Assalamualaikum. Dah lama tak update blog nie. Kenalah
faham, SPM kan. Penentu masa depan aku tuh. Aku tak tahulah nak cakap apa pasal
SPM nie. Alhamdulilah, setakat nie aku rasa,aku masih boleh jawab. Betul ke
tak, aku pun tak tahu. Biarlah, benda yang lama usah dikenang. Past is past.
Minggu nie aku jawab 3 paper je. Agama Islam, Additonal
Mathematics and Sciene. Nak cetita sikit time paper Add Math nie. Rasa block H
tuh hanya aku duduk 3 orang je, aku,Mira dan Noor. Sunyi gila. Yelah yang ambil
paper nie hanya budak class aku je, yang budak VE mana ambil. So, semua masih
terbongkang kat dorm time kami nak pergi sekolah. Rasa kelam kabut pun ada
juga. Sebab pagi tuh cepat betul cerah, takut lambat je tapi baru pukul 7.30.
Sebelum pukul 7.30, kami study sikit Add Math buat kali terakhir. Dah pukul
7.30 baru kami gerak ke sekolah. Kat sekolah lagi sunyi. Memang kami tiga orang
bayangkan sekolah nie hanya ada kami je. Sebaiklah paper add math nie hari dia
tengah-tengah, kalau time akhir-akhir, memang tinggal budak class aku jelah
agaknya kat sekolah nie.
Lepas habis paper Add
Math1, Noor belanja aku dengan Mira kat canteen. Seumur hidup aku dekat sekolah
nie, itulah kali pertama aku makan makanan canteen dan makan dekat meja
canteen. Selama nie aku hanya beli roti atau keropok lekor je kat canteen tuh. Hari
tu lah first time aku makan laksa dekat canteen tuh. Thanks to Noor sebab
belanja. Lepas makan kami semua ada class tambahan dengan Cikgu Rasilah untuk
kali terakhir cikgu mengajar kami Add Math. Ini semua untuk persiapan petang
pula. Cikgu ajar soalan yang boleh kami score. Cikgu kata insya’allah kami
boleh lulus. Class tambahan nie dari pukul 10.30 pagi sampai dekat pukul 1 lah.
Habis je class tambahan nie, semua orang serbu Dewan Makan. Aku makan ala kadar
je sebab nak solat pula nanti, takut lambat pul;a sebab paper petang nie pukul
2 start. Naik dorm je,tengok budak dorm tengah berkumpul. Apasal nie? Rupa-rupanya
nak buat jamuan dorm. Aku okay jer. Ada budak dorm nie ingat yang aku nie tak
ada paper dah petang nie. Nan pula tanya dah pukul berapa nie. Memanglah dah
pukul 1 lebih tapi zohor kan belum masuk lagi. Kat surau tak azan lagi. Takkan
aku nak sembahyang kalau tak masuk waktu lagi. Apalah Nan nie. Lepas sembahyang
aku study sikit dengan Mira and dengan Noor. Dia orang tanya aku jawab. Bak kata
Dr. Fazley, kita kena berkongsi ilmu dengan
rakan-rakan,sebab berkongsi ilmu ni pun salah satu cara belajar yang berkesan.
Dalam 1.35 tuh Nan cakap dengan aku, kira Nan nie jam loceng tak berbayar lah.
Aku, Mira and Noor gerak dari block lagi 10 minit nak pukul
2. Gila lah. Exam start pukul 2. Tapi Mira cakp jam aku cepatlah apalah. Apa-apa
jelah. Tapi aku dengan Noor dah kelam kabut mestilah si Mira nie pun terikut
sama. Semua ambil langkah besar, nak cepat sampai sekolah. Sampai-sampai je. Pengawas
tuh cakap, “Eh naiklah,dah pukul berapa nie? Kenapa tak naik? Pagar nie tutup ke?” . Naik
je atas, tak ada sapa pun. Perghh. Semua orang lambat. Tapi exam tetap start
pukul 2 jugak.
Habis exam,semua pakat-pakat pie jumpa Cikgu Azreen. Cikgu nak
bagi makan, sapa tak nak kan. Rezeki
jangan ditolak maut jangan dicari. Lepas tuh aku minta soalan Science
sekali. Sebab malam nanti aku tak tahu nak buat apa, soalan tak ada mahunyer
aku tak study malam nie. Dapat soalan semua balik. Balik-balik je aku terus
basuh tangan basuh kaki sebab nak makanlah. Lapar sebab tengah hari kan aku
makan ala kadar je. Aku pelawa Nan makan pastu aku ajak Mira makan juga. Aku suap
Nan, macam suap baby besar tau. Hahaha. Dia kata tangan dia bersih tapi malas. Malas
nak kotorkan tanganlah tuh. Sebab time tuh dia tengah buat modul applied science.
Bersemangat betul dia buat. Ada juga soalan dia aku dengan Mira jawabkan, sebab
lebih kurang je applied science tuh dengan science.
Malam tuh aku study dengan Mira dekat bilik prep sampai
dekat pukul 1. Habis study kami naik dorm. Mira yang naik dulu, tetiba je dia
menjerit pastu turun tangga. Aku pun tanyalah kenapa. Pastu dia kata ada katak
pisang kat tangga tuh. Aku tak Nampak katak pisang tuh kat mana, aku naik lah
satu anak tangga. Pastu Mira cakap katak tuh tengah pandang kami. Aku pun cuak
juga. Katak pisang nie kan lompat jauh. Aku dengan Mira nie punyalah fikir
macam-macam. Katak atau ?????. mati atau
hidup. Itulah yang kami fikir. Aku dengan Mira duduk berlegar-legar depan
dorm H4 and H1. Aku nak naik kat tangga
H1 yang akan lalu depan H8 tapi takut pula. Tangga tuh gelap. Nak naik tangga
H4 yang akan lalu dengan H6 di mana katak tuh duduk bersantai. Last-last kami
beranikan diri naik tangga H8. Aku boleh rasakan yang jantung aku nie berdegup
laju betul. Dah lepas H8 Mira nie boleh stop pula, nak tengok katak tuh kat
mana. Aku takut katak tuh ada dekat tong sampah sebelah aku nie jerk Mira. Terus
kami lari straight masuk dorm. Nan terkejut kat dalam dorm tuh. Sebab kami main
serbu jerk. Bila cerita dekat Nan. Nan cakap aku dengan Mira nie gila ke naik
tangga H8 tuh. Aku rasa tak selesa nak tidur. Sebab tak basuh kaki pun malam
tuh aku tidur. Rasa geli-geli. Nak keluar takut ada katak tuh lagi. Tak payah
lah. Sebaik lah tak mimpi apa-apa malam tuh. Ngeri betul rasa malam tuh.
Esoknya. Balikkkk!!!. Semua orang suka. Semalam boleh
dikatakan aku, Mira dengan Noor orang awal masuk dewan nak jawab Add Math2,
kali nie kami yang orang lambat masuk dewan. Cuak aku. Nie semua pasal katak.
Janganlah lepas 2 minggu ni masih ada katak pisang tu. Tak sanggup rasanya.
Nanti aku nak cari macam mana nak bunuh katak pisang tu. Hahaha.
Jagalah kau katak kalau kau masih ada dekat aras 2 tuh. Okaylah nanti aku update
lagi yea. Nak tengok cerita Cinta Itu Milikku dekat tv3.
No comments:
Post a Comment