JellyPages.com

29/3 ???



Alhamdulilah. Umur aku sudah genap keangka yang sepatutnya semalam. Sambutan tidak sehebat ketika aku masih kecil. Memandangkan aku pun dah besar. Tak adalah di sambut semeriah dulu. Hanya makan sesame family sahaja. Aku  tak perlukan hadiah sebenarnya. Cukup hanya ucapan dari kamu semua. 


Di tarikh lahirku, aku masih mampu melihat insan tersayang di depan mataku dan hari ini aku masih mampu melihatnya lagi walaupun dari jauh. Susah untuk ku gambarkan isi hati aku ini. Semua orang tidak akan mengerti kerana getarannya sendiri tidak dapat kufahami.

Aku bersyukur mendapat kawan seperi kamu. I love you so much. Aku tidak mempunyai ramai kawan. Kawan  aku hanya budak kelas aku sahaja. Aku JARANG mempunyai kawan dari kelas lain di sekolah dahulu. Tetapi, sekarang ini sangat berbeza. Kawan aku hanya budak kelas aku dan budak dorm akulah paling rapat. Kawan biasa-biasa tu satu block H tu kawan aku. Tambahan pula, aku tak pandai untuk beramah mesra dengan orang lain. Dan buktinya, aku tidak punyai ramai kawan lelaki yang boleh ngam dengan aku.. huh. Hidup aku ni mesti susah lepas ni. Sebab tak ada kawan lelaki kan.?. contohnya, kereta rosak ke. Kenalah panggil pomen datang. Kalau ada kawan lelaki tu maybe aku cari mereka dulu kowt. Hehehe. Siapalah aku nie kan. Aku sedar. AKU SELALU SEDAR. AKU NIE TAK LAYAK. Aku tahu tu. Terima kasih kerana menyedarkan aku.“ Aku tak layak untuk kau “. Dan “ Kau pun tak layak untuk aku” dan akhirnya kta tak akan pernah menjadi kawan dalam kat erti yang sebenar.!!! TapI aku masih bersyuukur kerana ada kawan yang sudi memberi ucapan HAPPY BIRTHDAY kepada aku. Terima kasih kawan..




Balik dari hostel. Aku minta abah ke pasar  malam. Setelah solat Asar, aku dengan abah dan adik pergi ke pasar malam. Aku teringin nak makan keropok lekor. Birthday girl lah katakana. Abah pun ikut juga apa kemahuan aku. Hehe. Terharu sebenarnya bila aku minta nak beli RM 10  keropok lekor tu lalu abah mengizinkannya. Bukan aku tamak. Korang kena faham. Dekat rumah nie semua hantu keropok lekor yang nipis tuh. Dekat sekolah aku kena berjimat dan tahan hawa nafsu. Duit sekolah+ duit belanja di hostel aku nak simpan. Untuk bekalan masa hadapan. Bila balik ni. Mulalah aku minta macam-macam. Huhu. Balik dari pasar malam.. ada cake lah untuk aku. Walaupun sambut lambat. Tapi tak mengapa. Thanks a lot kepada my sister yang membelikannya. Aku rasa terharu gila. Sebab da lama sambut birthday aku tak ada cake. Hanya mampu makan cake bila birthday orang lain sahaja. Dan tadi. Kak Long baru call mengatakan HAPPY BIRTHDAY kepada ku.. yelah. Semalan aku kan di asrama.. tidak mengapa. Aku memaafkan atas kelewatan kamu menyambut birthday aku. 


Semoga aku dapat merasa hari 29/3 ini di tahun hadapan dengan keputusan SPM yang cemerlang. Insya’Allah.
happy birtday to me...


No comments: