JellyPages.com

CuTi-CuTi !!!

Minggu ni memang terbaiklah aku cakap. Dengan cuti dan ganti sekolahnya. Memang cantik. Banyak benda yang terjadi time cuti. Siapalah aku nie. Bukan perfect mana pun kalau tak buat kesalahan kan?.


19/4
 Cuti sempena Keputraan Sultan Perak. Untunglah siapa yang sama birthday dengan sultan tu. Hehe. Pagi tu ada buat qiamulai kat hostel. Lepas tu ada buat solat dhuha pukul 8. lepas solat dhuha tu, ada kuliah pula. Best juga. Siap boleh buat perbahasan dengan budak laki. Actually, bagi aku seks bebas nie dua-dua salah. Lelaki dan perempuan. Kalau lelaki tak melayan tak akan jadi dan kalau perempuan pandai jaga aurat tak akan ada anka luar nikah. Tapi untuk bangkit memang malulah. Sebab tirai semua buka. Walaupun lelaki yang ada dekat surau itu adalah lelaki yang sama di sekolah. Tapi aku tak mampu. Aku tak seberani orang yang bangun. Huhu.

Lepas habis kuliah tu. Ada makan-makan. Tapi sayangnya, aku tak pergi pun. Berlaparlah aku. Aku tak pergi makan sebab nak pergi library. Kena susun buku yang da di automasi tu. Ikutkan, hari ini pun ada. Tapi today aku outinglah. Sorry teacher. Bukan nak lari dari buat kerja taw.

Time kat library tu. Serius best. First time aku rasa aku beramah mesra dengan pengawas library lelaki. Huhu. Lepas dah buat tampal sticker tu sikit. Time tok solah zuhur dan makan tengahari. So baliklah ke asrama. Sembahyang dan pergi makan lah aku. Lepas makan tuh pergi PW nak hantar barangan dekat budak laki. Tak sampai 5 minit pun. Lepas aku dengan si kawan aku nak balik ke asrama. Datang pula cikgu. Aduh. Tak ada kerja cari kerja betullah. Kan da kena soal siasat dengan cikgu. Haha. baruah.! Sekarang aku sensitive sikit nak dengar perkataan itu. Sebab cikgu cakap kami baruah. Huh. Apalah nasib kami nie. Nak buat macam mana. Nasib badanlah.

Lepas tuh aku pergi library balik. Ada something yang terjadi. Tapi aku tak berapa tahu. 17/4 birthday teacher. So teacher beli cake dan kami(pengawas library) makan dan ada lah jajan sikit. Aku kena basuh pinggan. Tapi sebaik lepas diaorang makan, Becqi yang basuh pinggan tu pula. Aku Cuma basuh cawan saja. Thanks to Becqi yeah!.
 
Lepas makan, continue buat kerja. Sembang dengan ** memang best. Tak sangka kau nak bagi aku tengok phone kau. cara kau macam memcabar aku. Mula-mula tak berani. Tapi bila aku cakap “Tak apalah”, kau masih tak nak ambil phone tuh dari pandangan mata aku. Aku pun ambil juga. Hehe. Kau sungguh cute! Kau senyum membuat aku tertarik! Tapi aku tak berkesempatan untuk mengenali kau. aku dah serik! Cukup hanya dapat tengok kau senyum. Cukup buat aku happy. Hehe..

                                                

 *****************

Apalah perasaan parents aku bila tahu aku kena buang asrama. Owh. Jauhilah itu semua. Bukan aku sorang malah begitu juga dengan kawan-kawan aku. Aku tak mampu untuk menggam,barkannya. So jangan buat hal yea!. Apa yang terjadi ambillah sebagai ikhtibar ! ingat!. Sayangi diri anda sebelum anda menyayangi orang lain.! Ingat mak ayah bila nak buat sesuatu perkara.! Fikir perasaan orang lain!. Mungkin kita terpaksa mengorbankan perasaan kita sendiri untuk melihat insan di sekeliling kita bahagia!



JuMpE KaWaN

Malas rasa badan ni nak ikut kakak aku ke UniKL Mimet.. Tak tahu kenapa malas sangat. Maybe sebab aku tak larat. TAPI ! ! Lepas dah pujuk banyak kali, akhirnya aku pergi jua..

Dalam perjalanan ke UniKL tu aku mesej member aku. Sampailah kat UniKL pun aku still text dia. Sebab aku takut aku boring kt sana. sedang aku nk taip text, ada makhluk suit. Aku malas nak pandang, sebab kat situ bukan aku sorang. So baik aky tak payah nak perasankan.Tapi lepas beberapa minit. Budak sekolah lama aku call. Aku ingat dia hanya buat misscall, tapi macam lama pula berdering. Aku pun angkat. Bila dah angta. dia bagi arahan untuk aku toleh kebelakang dan tengok kiri. Macam-macamlah. tapi satu apa pun aku tak nampak dia time tuh. aku pula yang takut. Sebab akak aku dah ke depan meninggalkan aku keseorangan. mesti aku nampak macam orang bodoh jerk kan time tuh. hahaha. aku sendiri pun nak tergelak bila fikirkan balik.

Lepas tuh aku text kawan  sekolah lama aku ni. da text-text.. Aku cakaplah, nanti aku datang kat sana ok..
 Tapi hampa jerk rasanya. orang yang aku mahu ketemu tidak kesampaian kerana dia masuk explore. tak apalah tak ada rezeki kan. tapi aku still happy sebab aku rasa budak lelaki sekolah lama aku da tak macam dululah. suka gila aku. diaorang berani tegur aku. hehe.. kembang seketika sebab diaorang masih cam aku..huhu..terasa diri nie famous pulak. haha..tapi ada saja yang tak kenal aku. sedih seketika. haha...

bukan budak sekolah samudera jerk aku jumpa, budak sekolah shariman pun ada. dia nie kawan sekolah rendah aku. tak sangke dapat jumpa dia. dah lama juga tak jumpa. last rasa tiem form 3 time kat dewan MPM...haha.. terasa aku tinggi tau bila jumpa dengan kawan lama aku semua nie. hehe... tapi orang kata orang pendek nie murah rezeki dan juga malah lebih comel. so jangan rasa rendah diri yea kawan-kawan.

lepas da jumpa kawan-kawan, mereka cakap mereka pergi under SEKOLAH. diorang ada juga tanya aku. aku pergi under sekolah ke. aku hanya mampu jawab. SEKOLAH AKU CUTI HARI INI. kakak aku juga ebrtanyakan soalan yang sama. yelah. kat sekolah aku kan ada aliran elektrik elektronik. dekat pun dekat je. kenapa tak dijemput pula. pelik. rasa sedih jerk time tuh. haha...sedih lah sangat..

tetiba rasa perut lapar, ajak adik aku pergi beli burger. lama juga aku tunggu. penat. perut pun da keroncong saja. dah lah aku tengah lapar. ang budak-budak sekolah nie pula boleh nak mengedik sebelah aku. aku cepuk kunk baru tahu senyap agaknya. lelaki perempuan sama saja.

lepas beli burger. aku nak ke kakak aku tadi. ada pula yang cakap aku nie STUDENT dekat UniKL. Aku jawablah tak. tanya umur pula, aku jawab jerk. yang tak tahan kata aku anak lecture kat situ.haha.. so funny larh.. tapi aku hanya mampu kata TIDAK ..haha,.



malam tu aku pergi repair jama aku. tapi jam aku sudah tidak dapat di selamatkan lagi.. 4 tahun. kini hanya tinggal kenangan. aku semadikan kau di dalam kotak mu balik ye jam. terima kasih kerana telah berkhidmat dengan aku.. aku sayang jam aku. tapi aku juga perlukan jam baru.

AkU KeLiRu! ! !




Aku tak faham kenapa kau buat macam nie. Aku ingat kau nie jenis tak layan perempuan. Tak apalahlah.aku faham. Ak hormat kau sebagai lelaki yang lain daripada lain. Tapi berita semalam meragut separuh kepercayaan aku dekat kau. Sungguh aku tak sangka. Aku percaya kawan aku. Tak mungkin dia hendak berbohong.! ! !

Tapi!! Aku rasa kau sangat kejam. Kau meletakkan jurang antara kau dan aku untuk berkawan. Tetapi dengan kawan aku, kau boleh pula nak bermesra sehingga kau nak minta macam-macam. Alasan yang kau beri kepada aku, kerna aku tidak layak untuk orang macam kau. Kau cakap aku itu ini  dan tak standing dengan kau. Kau nie buta ke?. Kau tak nampak ke dengan sapa aku berkawan selama nie? Bukan member class kau juga ke? Hina sangatkah class aku nie pada kau? Jijik sungguh kew? Hey!! Aku serius tak faham dengan kau!..

Cakap sahaja kau nak perempuan yang cantik! Aku tak “pandai” ah!. Dari ***** kau, orang yang kau ***** dan kawan aku nie. Semua yang cantik dan putih.. aku sedar sapa aku. Lelaki memang macam itukan. Hanya memandang kecantikan seseorang itu.! Aku memang tak percaya lelaki dari dulu lagi. Sebab macam nilah. Aku nie tak cantik. Lepas tu tak putih pula macam perempuan yang kau **** tu kan. Aku tak akan marah kawan aku tuh. Tapi aku bencilah dengan kau nie. Cakap tak serupa bikin. Aku tengok kau kawan sahaja dengan budak perempuan yang pandai. Tapi mereka cantiklah kan.

Terima kasih ya Allah. Sebab KAU tunjukkan aku bahawa dia bukan yang seperti aku sangkakan. Aku harap sangat lepas nie kawan aku akan faham bila ternampak kau. Dan mereka tak tunjukkan pada aku. Aku selagi boleh. Aku akan lari dari aku nampak kau. aku mengharap sangat seribu pengertian dari kawan-kawan aku. Dan kepada member aku yang baru nak tahu. Aku syorkan korang stop lah cari.. hati aku nie dah tak ada sekelumit pun untuk dia.

Betul cakap Cikgu Hanizah, aku cari sahaja lelaki sebagai pasangan hidup di universiti. Yang kat sekolah nie semua tak boleh pakai walau sepandai mana pun dia di sekolah.

Ya Allah, KAU tabahkanlah aku ini. Tutuplah pintu hati aku ini buat sementara dan KAU bukakanlah apabila itu adalah pasangan hidup aku. KAU tumpukanlah aku pada pelajaran aku.

Aku nak rapat dengan semua orang. Aku tak kisah kau orang pnadai atau tidak sebab aku pun bukan pandai. Dan aku berharap. JANGAN ada yang persoalkan kenapa budak macam aku nie berkawan dengan budak macam tu. Jangan sama sekali. Cukup sekali aku dengar dari mulut kawan aku. Aku kalau boleh nak jadi budak biasa-biasa macam kau orang.

 Aku bukan anti lelaki. Cuma tak suka dengan lelaki yang berperangai macam-macam. Aku nak jadi macam dulu kalau boleh.! Tapi itu akan merugikan aku sahaja dan akan dicop aku sebagai seorang yang sombong. Tak bercakap dengan lelaki. Pelik kew? Lantak kau orang lah. Lepas nie. Aku cakap dengan lelaki tengok mood lah..hahaha…just kidding. 

Apa-apapun. Enjoylah dengan apa yang anda lakukan. Kerna andalah pengubah masa depan anda…

DeNdA!!!!!!!



25/3 [ahad] esoknya Isnin. Memang best lah ceritanya. Tidur tanpa ada elektrik. Pergh. Bahangnya memang tak dapat dikatakan. Memang malam tu boleh jimat elektriklah katakan.

Ceritanya macam ni. Sebenarnya kami iaitu semua penghuni block H kena denda sebab ada something yang telah kami lakukan sehingga warden naik angin. Salah kai juga dan inilah padahnya. Kami didenda untuk tidur tanpa ada bekalan elektrik dan hendaklah tidur di dalam surau bawah block tersebut. Memang macam ikan sardinlah dalam surau yang tak seberapa besar tu. Tapi aku dan ahli dorm yang lain telah meminta izin dengan warden untuk tidur di dalam bilik prep kerana ada ahli dorm aku yang sakit kaki yang sangat teruk keadaannya. Akhirnya warden membenarkan kami tidur di dalam bilik prep.

Semua orang diberi masa 10 minute untuk naik ke atas untuk menukar baju dan membawa segala keperluan tidur ke bawah. Aku pada mulanya masuk dalam surau. Keadaan dalam surau tu tak ubah seperti keadaan penempatan mangsa banjir. Tempat semua da penuh. Yela. Aku ni dorm paling atas. Agak lambat sedikit untuk naik dan turun dalam masa yang diberikan. Tergopog-gapah juga la. Penat tu usah cakaplah. Semua orang penat aku rasa. Tapi selepas itu, ada seorang ahli dorm aku cakap budak dorm aku boleh tidur di bilik prep. Yahoo.. tak payah nak berhimpit tidur dalam surau tu. Selamat.!!

Setelah tamat masa yang diberi. Warden pun menutup suis elektrik. Alah yang dalam kotak tuh. Apatah. Ibu segala bekalan elektriklah. Aku tak tahu sangat. dan kami pun mulakan hidup dengan keadaan yang begitu gelap gelita. Actually tak lah gelap mana. Sebab cahaya block G tu masih mampu untuk masuk ke dalam bilik prep tempat kami tidur.

Aku mengambil keputusan untuk tidur di atas meja dekat dalam bilk prep tuh. Aku ambil port tempat ada cahaya iaitu mengadap block G. aku letaklah bantal dan selimut dekat situ dan lepak bersama ahli dorm aku ( mira, zura dan nan).

 Tepat masa makan. Kami pergi ke dewan makan. Ingat nak  lepak dekat dewan makan tu lepas makan. Menu malam tuh nasi goreng dengan  air teh o panas.  Tapi lepas jerk makan rasa panas pula dalam dewan makan tu dengan aku pakai sweater. Tetiba rasa macam nak membuang. Tapi si mira boleh buat lawak pula. Tapi aku pun takut juga dengan  lawak mira tu memandangkan lelaki ramai di surau tu. Aku ambil keputusan untuk menahannya saja. Lepas tu kami lepak dekat kerusi batu depan public. Ambil angin malam. Best juga dapat lepak macam tu.dah lah sejuk dengen aku menahan untuk membuang.. memang best.. Haha..

Dekat pukul 11.00 malam kami masuk dalam block  balik. Masuk dalam bilik prep untuk tidurlah.!! Aku berfikir, aku nie taklah pendek sangat dan taklah panjang sangat. tapi tempat antara aku dengan member aku nia agak kecil. Dan si mira pula tanya aku nak tidur mana. Aku bagilah dia tidur dekat tempat aku yang dah aku chop tadi memandangkan dia pun tak tinggi sangat. hehehe. Aku cari tempat lain pula. Aku tanya dekat Amy, “ atas kepala kau nie ada orang tak?”. Dia pula cakap tak ada. Aku pun apalagi. Terus buka air water cooler dan basuh meja  tuh. Basah jugalah meja tuh. Aku geli sebenarnya nak baring atas meja yang belum tentu bersih ke tak. Lepas aku da basuh dan aku keringkan meja tuh. Aku ambil bantal aku dan nak tidurlahkan. Tetiba ada pula makhluk Allah nie datang menyibuk nak tidur dengan aku. Siapa lagi kalau bukan mira,. Pelik aku. Aku da sediakan tempat dia. Tapi dia still nak tidur dengan aku. Bayangkanlah satu meja dekat bilik prep tuh tidur dua orang kat atas meja tuh. Aku nie bukan tidur macam kayu, straight jerk badan tak gerak-gerak. Aku tidur lasak jugalah. Haha. normallahkan. Hehe. Aku risau jatuh jerk salah seorang nanti. Aku baru naik atas meja tuh. Meja da berbunyi. Nanti da tidur macam manalah pulakan yea.

Serius aku terasa seperti tengah main masak-masak sebab tidur atas meja tuh saling tak tumpah macam time aku kecil-kecil main.tapi taklah tidur kat atas meja, aku tidur kat tangga. Haha. seronok juga tidur atas meja tuh.. Haha. mulut aku tak habis-habis bercakap sampai Amy naik benggang dengan aku sebab dia nak tidur. Jangan haraplah aku boleh senyap plus ada si mira tuh dengan aku. Ada ja benda kita orang nak buatnya Haha.. zura tidur dekat kerusi kayu macam dekat canteen tuh. Okay lah badan kecil tapi dia cakap sakit badan sebab kerusi tu keras.hahaha. nama pun kayu. Keraslah. Nan pula tidur atas meja yang bergoyang-goyang. Haha. Nan punya mejalah aku cakap macam mesin urut ogawa tuh. Aku riasu jerk patah mja tuh.hahaha .

Serius malam tuh tidur tak nyenyak. Sejam-sejam aku terjaga. Dan aku paling fobia kalau dengar motor pak guard tuh waktu malam-malam dan dia pula macam berhenti. Peristiwa malam tuh tak akan aku lupakanlah!. Dalam sejam-sejam aku bangun-bangun tu, boleh pula aku dengar bunyi tikus dalam tong sampah. Gerun rasanya. Tikuslah kot. Aku agak jerk. Sebab bunyi dia tuh macam tikus.  Lepas tu aku sambung tidur balik. Dalam pukul 2 lebih, aku rasa panas sangat. aku pun kalihlah bantal yang aku peluk. Tetiba mira nie macam peluk bantal tu. Aku pun bagi jelah. Bila aku sedar lagi, aku tercari bantal aku. Aku tengok dekat bawah tak ada. Raba dekat mira pun tak ada. Tetiba mata nie terbuka luas dan badan bangun untuk mencri bantal yang hilang tadi. Aku rasa bantal tu jatuh. Tepat sekali. Tak ada sebelah aku. Tapi ada di sebelah mira. Kurang asam betul  mira nie.!! Da guna kau campak bantal aku ke bawah. aku pun dengan susah payah bangun kutip bantal dan naik atas balik untuk tidur. Yang tak tahan esok pagi dia boleh tanya aku buat apa bangun. Lepas aku ambil bantal tu aku sambung tidur dan aku terjaga dari mimpi yang menakutka aku sahaja. Bila aku bangun tuh aku dengar warden da buka suis. Alhamdulilah. Boleh la tidur dalam dorm. Aku tengok mira tuh macam tak nak bangun sahaja. Aku kejutkan pun tak bangun. Goncang sikit badan tu baru dia sedar. Dah tu tak tunggu aku pun. Naik atas menonong sahaja. Sedangkan aku masih berfikir pasal mimpi tu. Naik dorm. Aku rasa nikmatnya tilam. Huhu. Akhirnya terlelap kembali. Dan akhirnya kedengaran zikir menandakan waktu subuh nak masuk dan aku harus bangun untuk mandi dan solat. Walaupun mata nie berat, namun ku gagahkan jua diri untuk pergi mandi.  Tapi!. Lepas sahaja subuh.  Semua lingkup.sambung tidur. Termasuk aku. Tapi pukul 7 baru aku tidur sebab aku kemas buku dan lipat baju yang aku basuh semalam.

Detik 25-26 memang tak akan aku lupakan. Tidur atas meja berdua itu lagi mengelikan hati aku. Meja tuh lebar dan besar tak apa. meja pun cukup-cukup makan sahaja. Lepas ni aku minta sangat jangan ada yang buat hal. Kadang-kadang aku tengok budak tahun 1 kena rawcall, aku rasa kesian dekat orang yang tak bersalah sebab aku juga seperti mereka.! Tapi bila kena denda, semua kena. Nak memberontak tak bole. Ikut sajalah. Kepada mereka yang tak bersalah itu, ambil ini sebagai satu iktibar dan cabaran kepad kita. Sesungguhnya aku memahami perasaan kamu yang tak bersalah.