JellyPages.com

Problem???

Salam. Aduh, sakit pula kepala fikirkan masa depan aku ni. Dengan tak kerjanya. Nak ambil lesen pun tak yakin, baik tak payah ambil aku rasa. Buat buang duit je nanti. Lepas tu nak fikir belajar mana pula. Hei.. Tak ada sesiapa nak bagi idea ke? Kat mana tempat belajar yang boleh aku cuba-cuba tengok.

Alahai.. Bosannya kalau terus macam ni. Lepas ni pula kakak aku dah start sem dia. Habislah aku! Tak boleh nak JALAN-JALAN selalu lepas ni. Oh. Nak kerja tapi tak tahu nak kerja apa.!! Bila fikir balik, banyak je yang memerlukan aku. Perasan pula aku ni. Tapi aku terpaksa menolak sebab tak ada transport. takkkan nak jalan kaki kalau balik dah malam?? Kerja Gila tuh. Doakan aku berani nak bawa motor dan aku akan ambil lesen motor secepat mungkin. Insya-Allah.

Belajar belajar belajar. Ashh.. Aku confuse sebenarnya. tak tahu course apa yang nak ambil dan kalau tahu pun, tapi tak tahu nak belajar kat mana pula. Alahai. Lecehnya jadi aku ni. Semua benda tak tahu. Apa yang aku tahu pun aku tak tahu. Otak ni macam blank pula lepas dah dekat sebulan tak buka buku ni. Minta-minta Allah permudahkan urusan aku untuk sambung belajar nie. Aku tak nak tersalah pilih course atau pilih course yang tak ada masa depan. Itu yang aku tak kan. membazir masa, duit dan tenaga aku je. Minta-minta dijauhkan. Kalau ada sesiapa yang nak beri pendapat atau idea, aku akan terima dengan terbuka. Insya-Allah.

1 comment:

qila said...

tasya minat bidang pe? mcm kos yg akk ambik skrg ni (pengurusan maklumat) mmg ade relate dgn ape yg tasya bljr kt skola so xde la beban sgt..lgpun xde math..hihi.. dye lebih kearah library tp kalo smbung degree n master dye pecah kpd 4 bidang lain..ataupn ms degree nk ambik kos laen pun xpe..tu pn kalo rse x berminat nk teruskn dgn kos ni..tp tmbh 1 tawun..ni cdgn akk je :)