JellyPages.com

BiRtHdaY aDiK . . .

Semalam [26/5] hari lahir adik, anak sedara aku. Happy jerk dia hari ni. Malam punya semalam mama dia cakap  “adik, esok birthday adik”. Boleh pula dia tanya adik mana. Haha. sebab mak usu pun orang panggil adik. Dia confuse lah tu. Genap da 3 tahun anak sedara aku ni. Sekejap saja da besar.

  

  

  

  

  

  

  

  

  

yummy-yummy 

  

  

  

  

muka sedih sebab dapat hadiah bufday tu..

konon manjelah tu

topeng-topeng

ingat kau artis?

  

sweet la tu?

orang celebrate birthday..dia basuh baju

senyum lebor yea

irfan

  


Muka excited! Sebab orang sambut birthday dia. Mama dia cakap nak beli cake. Faham pula dia. Sebelum beli cake tuh bawa mereka pergi main kat padang astaka sementara Kak Ida pergi beli yong tau fu. Lepas tuh baru beli cake adik. Adik bagitahu yang dia nak cake ice cream.

Celebrate birthday adik dalam pukul 9 malam. Celebrate ala kadar saja. Tak semeriah macam birthday party orang lain. Just family sahaja. Sebab hari pun macam da malamkan. Tapi Along datang lambat sikit.

Along busy sebab hari ni da nak pindah rumah ke Slim River. Berjauhanlah aku dengan Along dan Irfan. And thanks juga dekat Along sebab bagi pinjam jam sepanjang dua minggu untuk Tasya exam. Jam telah dipulangkan kepada Along. So aku menantikan bilakah aku ada jam sendiri?? Tunggu abang aku time dia balik raya nantilah. Lambat lagi. Tapi sabar tu sebahagian dari iman.

Disebabkan cake ice cream. Kena tumpang rumah Iwan lah. Sebab freeze mak penuh. Tak boleh nak sumbat dah. Entah macam mana pula si adik ni boleh jatuh dan terlanggarlah batu yang pagi tadi ada orang buat meter baru ni. Kesian birthday girl nie. Accident pula. Menangis-nangis dan terus bad mood. Mengada-ngada. Semua tak kena dan tak ada siapa boleh touch dia. Hmm. Budak-budak. Kenalah faham.

muka nak sedih
tak teruk mana pun!

examination week + teachers day

Sudah dua minggu aku tak balik rumah dan tiada siapa yang datang menjengguk aku. Dua minggu juga aku dalam mood exam. Exam ke?. Hahaha. Exam kali ni aku rasa exam paling teruk pernah aku buat. Dengan aku tak baca buku sangat. tapi percaya tak? Yang aku study dengan budak VE. Terharu tau. Tak macam Ujian Setara 1 dulu. Rasa kecil hati. Sebab aku budak PK, kau tak nak ajar aku. Aku hanya mampu curi-curi dengar apa yang kau ajar. Maybe kau ingat budak PK ni semua pandai yea sehingga menimbulkan rasa segan kau untuk mengajar aku? Hmm. Tak apalah. Tapi aku bukan pandai mana pun. Kalau aku pandai, nak saja aku jadi macam Adi Putra. Tak mainlah sekolah-sekolah nie. Tu hah. University terus tau.
Exam boleh dikatakan susah jugalah. Ada senang ada susah. Tapi serius. Aku jealous dengan Che Ku, Add Math kau sangat power. Pinjam otak boleh? Otak aku nie da tak tahulah nak cakap. Mereng dah. Kalau boleh belah. Dah lama aku belah otak nie. Bagi sumbat semua ilmu masuk dalam otak. Hehe. 
Entah macam mana, mata aku ni tak boleh pejam pula. Padahal esok aku ada paper lagi, bukan macam budak VE. Da habis petang tu. Semua orang da tidur tapi aku masih tak boleh tidur. Dalam pukul 2 pagi, Zura datang sebelah katil aku. Rupanya, dia pun tak boleh tidur. Aku ajak dia tidur sebelah aku. Cantik punya. Satu katil 3 orang. Haha. sebaik yang tidur tuh molek-molek belaka. Dan Mira boleh pula minta aku ke sana sikit. Aku hanya mampu cakap ada Zura lah. Tak tahulah pukul berapa aku lelap dengan Zura tu. Aku main rambut dia. Confirm aku dapat tidur dan dia pun terlelap juga.

Sebaik time exam aku tak tidur. Kalau tidak. Rotankah? Atau kena cubitkah kalau fail Add Math? Cakap pasal Add Math nie. Cikgu Add Math aku pindah ke sekolah lain. Hmm. Hanya dapat belajar dengan Cikgu Jalaludin selama 5 bulan sahaja. Namun, dalam 5 bulan tuh, macam-macam yang telah Cikgu ajarkan.

cenderahati dari pengetua
selamat tinggal cikgu ='(


cikgu sempoi!~
Cikgu Jalaludin -> cikgu add math ku~

Terima kasih cikgu. Semoga cikgu selesa di sekolah baru dan student baru di sana. Halalkan segala ilmu yang telah cikgu berikan kepada kami semua. 

Dan Sempena Hari Guru yang dirai pada hari ini. Nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang banyak memberi bimbingkan kepada saya. Dari tadika hinggalah sekarang. Sesungguhnya cikgu telah Berjaya mengajar saya. Thanks to all my teachers.









Hari Guru ini, kami telah membuat persembahan drama komsas yang telah dipertandigkan hari tu yang berjaya mendapat tempat kedua.


ada stail
mai kita bertarung !


sebab tu dapat best actor
ha? mati pula


~ending~
marah dia ! 

Thanks juga kepada Cikgu Buz sebab belanja kami cup cake malam rehearsal. Itu merupakan malam terakhir kita dapat jumpa malam-malam dekat dewan. Lepas ini dah tak ada da. Dan semalam merupakan hari terakhirlah aku dapat cakap-cakap dengan budak-budak drama ni. Lepas nie. Tak Nampak da. Sedihlah pula. Apa-apa pun. Aku miss gila time kita semua dekat SMK Tok Perdana tu. Terasa happy nya tak boleh diungkap dengan kata-kata. Hanya aku sendiri dapat tafsirkan happy nya itu. Kerna aku yang merasakan perasaan itu sendiri. Hehe. Beramah mesra, bergurau senda itu sangat best tau kawan-kawan. Tahun terakhir untuk tinggalkan sekolah itu, selalunya ada kenangan yang manis dalam hidup aku. Untuk kali ini, ini yang aku rasa termanis kerna kejadian ini memang sudah dirancang namun kemesraan itu tidak di duga.




# all pictures are taken from https://www.facebook.com/kvsmdotcom

pertandingan drama komsas

2/5/2012 [RABU]

Pertandingan drama komsas berlansung di Sekolah Tok Perdana. Membawa nama Kolej Vokasional. First time sepanjang sekolah aku ni dibangunkan, inilah kali pertama masuk pertandingan Drama Komsas ini. Tahun lepas Juaranya SMK Seri Samudera dan masih bertahan sampai tahun ini. Tak sangka aku. Budak class pandai. Semuanya boleh. Dapat pula jumpa Cikgu Hanizah. Rindu gila dengan cikgu. Rasa best gila bila dapat jumpa cikgu lama.

“Cikgu… Walaupun saya bukan dialiran sains. Tapi, saya akan buktikan yang saya tak salah buat keputusan bila saya masuk sekolah ini! Dan jangan hairan. Kerana budak vokasional bukanlah calang-calang orang. Jangan pandang rendah pada kami…”

Bila jumpa cikgu lama. Banyak soalan yang ditanya. Aku cuba berfikiran dengan terbuka. Macam kawan-kawan aku kata. Tak apalah..bila sekolah lama ada. Mestilah ada kawan lama sekali. Sayangnya. My bff tak terlibat.. kebanyakan semua budak sc1 aku rasa. Apa-apa pun congratulation  to SMK Seri Samudera. Anda memang BERBAKAT…

Tak ketinggalan sekolah aku juga. Sekolah aku dapat tempat kedua tau. Itulah aku cakap. Jangan pandang rendah. Budak vokasinal terror2 juga. Siap boleh dapat best actor tau.

Time drama ni memory paling best aku katakan. Dekat sekolah tak tegur pun. Bila time pertandingan baru nak tegur2. Pulang dengan kemenangan terasa tidak sia-sia tapak tangan aku ni kena pisau. Berbaloi juga. Hehehe.

Inilah peserta yang terlibat dengan Pertandingan Drama Komsas 

->GELANGGANG TOK WALI<-


Izdihar

Hazzique

Ikram ->best actor

Fahmi

Akmal Shafiq

Syafiq (Joe)

Samael

Syafiqah


Atiqah

Syamerul

Azmeer

Syafiq (Black)

Azimsalfiy (Bonzer)

Amirah

Natasya

special case
 Ashikin

 Sorry kalau ejaan nama salah yea..

# no one is perfect.. FACT!!