  Nak booking teksi paling lambat adalah sejam dua jam dari masa yang kita nak
  •  Kalau nak pergi terminal, better sejam awal dah suruh pakcik teksi tu dah datang ambik kita.
  •  Misalnya musin perayaan, better booking teksi sehari sebelum .
  •  Last but not least, jangan takut nak buat adauan if cab yang kita naik tu "bermasalah"


Okay, enough for today. Esok banyak kerja nak buat. now time to sleep . Goodnight guys.

#penilaian yang pertama itu sangat penting.!  Jangan mudah percayakan orang.

#Merdeka ! ! !

New Life

Assalamuailaiku . Rasanya tak terlambat lagi nak wish Selamat Hari Raya. Terlampau busy sangat sampai berhabuk dah blog ni. Lepas ni tak tahu la apa jadi dengan blog ni. Masa lapang pun akan penuh je lepas ni. Maybe bila memang tengah bosan gila-gila baru update story kat sini.. Maybe la kan

Actually aku nak story sikit new life aku kat KPM. Sebulan genap dah aku kat sana. So far so good la setakat ni. Cuma kesihatan aku je yang kurang memberangsangkan. HOMESICK kot. Bermacam-macam kemungkinan yang boleh aku huraikan. Haha. Sebab first berjauhan terlampau lama gila dari parents kan. So macam terkejut la. Tapi nasib baik aku demam setiap hari cuti macam Sabtu Ahad saja. Alhamdulilah, even aku demam pun aku masih kuat. Aku puji diri aku sendiri sebab aku tak pernah sekuat macam ni. Plus, aku dapat roommate yg memang caring habis.  Aku pegang kata-kata Cikgu Jalal, “Orang yang demam pada awal perubahan itulah orang yang akan kuat di akhirnya”. insyaAllah aku akan jaga korang kalau korang sakit pula and aku nak belajar sungguh-sungguh.

Sebulan aku duduk kat KPM tak ada internet, aku rasa nak mati woo. Sebab hidup kat sanasemua nak guna internet. Sangat tidak adil bagi aku yang tak ada ni. Selalu mengharap simpati orang je. Sampai kadang-kadang tu aku rasa macam aku ni TAK ADA PERASAAN MALU je. DARURAT keyh.! Aku boleh je hidup tak online semua ni cuma bila belajar pun kena cara online aku mati kutu dibuatnya. Ni tinggal lagi seminggu, tapi aku tak tahulah nak guna broadband or p1. Masih dalam proses lagi.

Cadangnya esok aku nak kerja dekat kedai makan yang dulu aku kerja. Tapi memandangkan aku pun macam banyak kerja tak terbuat lagi. Tak boleh la nak kerja. Hidup semua perlukan duitkan? Kenalah hidup berdikari kalau nak hidup selasa sikit. Tak boleh harapkan mak ayah support je. Lain la kalau kau memang keturunan orang berada. Bila aku cakap dengan mak pun, mak tak membangkang. Tu yang buat aku nak kerja nie. Dapat dalam 150 tu pun dah okay bagi aku. Sapa yang nak bagi duit kat aku dengan nilai macam tuh kalau tak kerjakan? Tapi cari kerja yang HALAL yea. Itu sudah semestinya.! So terpaksa la postpone nak kerja tu. Aku ingat nak settlekan  kerja semua malam ni. Sekali aku stuck pula tengok soalan. Apapun  tak boleh nak buat. Esok insyaAllah dapat ketenangan sikit. Aku nak try buat. Malam ni aku agak serabut.minta-mintalah ada yang sudi membantu aku esok. Amin…

Okay lah, sampai sini je yang aku mampu. Aku nak beradu untuk beri tenaga kat otak ni. Huhuhu.

#tak ada entri raya tahun nie. Maybe kalau aku sempat aku masukakan gambar je. InsyaAllah.. esok ramai yang dah pulang dan mulakan rutin harian seperti biasa. So berhati-hatilah di jalan raya.


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA NATASYADILLAHMAD