JellyPages.com

Rindunya...

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Dah makan? Hari ni dah pasang streamyx, bolehlah online semula. Broadband dah lama terminate sebab makin lama makin slow line nye. Tak tahan! Kadang-kadang tak boleh loading terus. Menaikkan kemarahan aku je. Tapi marah tu kan sifat syaitan, so kenalah jauhkan diri dari marah-marah nie.

Sebenarnya tak tahu nak cerita apa nie. Bosan duduk rumah nie. Nak kerja,  tapi tak tahu nak kerja apa. Hari tu kerja seminggu je, pastu berhenti. Sebab apa? Sebab tak tahan! Ramai yang kerja kat situ tahan 2 hari je, pastu blah. So tuan punya kedai tu kenalah ambil tindakan sebab apa orang kerja sekejap je kat kedai dia. Harap dia boleh fikir sebab apa.

Dah bosan-bosan nie, teringat pula dekat sekolah. Adik-adik yang masih bersekolah tuh, sekolah lah sebab sekolah lah time paling best dalam hidup nie. Bila dah kerja penat, time ekolah dulu enjoy je kan? Duit  mak ayah bagi. Tak payah fikir apa pun sangat, just kena focus pada pelajaran je. Belajar rajin-rajin yea adik-adik. Kerja ni bukan satu benda yang mudah, susah rupanya.nak kata tak kena marah, kena juga kalau tak kena gayanya. Dekat mana-mana pun kena marah, bukan kat sekolah je. Orang marah tu mesti ada sebab. Jangan kecil hati bila cikgu marah kita ya. Cikgu nak kita buat yang terbaik untuk diri kita sendiri, bukan untuk sesiapa pun. Fikir-fikirkanlah.

Rindu kat kekawan kat sekolah especially budak dorm. Mak aii, rindu yang tak terkatalah. Tapi apa boleh buat. Setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan perpisahan. Tapi walaupun kita terpisah jauh, tapi kekawan tetap menjadi ingatan. Bila rindukan suasana dan budak dorm, aku boleh pakai baju dorm. Bila rindukan budak class, pakailah baju class. Bila rindukan saat-saat nak sembahyang berjemaah bersama-sama kawan kat suarau sekolah yang banyak kenangan tuh, pakai baju tadarus. Rindukan cikgu-cikgu, pakai baju bengkal atau baju sukan. Rindu asrama, pakai baju asrama. Banyak betul baju kat sekolah ni dan banyak juga kenangan pahit dan manis di sekolah ni. Rindunya nak ke sekolah. Hanya mampu melihat persiapan adik dan anak sedara yang akan kembali ke alam persekolahan. Jealous pun ada sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, zaman aku dah tamat. Aku kena tempuhi zaman lain pula.



rindu semua ni....


#Kita tak boleh berhentikan masa untuk terus berada di suatu zaman sahaja. 

No comments: