JellyPages.com

~ SELAMAT HARI GURU ~


Assalamualaikum. 16 Mei..?  Kalau aku masih sekolah, confirm aku pun kena balut hadiah adik. But not this year.!
Aku ke kau yang nak bagi cikgu? Kau kan? So kau lah balut sendiri. Aku dulu balut sendiri je. Reti ke tak bukan ada orang kesah. Janji aku ingat dekat orang yang banayak berjasa dan aku buat atas titik peluh aku sendiri.
Nilah yang aku cakap.  Bukan susah sangat nak balut-balut nie. Tak kan cikgu nak marah bila kau balut tak kemas pulak. At least cikgu tu akan rasa terharu sebab anak murid dia ingat juga dekat dia. Bagi seorang guru, bukanlah hadiah itu yang menjadi tanda, cukup sekadar anak muridnya berjaya dalam pelajaran sudah memadai.

Bagi aku, nak jadi seorang guru bukanlah satu kerjaya yang mudah. Susah! Kena banyak bersabar dengan pelbaga kerenah murid-murid terutama budak sekolah rendah. Ingat senang ke? Bila aku fikir-fikir balik, mesti cikgu-cikgu aku penat ajar aku.! Tapi kerana berkat kesabaran cikgu-cikgu aku, alhamdulilah aku berjaya.

Aku bukan dilahirkan dari keturunan yang memang pandai. Aku pernah masuk kelas pemulihan, budak tak pandai macam nilah, duduk kelas last pulak tu. Masa darjah empat, aku memang down gila-gila. Tetiba aku tak boleh tangkap subject mathematics. Sebab cikgu lain yang ajar. Macam terkejut la agaknya. Tapi masa darjah lima, cikgu mathematics ada tegur aku. Next year awak nak UPSR, kalau macam ni, awak boleh gagal. Gagal? Oh tidak. Bayangkan daripada 40 orang, aku dapat no last dalam class. Tapi masa darjah enam aku bangkit..! Alhamdulilah, walaupun UPSR aku tak sebagus mana pun, tapi aku lulus semua subject dan yang paling penting  mathematics aku dapat A.!

Masa sekolah menengah  pulak, aku macam minat pula dekat subject mathematics nie. Aku tak tahu ape yang buat aku suka. Tapi aku still ada kelemahan.! Oh my english..! aku still tak boleh nak kuasai bahasa asing ni.mungkin aku tak pernah set yang bahasa nie perlu untuk masa depan. Sampai la aku SPM,  subject English aku hanya dapat C saja. Mesti cikgu aku hampa. Terasa diri nie teruk sangat..!

Bayangkan betapa besarnya pengorbanan seorang guru tu..? dari aku kelas pemulihan sehingga berjaya dalam SPM aku. Kalau tak kerana cikgu yang ajar aku time kelas pemulihan, maybe aku tak macam nie sekarang. Dan kalau tak kerana teguran cikgu mathematics aku, mungkin aku tak akan pandai dalam mathematics.. Boleh cakap semuanya bermula dari seorang guru dan diikutkan dengan usaha kita dan disudahkan dengan ketentuan-NYA.

Guru adalah segala-galanya. Kalau tiada guru, mana nak datang pemimpin yang berwawasan? Mana nak datang Negara yang maju? Mana nak datnag orang yang pandai-pandai ni. Bukan dari guru ke? Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain (macam lain macam je.asalkan maksudnya lebih kurang sama). So sempena hari guru, SELAMAT HARI GURU terutama cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya. TADIKA PERPADUAN -> SK METHODIST (ACS) -> SK SERI BAYU -> SMK SERI SAMUDERA -> SMV SERI MANJUNG.

Jika ada kesempatan waktu, teringin rasanya nak pergi sekolah lama aku ni. Entah masih ada lagi ke tidak cikgunya. Mungkin ada tapi bukan semuanya masih di sekolah yang sama. Mungkin ada juga yang sudah bertukar.  Semuanya mungkin.! 



Suka aku dengar lagu ni pagi-pagi dekat tempat kerja. 

#terima kasih cikgu kepada semua cikgu kerana telah mendidik saya. Jasamu akan ku kenag selalu..Tiada cikgu, siapalah diriku nie.. Hargailah guru-guru anda...

Menghitung Hari...

Assalamualaikum. Aku bersykur kerana aku masih bernafas dan mampu melihat insan yang aku sayang. Sesungguhnya Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba itu. Aku pasti..!

Hari nie kerja penat sikit tapi berbaloi. Gaji aku lebih 10 ringgit. Tak sia-sia aku main air sampai basah baju dan kecut tangan ni. Tapi tangan aku ni ada luka yang tak nampak. Bila kena air je, mulalah pedih gila. Haishh.. Tapi aku tak nak tunjuk aku lembik even aku memang tak larat. Sebab aku kerja untuk cari rezeki.. Tapi aku bukanlah manusia yang sempurna. Ada juga yang hamba Allah ni cakap aku tak buat kerja tak cergas. Aku sedar sapelah aku ni. (ayat touching ).



Lebih kurang tinggal 3 minggu je lagi. tak sabar pula nak berhenti kerja. Nak lepak dengan member-member. Mesti ramai yang member-member yang dah nak sambung belajarkan? Macam mane pulak dengan nasib aku nie. Hope aku dah buat yang terbaik untuk diri aku ni. Mulakan hidup baru dengan kawan baru. Macam susah sebab aku bukan seorang yang banyak mulut pada mula-mula perkenalan. Mesti susah juga nak dapat kawan satu kepala. Hmmm..

Walaupun hari Ahad, tapi aku tetap kena kerja. Ramai yang online. Tapi aku kena ingat yang aku bukan seperti mereka.! Aku kena kerja .. okay, bye..

#Happy Mother Day. Sesungguh pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Sayangilah ibu anda setiap hari..

-s-a-y-a-n-g-

SAYANG...Rindu nak dengar kau cakap cam tu.. Dah dua hari kau buat perangai. Kalau nak tegur, cakap. Jangan buat aku TERMALU. Bila aku malu, aku mulalah nak menyorok. Pastu kau kata aku lari dari kau. Haishhh.. Rungsing aku.

KALAULAH aku boleh cakap dengan kau, aku akan tanya. Kenapa buat aku macam ni? Kadang-kadang aku tengok kau macam tak nak tegur even kau pandang aku tapi kau tak ada respond. Aku pula naik pelik.  Kadang-kadang pula kau macam ok. boleh tegur, senyum. Maybe mood tengah okay ye.. Aku faham.. Mood berubah-ubahkan.. Hahaha..But why dua hari nie macam buang tebiat..?? Tapi satu je aku tak faham dengan kau ni, tak text, tak call.. Memang tak ada credit langsungkan. Tapi semalan elok pula kau ber"text" depan aku dengan member kau.. Tipu je kerja kau. Aku ni asyik kena tipu aje. Senang sangat ke nak tipu aku ni? Atau aku mudah percayakan kata-kata orang tuh?? Ohhh, aku sendiri tak tahu.!

Okay la.. Itu aje yang terlintas nak luahkan.. Hope esok lebih  baik dari hari ni. Selamat malam .. Assalamualaikum..

#tak guna pandai menipu-tak ada faedah.. dan tak guna pandai tapi tak reti nak hargai pemberian-NYA..
Hargailah sesuatu yang begitu bermakna... =D

Mei Dah Tiba ! ! !


Assalamualaikum. Dah masuk bulan Mei, bulan terakhir untuk aku kumpul duit sebelum nak masuk sambung belajar. Honestly aku sayang gila dekat achik kedai. Aku dah anggap macam mak aku sebab achik tu memang tak pernah berkira dengan aku. Selalu juga bagi pendapat pasal nak sambung belajar ni. Aku bersyukur dapat majikan yang caring, tak berkira, buat kerja sama-sama. Aku sayang semua orang dekat tempat kerja tu termasuklah customer achik. Haha.! Tapi sayang aku TERpaksa  berhenti juga sebab nak sambung belajar walaupun aku tak tahu nak sambung belajar mana lagi. Minta Allah beri petunjuk kepada aku. Amin.

Hari ni ada orang belanja aku. Macam-macam dugaan la nak suruh budak nie belanja aku. First ingatkan aku tak jadi cuti. Planning punya cantik, tiba-tiba achik kata kerja pula. Tapi sebaik semalam sebelum nak balik achik tu kata cuti. Nasib dapat cuti, kalau tidak memang tak ada rezeki aku nak suruh dia belanja. Tapi bila aku nak keluar rumah pula tadi, perut meragam pula. Aku dah lambat di situ. Teruk betul la perut ni. Tahulah nak kena kosangkan tangki sebab ada orang nak belanjakan. Aku makan ABC je. Sebab tetiba rasa terliur bila baca novel ada sebut ABC. Haha.. baca novel pun boleh terliur tau. ABC  aku sampai dulu. Entah macam mana, time makanan member aku sampai, waiter nie terlanggar  ABC aku dan tertumpahlah sikit dekat atas beg aku. Mula-mula nak marah juga la kan. Tapi bila fikir, cam tak molek aje. Macam aku tak pernah buat macam tuh. aku buat lagi dasyat! Basah seluar orang tuh. sebaik abang TNB tu tak marah. Aku hanya mampu tersenyum bila aku tumpahkan air  lepas tu aku bagi tisu. Malu kowt. Tapi abang tu Nampak cam tak serik, esok dia datang dan terus datang makan kat kedai.  Walaupun ada rasa malu tapi tetap aku senyum. Senyum itu sedekah. So kat waiter tadi tuh aku tak la marah sangat. Kira 0-0 la. Haha . Allah akan balas apa kita buat cuma bezanya lambat atau cepat saja. So, jaga-jaga ada yang memerhati setiap apa yang kita lakukan!

Sampai hari ini, aku masih mencari-cari kema destinasi yang aku patut pergi. Tak tahulah nak belajar mana. Rambang mata aku tengok. Kalau korang ada pendapat boleh la suggest kat aku. Aku terima semua teguran dang pendapat korang. Insya’allah .

Okay. Kat sini jelah. Sebab tak ada mood nak online sangat. Semua sibuk pasal PRU13 esok.  Bye and good night.






#pergilah keluar mengundi esok. undian anda amat berharga untuk penentu masa depan negara.