JellyPages.com

DeNdA!!!!!!!



25/3 [ahad] esoknya Isnin. Memang best lah ceritanya. Tidur tanpa ada elektrik. Pergh. Bahangnya memang tak dapat dikatakan. Memang malam tu boleh jimat elektriklah katakan.

Ceritanya macam ni. Sebenarnya kami iaitu semua penghuni block H kena denda sebab ada something yang telah kami lakukan sehingga warden naik angin. Salah kai juga dan inilah padahnya. Kami didenda untuk tidur tanpa ada bekalan elektrik dan hendaklah tidur di dalam surau bawah block tersebut. Memang macam ikan sardinlah dalam surau yang tak seberapa besar tu. Tapi aku dan ahli dorm yang lain telah meminta izin dengan warden untuk tidur di dalam bilik prep kerana ada ahli dorm aku yang sakit kaki yang sangat teruk keadaannya. Akhirnya warden membenarkan kami tidur di dalam bilik prep.

Semua orang diberi masa 10 minute untuk naik ke atas untuk menukar baju dan membawa segala keperluan tidur ke bawah. Aku pada mulanya masuk dalam surau. Keadaan dalam surau tu tak ubah seperti keadaan penempatan mangsa banjir. Tempat semua da penuh. Yela. Aku ni dorm paling atas. Agak lambat sedikit untuk naik dan turun dalam masa yang diberikan. Tergopog-gapah juga la. Penat tu usah cakaplah. Semua orang penat aku rasa. Tapi selepas itu, ada seorang ahli dorm aku cakap budak dorm aku boleh tidur di bilik prep. Yahoo.. tak payah nak berhimpit tidur dalam surau tu. Selamat.!!

Setelah tamat masa yang diberi. Warden pun menutup suis elektrik. Alah yang dalam kotak tuh. Apatah. Ibu segala bekalan elektriklah. Aku tak tahu sangat. dan kami pun mulakan hidup dengan keadaan yang begitu gelap gelita. Actually tak lah gelap mana. Sebab cahaya block G tu masih mampu untuk masuk ke dalam bilik prep tempat kami tidur.

Aku mengambil keputusan untuk tidur di atas meja dekat dalam bilk prep tuh. Aku ambil port tempat ada cahaya iaitu mengadap block G. aku letaklah bantal dan selimut dekat situ dan lepak bersama ahli dorm aku ( mira, zura dan nan).

 Tepat masa makan. Kami pergi ke dewan makan. Ingat nak  lepak dekat dewan makan tu lepas makan. Menu malam tuh nasi goreng dengan  air teh o panas.  Tapi lepas jerk makan rasa panas pula dalam dewan makan tu dengan aku pakai sweater. Tetiba rasa macam nak membuang. Tapi si mira boleh buat lawak pula. Tapi aku pun takut juga dengan  lawak mira tu memandangkan lelaki ramai di surau tu. Aku ambil keputusan untuk menahannya saja. Lepas tu kami lepak dekat kerusi batu depan public. Ambil angin malam. Best juga dapat lepak macam tu.dah lah sejuk dengen aku menahan untuk membuang.. memang best.. Haha..

Dekat pukul 11.00 malam kami masuk dalam block  balik. Masuk dalam bilik prep untuk tidurlah.!! Aku berfikir, aku nie taklah pendek sangat dan taklah panjang sangat. tapi tempat antara aku dengan member aku nia agak kecil. Dan si mira pula tanya aku nak tidur mana. Aku bagilah dia tidur dekat tempat aku yang dah aku chop tadi memandangkan dia pun tak tinggi sangat. hehehe. Aku cari tempat lain pula. Aku tanya dekat Amy, “ atas kepala kau nie ada orang tak?”. Dia pula cakap tak ada. Aku pun apalagi. Terus buka air water cooler dan basuh meja  tuh. Basah jugalah meja tuh. Aku geli sebenarnya nak baring atas meja yang belum tentu bersih ke tak. Lepas aku da basuh dan aku keringkan meja tuh. Aku ambil bantal aku dan nak tidurlahkan. Tetiba ada pula makhluk Allah nie datang menyibuk nak tidur dengan aku. Siapa lagi kalau bukan mira,. Pelik aku. Aku da sediakan tempat dia. Tapi dia still nak tidur dengan aku. Bayangkanlah satu meja dekat bilik prep tuh tidur dua orang kat atas meja tuh. Aku nie bukan tidur macam kayu, straight jerk badan tak gerak-gerak. Aku tidur lasak jugalah. Haha. normallahkan. Hehe. Aku risau jatuh jerk salah seorang nanti. Aku baru naik atas meja tuh. Meja da berbunyi. Nanti da tidur macam manalah pulakan yea.

Serius aku terasa seperti tengah main masak-masak sebab tidur atas meja tuh saling tak tumpah macam time aku kecil-kecil main.tapi taklah tidur kat atas meja, aku tidur kat tangga. Haha. seronok juga tidur atas meja tuh.. Haha. mulut aku tak habis-habis bercakap sampai Amy naik benggang dengan aku sebab dia nak tidur. Jangan haraplah aku boleh senyap plus ada si mira tuh dengan aku. Ada ja benda kita orang nak buatnya Haha.. zura tidur dekat kerusi kayu macam dekat canteen tuh. Okay lah badan kecil tapi dia cakap sakit badan sebab kerusi tu keras.hahaha. nama pun kayu. Keraslah. Nan pula tidur atas meja yang bergoyang-goyang. Haha. Nan punya mejalah aku cakap macam mesin urut ogawa tuh. Aku riasu jerk patah mja tuh.hahaha .

Serius malam tuh tidur tak nyenyak. Sejam-sejam aku terjaga. Dan aku paling fobia kalau dengar motor pak guard tuh waktu malam-malam dan dia pula macam berhenti. Peristiwa malam tuh tak akan aku lupakanlah!. Dalam sejam-sejam aku bangun-bangun tu, boleh pula aku dengar bunyi tikus dalam tong sampah. Gerun rasanya. Tikuslah kot. Aku agak jerk. Sebab bunyi dia tuh macam tikus.  Lepas tu aku sambung tidur balik. Dalam pukul 2 lebih, aku rasa panas sangat. aku pun kalihlah bantal yang aku peluk. Tetiba mira nie macam peluk bantal tu. Aku pun bagi jelah. Bila aku sedar lagi, aku tercari bantal aku. Aku tengok dekat bawah tak ada. Raba dekat mira pun tak ada. Tetiba mata nie terbuka luas dan badan bangun untuk mencri bantal yang hilang tadi. Aku rasa bantal tu jatuh. Tepat sekali. Tak ada sebelah aku. Tapi ada di sebelah mira. Kurang asam betul  mira nie.!! Da guna kau campak bantal aku ke bawah. aku pun dengan susah payah bangun kutip bantal dan naik atas balik untuk tidur. Yang tak tahan esok pagi dia boleh tanya aku buat apa bangun. Lepas aku ambil bantal tu aku sambung tidur dan aku terjaga dari mimpi yang menakutka aku sahaja. Bila aku bangun tuh aku dengar warden da buka suis. Alhamdulilah. Boleh la tidur dalam dorm. Aku tengok mira tuh macam tak nak bangun sahaja. Aku kejutkan pun tak bangun. Goncang sikit badan tu baru dia sedar. Dah tu tak tunggu aku pun. Naik atas menonong sahaja. Sedangkan aku masih berfikir pasal mimpi tu. Naik dorm. Aku rasa nikmatnya tilam. Huhu. Akhirnya terlelap kembali. Dan akhirnya kedengaran zikir menandakan waktu subuh nak masuk dan aku harus bangun untuk mandi dan solat. Walaupun mata nie berat, namun ku gagahkan jua diri untuk pergi mandi.  Tapi!. Lepas sahaja subuh.  Semua lingkup.sambung tidur. Termasuk aku. Tapi pukul 7 baru aku tidur sebab aku kemas buku dan lipat baju yang aku basuh semalam.

Detik 25-26 memang tak akan aku lupakan. Tidur atas meja berdua itu lagi mengelikan hati aku. Meja tuh lebar dan besar tak apa. meja pun cukup-cukup makan sahaja. Lepas ni aku minta sangat jangan ada yang buat hal. Kadang-kadang aku tengok budak tahun 1 kena rawcall, aku rasa kesian dekat orang yang tak bersalah sebab aku juga seperti mereka.! Tapi bila kena denda, semua kena. Nak memberontak tak bole. Ikut sajalah. Kepada mereka yang tak bersalah itu, ambil ini sebagai satu iktibar dan cabaran kepad kita. Sesungguhnya aku memahami perasaan kamu yang tak bersalah.

No comments: