JellyPages.com

AkU KeLiRu! ! !




Aku tak faham kenapa kau buat macam nie. Aku ingat kau nie jenis tak layan perempuan. Tak apalahlah.aku faham. Ak hormat kau sebagai lelaki yang lain daripada lain. Tapi berita semalam meragut separuh kepercayaan aku dekat kau. Sungguh aku tak sangka. Aku percaya kawan aku. Tak mungkin dia hendak berbohong.! ! !

Tapi!! Aku rasa kau sangat kejam. Kau meletakkan jurang antara kau dan aku untuk berkawan. Tetapi dengan kawan aku, kau boleh pula nak bermesra sehingga kau nak minta macam-macam. Alasan yang kau beri kepada aku, kerna aku tidak layak untuk orang macam kau. Kau cakap aku itu ini  dan tak standing dengan kau. Kau nie buta ke?. Kau tak nampak ke dengan sapa aku berkawan selama nie? Bukan member class kau juga ke? Hina sangatkah class aku nie pada kau? Jijik sungguh kew? Hey!! Aku serius tak faham dengan kau!..

Cakap sahaja kau nak perempuan yang cantik! Aku tak “pandai” ah!. Dari ***** kau, orang yang kau ***** dan kawan aku nie. Semua yang cantik dan putih.. aku sedar sapa aku. Lelaki memang macam itukan. Hanya memandang kecantikan seseorang itu.! Aku memang tak percaya lelaki dari dulu lagi. Sebab macam nilah. Aku nie tak cantik. Lepas tu tak putih pula macam perempuan yang kau **** tu kan. Aku tak akan marah kawan aku tuh. Tapi aku bencilah dengan kau nie. Cakap tak serupa bikin. Aku tengok kau kawan sahaja dengan budak perempuan yang pandai. Tapi mereka cantiklah kan.

Terima kasih ya Allah. Sebab KAU tunjukkan aku bahawa dia bukan yang seperti aku sangkakan. Aku harap sangat lepas nie kawan aku akan faham bila ternampak kau. Dan mereka tak tunjukkan pada aku. Aku selagi boleh. Aku akan lari dari aku nampak kau. aku mengharap sangat seribu pengertian dari kawan-kawan aku. Dan kepada member aku yang baru nak tahu. Aku syorkan korang stop lah cari.. hati aku nie dah tak ada sekelumit pun untuk dia.

Betul cakap Cikgu Hanizah, aku cari sahaja lelaki sebagai pasangan hidup di universiti. Yang kat sekolah nie semua tak boleh pakai walau sepandai mana pun dia di sekolah.

Ya Allah, KAU tabahkanlah aku ini. Tutuplah pintu hati aku ini buat sementara dan KAU bukakanlah apabila itu adalah pasangan hidup aku. KAU tumpukanlah aku pada pelajaran aku.

Aku nak rapat dengan semua orang. Aku tak kisah kau orang pnadai atau tidak sebab aku pun bukan pandai. Dan aku berharap. JANGAN ada yang persoalkan kenapa budak macam aku nie berkawan dengan budak macam tu. Jangan sama sekali. Cukup sekali aku dengar dari mulut kawan aku. Aku kalau boleh nak jadi budak biasa-biasa macam kau orang.

 Aku bukan anti lelaki. Cuma tak suka dengan lelaki yang berperangai macam-macam. Aku nak jadi macam dulu kalau boleh.! Tapi itu akan merugikan aku sahaja dan akan dicop aku sebagai seorang yang sombong. Tak bercakap dengan lelaki. Pelik kew? Lantak kau orang lah. Lepas nie. Aku cakap dengan lelaki tengok mood lah..hahaha…just kidding. 

Apa-apapun. Enjoylah dengan apa yang anda lakukan. Kerna andalah pengubah masa depan anda…

No comments: