JellyPages.com

Cinta Kau Dan Aku di Slot Arca

Hai hai hai... Assalamualaikum. ada berita best nak bagi tahu. Hari nie aku pergi Mengurut satu badan aku ni. Best gila. Banyak betul angin dalam badan aku ni. Jangan korang ingat badan kecik tak ada angin. Masih ada runag lagi untuk dia menyelit dekat dalam badan kita nie. Bak kata Mak Uda tadi, "Orang sekarang ni, dah sakit baru nak berurut. Tak sakit pun bagus berurut ni sebenarnya. Urut ni melancarkan perjalanan darah dalam badan kita. Tak kira umur tua muda, semua bagus berurut ni". Memang terasa ringan sikit badan ni. Sebabkan sakit sangat pagi tai, aku dah ponteng tak pergi kerja. Aduhai, bulan ni dah banyak kali aku cuti. Susahlah aku macam ni. Insya'Allah, lepas dah pergi mengurut ni aku boleh kerja dengan bersemangat. Doakan aku yea.

Malam nie ada cerita CINTA KAU DAN AKU kerya Siti Rosmizah. Best novel tu. Kalau dulu cerita SETIA HUJUNG NYAWA yang aku layan gila-gila. lepas ni aku nak layan cerita Cinta Kau dan Aku dekat    TV1 pukul 10 malam setiap hari Khamis dan Jumaat bermula malam ni. 




Sinopsis novel Cinta Kau dan Aku


"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah 
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius 
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Jangan ketinggalan yea. Okay lah. sampai di sini sahaja sebab aku nak makan dan tengok cerita ni. Hehehe..



#mulakan hari anda dengan pagi yang indah.


No comments: