JellyPages.com

Hari Ini Dalam Sejarah ! ! !


Assalamualaikum. Hari ni result SPM aku keluar. Macam tak percaya je aku. Alhamdulilah aku lepas target sebenar aku. Tapi aku macam tak percaya yang Add math aku dapat B? itu dinamakan rezeki masing-masing.

Aku malas nak cakap banyak sebab esok kena kerja. Tapi aku nak cerita apa yang aku buat untuk hari ni.!
Aku bangun pagi, dah ada orang call. Wah. Baru pukul 9.00 pagi kut. Pastu aku siap-siap mandi baru pakai baju kurung dalam pukul 10, abang aku text tanya result. Aku nak pergi ambil pukul 11 la sebab ayah aku pukul 11 baru dapat keluar. Dah siap-siap, tapi abah tyak sampai lagi kat rumah. Adeshh.
“Lambat pula abah nie.orang nak pergi singgah kedai achik amek duit gaji ni.” Rungut aku dalam hati.
Dalam 11.30 baru aku keluar rumah. Singgah kedai achik amek duit gaji. Entah kenapa, aku rasa sikit pula duit gaji aku dapat semalam. Betul lah kata budak  ikan bakar tu. Tunggu jap, nanti dapat lebih. Tapi aku degil aku terus aje balik semalam. Ini lah padahnya.

Dah sampai sekolah. Kena jalan kaki pula. Tak kesah la. Orang pertama yang aku Nampak kat sekolah tu ‘dia’.  Dah tiga bulan tak Nampak, Nampak pula muka ‘dia’. Lepas tu Nampak budak laki class aku lepak kat luar dewan. Bila masuk dewan, ayah aku suruh pergi ambil slip sebab ayah aku nak masuk kerja balik pukul 12 katanya. Aku pun pergi jumpa Cikgu Shahidan. Cikgu cakap result aku tak ada. Aduh! Abah dah la nak masuk kerja ni. Aku bagi tahu abah. Abah kata tunggu la. Lepas tu nama aku naik pula. Hahaha. Suka aku. Terharu pun ada. Keluar dewan mengeletar tangan ni.  Time nak bagi slip kat abah, masa tu abah tengah call someone. Lepas tu abah kata yang abah masuk kerja pukul 1.00 pula. Alhamdulilah. Dapat la aku jumpa cikgu-cikgu aku sekejap.

Tapi tak semua cikgu yang aku dapat jumpa. Samalah dengan kawan-kawan. Member dorm, aku dapat jumap 5 orang je. Rasa terkilan!. Tapi nak buat macam mana. Abah dah sibuk nak balik sebab abah kata dia tak makan lagi. Dalam 12.30 ak balik dah.

Lepas abah pergi kerja. Mira datang rumah. Kami hanya mampu lepak McD je. Itu pun jalan kaki je yang mampu. Yang lain semua dah terpisahkan. Nak buat macam mana, masing-masing ada hal sendiri. Aku harap ada rezeki kita jumpa lagi. Aku rindu korang semua terutama budak Dorm H7.! Rindu nak belajar sama-sama, gelak berdekah-dekah. Sakat menyakat jadi hobi masa luang. Rindu semuanya!!!!

Inilah hasil yang aku dah lakukan. Ini juga hasil titik peluh cikgu-cikgu yang mengajar aku dan kawan-kawan yang sudi membantu aku tak kira masa. Tak lupa juga sokongan dari ahli keluarga yang tercinta. Thanks semua.








Inillah result aku. Bersyukur atas nikmat-Nya! ALHAMDULILAH.



Duit dari pakcik dewan makan yang colour purple tuh. Hijau dengan merah tu sekolah bagi. Merah lagi satu tuh Cikgu Shahidan, cikgu mathematics aku. Dan yang hijau tu, dari Cikgu Khairiah, cikgi BM aku. Aku tak mengharap benda ni tapi rezeki jangan ditolaklah katakan.hehe.





Ni semua sijil yang aku dapat hari ni. Sijil nilam, ULBS BM dan BI. Sijil PEKA Science. Slip Subject computer aku and tang paling penting SIJIL BERHENTI SEKOLAH!! cam tak caya yang muka aku ni dah tak sekolah. Pastu nanti masuk UNIVERSITI pula.INSYA ALLAH. terasa masih ingat time aku tadika nad time aku tahun1. Sunguh cepat masa berlalu.




#jangan berputus asa selepas kita mencuba.
kita Mesti berusaha dan terus berusaha! Fighting!

 

No comments: