JellyPages.com

Problem???

Salam. Aduh, sakit pula kepala fikirkan masa depan aku ni. Dengan tak kerjanya. Nak ambil lesen pun tak yakin, baik tak payah ambil aku rasa. Buat buang duit je nanti. Lepas tu nak fikir belajar mana pula. Hei.. Tak ada sesiapa nak bagi idea ke? Kat mana tempat belajar yang boleh aku cuba-cuba tengok.

Alahai.. Bosannya kalau terus macam ni. Lepas ni pula kakak aku dah start sem dia. Habislah aku! Tak boleh nak JALAN-JALAN selalu lepas ni. Oh. Nak kerja tapi tak tahu nak kerja apa.!! Bila fikir balik, banyak je yang memerlukan aku. Perasan pula aku ni. Tapi aku terpaksa menolak sebab tak ada transport. takkkan nak jalan kaki kalau balik dah malam?? Kerja Gila tuh. Doakan aku berani nak bawa motor dan aku akan ambil lesen motor secepat mungkin. Insya-Allah.

Belajar belajar belajar. Ashh.. Aku confuse sebenarnya. tak tahu course apa yang nak ambil dan kalau tahu pun, tapi tak tahu nak belajar kat mana pula. Alahai. Lecehnya jadi aku ni. Semua benda tak tahu. Apa yang aku tahu pun aku tak tahu. Otak ni macam blank pula lepas dah dekat sebulan tak buka buku ni. Minta-minta Allah permudahkan urusan aku untuk sambung belajar nie. Aku tak nak tersalah pilih course atau pilih course yang tak ada masa depan. Itu yang aku tak kan. membazir masa, duit dan tenaga aku je. Minta-minta dijauhkan. Kalau ada sesiapa yang nak beri pendapat atau idea, aku akan terima dengan terbuka. Insya-Allah.

Rindunya...

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Dah makan? Hari ni dah pasang streamyx, bolehlah online semula. Broadband dah lama terminate sebab makin lama makin slow line nye. Tak tahan! Kadang-kadang tak boleh loading terus. Menaikkan kemarahan aku je. Tapi marah tu kan sifat syaitan, so kenalah jauhkan diri dari marah-marah nie.

Sebenarnya tak tahu nak cerita apa nie. Bosan duduk rumah nie. Nak kerja,  tapi tak tahu nak kerja apa. Hari tu kerja seminggu je, pastu berhenti. Sebab apa? Sebab tak tahan! Ramai yang kerja kat situ tahan 2 hari je, pastu blah. So tuan punya kedai tu kenalah ambil tindakan sebab apa orang kerja sekejap je kat kedai dia. Harap dia boleh fikir sebab apa.

Dah bosan-bosan nie, teringat pula dekat sekolah. Adik-adik yang masih bersekolah tuh, sekolah lah sebab sekolah lah time paling best dalam hidup nie. Bila dah kerja penat, time ekolah dulu enjoy je kan? Duit  mak ayah bagi. Tak payah fikir apa pun sangat, just kena focus pada pelajaran je. Belajar rajin-rajin yea adik-adik. Kerja ni bukan satu benda yang mudah, susah rupanya.nak kata tak kena marah, kena juga kalau tak kena gayanya. Dekat mana-mana pun kena marah, bukan kat sekolah je. Orang marah tu mesti ada sebab. Jangan kecil hati bila cikgu marah kita ya. Cikgu nak kita buat yang terbaik untuk diri kita sendiri, bukan untuk sesiapa pun. Fikir-fikirkanlah.

Rindu kat kekawan kat sekolah especially budak dorm. Mak aii, rindu yang tak terkatalah. Tapi apa boleh buat. Setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan perpisahan. Tapi walaupun kita terpisah jauh, tapi kekawan tetap menjadi ingatan. Bila rindukan suasana dan budak dorm, aku boleh pakai baju dorm. Bila rindukan budak class, pakailah baju class. Bila rindukan saat-saat nak sembahyang berjemaah bersama-sama kawan kat suarau sekolah yang banyak kenangan tuh, pakai baju tadarus. Rindukan cikgu-cikgu, pakai baju bengkal atau baju sukan. Rindu asrama, pakai baju asrama. Banyak betul baju kat sekolah ni dan banyak juga kenangan pahit dan manis di sekolah ni. Rindunya nak ke sekolah. Hanya mampu melihat persiapan adik dan anak sedara yang akan kembali ke alam persekolahan. Jealous pun ada sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, zaman aku dah tamat. Aku kena tempuhi zaman lain pula.



rindu semua ni....


#Kita tak boleh berhentikan masa untuk terus berada di suatu zaman sahaja. 

Nasib Tak Baik . . . .


Assalamualaikum. Dah lama tak update blog nie. Kenalah faham, SPM kan. Penentu masa depan aku tuh. Aku tak tahulah nak cakap apa pasal SPM nie. Alhamdulilah, setakat nie aku rasa,aku masih boleh jawab. Betul ke tak, aku pun tak tahu. Biarlah, benda yang lama usah dikenang. Past is past.

Minggu nie aku jawab 3 paper je. Agama Islam, Additonal Mathematics and Sciene. Nak cetita sikit time paper Add Math nie. Rasa block H tuh hanya aku duduk 3 orang je, aku,Mira dan Noor. Sunyi gila. Yelah yang ambil paper nie hanya budak class aku je, yang budak VE mana ambil. So, semua masih terbongkang kat dorm time kami nak pergi sekolah. Rasa kelam kabut pun ada juga. Sebab pagi tuh cepat betul cerah, takut lambat je tapi baru pukul 7.30. Sebelum pukul 7.30, kami study sikit Add Math buat kali terakhir. Dah pukul 7.30 baru kami gerak ke sekolah. Kat sekolah lagi sunyi. Memang kami tiga orang bayangkan sekolah nie hanya ada kami je. Sebaiklah paper add math nie hari dia tengah-tengah, kalau time akhir-akhir, memang tinggal budak class aku jelah agaknya kat sekolah nie.

Lepas habis paper  Add Math1, Noor belanja aku dengan Mira kat canteen. Seumur hidup aku dekat sekolah nie, itulah kali pertama aku makan makanan canteen dan makan dekat meja canteen. Selama nie aku hanya beli roti atau keropok lekor je kat canteen tuh. Hari tu lah first time aku makan laksa dekat canteen tuh. Thanks to Noor sebab belanja. Lepas makan kami semua ada class tambahan dengan Cikgu Rasilah untuk kali terakhir cikgu mengajar kami Add Math. Ini semua untuk persiapan petang pula. Cikgu ajar soalan yang boleh kami score. Cikgu kata insya’allah kami boleh lulus. Class tambahan nie dari pukul 10.30 pagi sampai dekat pukul 1 lah. Habis je class tambahan nie, semua orang serbu Dewan Makan. Aku makan ala kadar je sebab nak solat pula nanti, takut lambat pul;a sebab paper petang nie pukul 2 start. Naik dorm je,tengok budak dorm tengah berkumpul. Apasal nie? Rupa-rupanya nak buat jamuan dorm. Aku okay jer. Ada budak dorm nie ingat yang aku nie tak ada paper dah petang nie. Nan pula tanya dah pukul berapa nie. Memanglah dah pukul 1 lebih tapi zohor kan belum masuk lagi. Kat surau tak azan lagi. Takkan aku nak sembahyang kalau tak masuk waktu lagi. Apalah Nan nie. Lepas sembahyang aku study sikit dengan Mira and dengan Noor. Dia orang tanya aku jawab. Bak kata Dr. Fazley, kita kena berkongsi ilmu dengan rakan-rakan,sebab berkongsi ilmu ni pun salah satu cara belajar yang berkesan. Dalam 1.35 tuh Nan cakap dengan aku, kira Nan nie jam loceng tak berbayar lah.

Aku, Mira and Noor gerak dari block lagi 10 minit nak pukul 2. Gila lah. Exam start pukul 2. Tapi Mira cakp jam aku cepatlah apalah. Apa-apa jelah. Tapi aku dengan Noor dah kelam kabut mestilah si Mira nie pun terikut sama. Semua ambil langkah besar, nak cepat sampai sekolah. Sampai-sampai je. Pengawas tuh cakap, “Eh naiklah,dah pukul berapa nie? Kenapa  tak naik? Pagar nie tutup ke?” . Naik je atas, tak ada sapa pun. Perghh. Semua orang lambat. Tapi exam tetap start pukul 2 jugak.
Habis exam,semua pakat-pakat pie jumpa Cikgu Azreen. Cikgu nak bagi makan, sapa tak nak kan. Rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Lepas tuh aku minta soalan Science sekali. Sebab malam nanti aku tak tahu nak buat apa, soalan tak ada mahunyer aku tak study malam nie. Dapat soalan semua balik. Balik-balik je aku terus basuh tangan basuh kaki sebab nak makanlah. Lapar sebab tengah hari kan aku makan ala kadar je. Aku pelawa Nan makan pastu aku ajak Mira makan juga. Aku suap Nan, macam suap baby besar tau. Hahaha. Dia kata tangan dia bersih tapi malas. Malas nak kotorkan tanganlah tuh. Sebab time tuh dia tengah buat modul applied science. Bersemangat betul dia buat. Ada juga soalan dia aku dengan Mira jawabkan, sebab lebih kurang je applied science tuh dengan science.

Malam tuh aku study dengan Mira dekat bilik prep sampai dekat pukul 1. Habis study kami naik dorm. Mira yang naik dulu, tetiba je dia menjerit pastu turun tangga. Aku pun tanyalah kenapa. Pastu dia kata ada katak pisang kat tangga tuh. Aku tak Nampak katak pisang tuh kat mana, aku naik lah satu anak tangga. Pastu Mira cakap katak tuh tengah pandang kami. Aku pun cuak juga. Katak pisang nie kan lompat jauh. Aku dengan Mira nie punyalah fikir macam-macam. Katak atau ?????. mati atau hidup. Itulah yang kami fikir. Aku dengan Mira duduk berlegar-legar depan dorm H4  and H1. Aku nak naik kat tangga H1 yang akan lalu depan H8 tapi takut pula. Tangga tuh gelap. Nak naik tangga H4 yang akan lalu dengan H6 di mana katak tuh duduk bersantai. Last-last kami beranikan diri naik tangga H8. Aku boleh rasakan yang jantung aku nie berdegup laju betul. Dah lepas H8 Mira nie boleh stop pula, nak tengok katak tuh kat mana. Aku takut katak tuh ada dekat tong sampah sebelah aku nie jerk Mira. Terus kami lari straight masuk dorm. Nan terkejut kat dalam dorm tuh. Sebab kami main serbu jerk. Bila cerita dekat Nan. Nan cakap aku dengan Mira nie gila ke naik tangga H8 tuh. Aku rasa tak selesa nak tidur. Sebab tak basuh kaki pun malam tuh aku tidur. Rasa geli-geli. Nak keluar takut ada katak tuh lagi. Tak payah lah. Sebaik lah tak mimpi apa-apa malam tuh. Ngeri betul rasa malam tuh.

Esoknya. Balikkkk!!!. Semua orang suka. Semalam boleh dikatakan aku, Mira dengan Noor orang awal masuk dewan nak jawab Add Math2, kali nie kami yang orang lambat masuk dewan. Cuak aku. Nie semua pasal katak. Janganlah lepas 2 minggu ni masih ada katak pisang tu. Tak sanggup rasanya.

Nanti aku nak cari macam mana nak bunuh katak pisang tu. Hahaha. Jagalah kau katak kalau kau masih ada dekat aras 2 tuh. Okaylah nanti aku update lagi yea. Nak tengok cerita Cinta Itu Milikku dekat tv3.



Raya + Merisik = Enjoy -> Trial


Akhirnya dapat juga post untuk raya ni. Alhamdulilah. Malas nak cakap banyak sebab masa sangat cemburu dengan aku. Raya tahun ni rasa best sangat.. SANGAT-SANGAT BEST. Hope tahun depan kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama lagi. Walaupun trial dah hampir. Tapi itu tidak membataskan aku untuk pergi beraya. Malam masih boleh study. Tapi rasa macam tak study juga. Sebab penat. Text kawan-kawan and then terus dibuai mimpi. First paper hari Selasa ni, 28/8/12, paper BM dan hari seterusnya BI. 30/8/12 pula Sejarah. Aku tak tahulah nak cakap apa bila sejarah ni. Tulis Sejarah hidup aku boleh tak?. Hehe. Break sekejap cuti Merdeka. Aku harap sangat-sangat aku dapat balik cuti Merdeka ni.

Wahai rakan seperjuanganku sekalian, aku doakan kita semua dapat menjawab semua soalan dengan mudah setelah kita berusaha. Dan di akhirnya kita akan memperolehi keputusan yang cemerlang. AMIN.

Setiap gambar mempunyai kenangannya tersendiri. Kenangan untuk diingati dan disemat di dalam hati.

bermaafaan di pagi raya

we're family



merisik 



after merisik



mengeratkan hubungan kedua belah pihak



keluar jalan-jalan 



raya di Slim River




Raya-raya juga.. Tapi keadaan tidak menjadikan itu alasan untuk kita tidak menduduki peperiksaan.

Tak lama lagi dah nak merdeka... Hargailah kemerdekaan yang telah Malaysia capai kini.


#gambar ada yang rosak.tapi masa dah tak ada. cukuplah dulu yea..







raya raya raya ...


Raya? Mesti semua orang dah tak sabar nak raya kan?  Macam mana dengan persiapan raya? Mesti meriah punya. Tahun ni aku tak balik Johor mahupun Kelantan. Raya dekat Perak jelah. Tak kisahlah raya kat mana. Asalkan raya kan?


Tahun ni rasa raya maybe meriah kot. Sebab abang aku raya bersama. Tahun lepas dia dekat Sarawak. Tahun ni nasib baik dia dapat cuti. Sekarang dia tengah on the way dari KL. Hope dia selamat sampai. Kakak aku pula malam tadi dah sampai. Riuh rumah ni woo…. Tapi Cuma Along je tak ada raya kali ni. Along beraya dengan mak mentuanya di KL. Tak apa-apa, hari Rabu yang aku baru balik tu, Along baru sampai kat sini dari Slim River. Kira macam Along dah raya kat sini la. Huhu. Pagi tu dah salam-salam kan.. hehehe.
.
Tapi betul ke nak raya ni? Tak rasa macam raya sangat pun! Maybe sebab nak trial kot. Naik sekolah je nanti, hari Selasa dah start trial SPM. Tapi mood nak study tak muncul-muncul pula. Kat sekolah je aku study ni. Balik rumah semua hampeh. Hahaha. Kenapalah trial lepas buka sekolah? Bagilah seminggu lepas buka sekolah ke. Kan sempat nak buat revision bersama cikgu. Raya, raya juga tapi jangan lupa trial yang bakal menjelang juga.. Selamat menduduki Percubaan SPM bagi semua pelajar Tingkatan 5. Dan selamat menduduki UPSR bagi adik-adik darjah 6 yea.. Hope kita semua berjaya..

Nilah persiapan raya yang aku buat. Tak banyak mana buat kuih raya tu pun. Tak nak bagi korang tengok juga. Nanti raya datanglah rumah yea.

ni kuih conflakes bakar.



tunggu giliran untuk bakar..
semangat buat kuih raya..

makan dulu sambil tunggu kuih tengah bakar.

see..dah dekat pukul 4 pagi..

ni kuih kedua aku buat...


kuih apakah ni??


coklat..

Add caption


inilah kuih almond londan aku... 


kuih semperit..


lawakan? bukan aku yang tekanlah


akibat buat kuih..anak terabai..haha

adik tolong saya pasang langsir..




tolong punggah je sebenarnya..



Okay lah, cukup sampai sini je. Nanti ada masa aku update lagi yea..

Selamat berbuka puasa.




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN daripada natasyadillahmad








berbuka puasa di Orient Star .. .

Hari ni satu family pergi berbuka puasa dekat Orient Star. Rasanya ini kali pertama untuk kami semua berbuka puasa di luar for this year. Alhamdulilah. Kenyang sangat sebab banyak sangat juadah yang disediakan. Paling sedaplahkan, sotong dia. Manisss dan tak berapa pedas. Lepas solat Maghrib aku datang lagi. Aku dapat makan rojak buah. Perghhh.. Memang sedap habislah. Tapi sayangnya buah mangga muda tinggal sikit sangat. sebai ada jambu batu. kira okay lah juga. dapat pual lepas tuh makan char keuw tiaw (eh tak tahu pula nak eja.. maybe wrong spelling nie). Time makan tu, teringat pula dekat kawan aku, Noor. Dahlah sebelum keluar tadi ada IM dengan dia sekejap. Hope kau dah dapat makan char keuw tiaw yea Noor. 

Aku nak upload sikit photos yang aku snap. Bukan nak buat kau jeleous. Cuma nak bagi kau tengok jerk Yot. Hehehe. (niat diperbetulkan).




time nie baru je sampai

*********************************








we are happily family

adik dah boring...













haishh..mana makanan adik nie??

handsome tau 




adik sayang mama!!




banyakkan?? sampai tak muat meja tuh..

of course lah yang depan tuh nasi aku..


 ******************************************************

on the way nak ke kereta.. time nie perut semua dah kenyang... alhmadulilah atas rezeki-Nya...






ikan abah...apatah name dia abah panggil...


say goodbye....



 ******************************************************

Time nie tengah boring dalam kereta sebab ada road block. JPJ , POLIS, KASTAM. PROTELA.. Semua ada. Motor banyak kena tahan. jalan jam... MEREKA SENTIASA MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA...Betulkan?

apapun senyum =)


Sekarang dah masuk 17 Ramadhan, iaitu hari Nuzul Quran...
Semoga kita manfaatkan ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini dengan perkara yang bermanfaat...
Assalamualaikum....