JellyPages.com

No More..!!

Hai, assalamualaikum. Rasa blog ni sunyi je. Dah tak tahu nak update apa ke atau terlampau sibuk? Ok memang aku mengaku la, kekangan masa dekat kolej memang buat aku tak rajin nak meng’update’ blog. Cerita selalu je ada. Hidup aku kalau tak ada cerita ni mesti sunyi. Blog ni pun aku dah rasa bosan template dia. Nak ubah asyik busy je. Nak cantikkan blog ni seharian pun belum tentu habis. Orang tak pro macam aku ni memang take time la. Lain la yang memang otak creative plus pandai blog-blog ni. Petik jari je kan, umpama makan kacang je. Haha.

Hari ni aku tak tahu mood apa yang buat aku nk update blog. Yang pasti pasal perasaan aku ni. Semua orang ada perasaan kan? Rasa suka dekat seseorang? Kalau tak pernah rasa tu better check sikit awak tu manusia ke alien. Hehe, gurau je. Tapi betullah semua orang pernah rasa suka dekat seseorang macam mana kita suka tengok cartoon time kecil-kecil dulu. Kalau boleh, hari-hari kita nak tengok cartoon yang kita suka tu tiap-tipa hari kan? Macam tu la perasaannya bila kita suka kat someone. Hari-hari nak tengok dia, nak tahu pasal dia. Lebih kurang macam tula. Nak hurai panjang-panjang aku pun tak reti. Teman masih mentah lagi bab-bab ni. Cewahh, mentah la sangat kan. Hahaha.

Aku tak tahu bila aku tekad buat keputusan macam ni yang pasti lepas aku whatsapp dengan zura. Aku nekad nak buang perasaan aku dekat “dia”. Kalau kau kawan aku mesti kau sedia maklum tahu siapa orang tu. Orang yang aku minat atau suka since bila pun aku tak pasti. Aku pun ada perangai gila, yang terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti. But now, I’m really-really sure.! Aku ni pun manusia biasa yang punya perasaan, tapi sampai bila aku nak simpan perasaan ni? Aku bukan macam watak Syafiqah yang boleh simpan perasaan terhadap Khairil even dah lima belas tahun tak jumpa dan Khairil tu tak pernah suka pun dekat Syafiqah ni. Hidup aku bukan macam drama petang-petang kat slot Akasia tu, bukan juga macam heroin yang dalam novel. Tak.! Walaupun aku selalu berangan nak jadi watak dalam novel yang aku baca selama ni, aku takkan jadi macam watak tu. Sebab perwatakan aku dan penampilan aku yang berbeza. Dan sebab tu aku tekad dengan perasaan nan satu ni.

Thanks to zura jugak, actually aku hanya sekadar memberi nasihat. Aku saling tak ubah macam doctor, yang mampu merawat orang tapi masih tak mampu untuk merawat diri sendiri. Aku pandai bercakap tapi aku sendiri tak mampu nak buat apa yang aku cakap, itulah aku. Tapi sampai bila? So tengah-tengah beri dan menerima teguran tu, aku berfikir. Why not aku buang je “dia” dan lupakan dia. Nampak macam senangkan, tapi tak mudah.! Belum lagi sebetul-betulnya aku nekad ni, sayang la katakan. Haha.  

Tapi semalam aku buat operasi apa entah dekat Instagram, orang yang aku rasa aku kenal aku follow. Tiba-tiba, aku terjumpa Instagram dia. Terkedu jap. Dalam hati dah macam berperang ni.

“Nak follow ke tak?”
“Buat apa kau nak follow dia?”
“Saja, kan nak follow orang yang kenal. Ni kenal sangat ni.”
“Baik tak payah. Nanti makan diri. Kau cakap orang pandai. Cuba kau aplikasikan apa yang kau cakap kat orang tu kat diri kau”
“Dalam nak melupakan someone kau kena discipline.! Nekad pada diri yang takkan ingat kisah silam. Kalau kau ingat, seumpama kau ingat perkara yang kurang pandai kau buat.”
“Rugi la tak follow dia, nanti tak tahu pasal dia”
“Tak rugi. Tapi lagi bagus kalau kau tak follow dia..!”


Entah macam mana aku berperang dengan hati, tetiba tertidur. Sebaik tak terlajak subuh. Ini juga rahmat dari Allah. Selalu lepas subuh aku mesti tidur balik. Burukkan perangai aku. Tapi hari ni tak. Masih berfikir apa yang tak sempat fikir semalam. Sebenarnya tak fikir sangat pun. Entah angin apa, aku on laptop, ambil pen drive terus aku format pendrive tu. So nothing yang boleh buat aku teringat kat dia.  Aku penat mengharap pada sesuatu yang tak pasti. Aku tahu aku takkan pernah dapat dan aku tak akan dapat. Aku tak  nak buang masa lagi. Setiap kali aku duduk sorang, fikiran aku melayang entah ke mana teringatkan kisah silam. Aku harap apa yang aku buat ni betul. Aku buat semua ni pun atas nasihat kawan.

“Buang semua yang boleh buat kau ingat pada dia, kalau betul kau nak lupakan dia”-afifah

Iye dan sebab itulah yang memberangsangkan aku. Sekarang, yang ada ni tasya baru. Tak nak ada perasaan dekat sesiapa dah. Selagi aku tak graduate, selagi tu aku tak nak fikir pasal lelaki. Buat haru biru hidup aku. Aku gembira sebab ada mak yang sporting even kawan-kawan nampak mak aku garang, abah yang happy go lucky dan kakak yang sangat sempoi. Apa yang aku nak lagi? Kawan pun alhamdulilah. Semua cukup bukan? Belum tiba masa untuk aku fikir pasal perasaan, biarlah itu jadi rahsia Allah. Aku percaya, suatu hari nanti, Allah pasti kirimkan yang terbaik untuk aku dan aku perlu bersabar meniti kehidupan di jalanNYA.


Hanya sekadar perkongsian yang tak berbaloi. Tapi aku yakin dengan apa yang aku buat dan aku rasa lapang dada. Aku takkan sekali-kali nak “hye-bye” dia dah. Enough..! ok tu je aku nak cerita. Ok nak pergi sarapan dah. Lapar pula duduk mengadap laptop ni. Kalau kenyang tak pe. Hehe. Ok bye. Selamat berhujung minggu. Assalamualaikum. 


#buat la keputusan dengan hati yang ikhlas bukan time kita serabut
#manfaatkan hujung minggu kita dengan aktiviti yang berfaedah

Sumber gambar : encik  google

No comments: