JellyPages.com

Julai =)

Assalamualaikum.

Sekejap je dah masuk bulan Julai. Bulan nie aku AKAN busy dengan study. Dah tak boleh nak banyak main-main. Aku nak focus. Acece. Focus la sangatkan. Apa-apa pun doakan aku yea. Aku jauh di perantauan ni. Haha . Yang pasti aku beraya dekat rumah jugak.! Cume berbuka sorang-sorang la gamaknya aku ni. Aku tak tahulah life aku kat sana macam mana. Hopefully baik-baik je. Aku tak tahu nak update pasal apa dah sebab otak aku ligat fikir macam-macam. Kena hidup berdikari. Bukan tak biasa cuma kali ni lain sangat sebab dulu sabtu ahad boleh juga balik . ini mau sebulan sekali je balik. Itupun kalau cuti panjang.

Terima kasih kat jiran-jiran yang memberi. walaupun tak seberapa. Tapi saya akan menghargainya. Sejujurnya aku agak rasa segan dan janggal bila orang memberi padahal aku cuma sambung belajar dalam Malaysia lagi. Tak apalah, orang memberi kita merasa. Papepun terima kasih semua terutama abang saya.  Semoga kalian dimurahkan rezeki. Aminn.

Selesai sudah packing barang semua.. Esok lepas subuh nak gerak ke Kuantan, Pahang. Awalkan gerak? First sebab tak tahu jalan. Second tak nak sampai malam sebab nak cari tempat berteduh lagikan. Third, semua orang perlukan rehat. Semoga Allah permudahkan urusan aku di sana. Destinasi aku adalah kpmim =)

Sementara ada masa ni aku nak minta maaf dan kalau ada jodoh kita berjumpa lagi. Mungkin terlalu awal untuk aku ucapkan. Tapi apa aku kesah? Haha. Selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelang tiba nanti.  Raya singgah datang rumah yea. Hehehe…



#new life at kpmim, make new friends. walau apa-apapun kawan aku, tetap akan jadi kawan aku  selamanya. semoga kita sama-sama berjaya, kawan. 

No comments: