JellyPages.com

Hari ni dalam Sejarah

Assalamualaikum…

Dah penghujung bulan tiga. Kiranya dah nak final. Tinggal lagi 4 minggu lepas tu final. Minggu ni PBL dengan assignment semua nak keluar. Busy tu jangan cakap la, tiap-tiap malam tidur lewat nak siapkan kerja. Tidur pun kat lantai je kekadang, ifah la yang kejutkan aku bangun tidur kat katil. Sweet kan. Hahaha .

Hari ni macam-macam benda terjadi start dari pagi sampai petang la. Ni semua sebab tak cukup  rehat atau dengan kata lain otak sangat la penat berfikir. Hmmm.

Awal-awal pagi dah dikejutkan dengan pertanyaan ifah yang tak logic akal.

“Tasya, kau tengok jam tu”sambil tunjuk jam dinding yang memang depan mata aku. Tapi dia lupa satu benda! Aku tak pakai spec mata. Aku hanya mampu pandang dia je

“Kau Nampak tak?” . Tapi aku hanya mampu geleng kepala je kat dia. Yela orang baru bangun tidurkan.

“Oh aku lupa kau tak pakai spec.” Ifah hanya mampu tepuk dahi je. Haha. Bukan salah aku. Dia ni macam baru kenal aku je, padahal dah dekat setahun dah ni. Sabar jela.

Rupa-rupanya dah dekat pukul 8.00 pagi. Ini gara-gara roommates course DIA class start lambat, dan yang hanya Bell je yang class pukul 8.00.

Dah la aku dengan ifah presentation hari ni. Isyh, lambat pulak. Sampai si Syira text kenapa kitaorang tak sampai lagi. Kelam kabut la aku dengan ifah. Sebaik ifah dah siapkan slide semalam jugak. Sampai presentation tadi terlangkau la slide. Haha. Ni gara-gara copy paste slide then tak check la.

Dari bilik berlari turun ke bawah, lari pulak ke block BK, turun pulak tangga sampai la bawah sekali. Sambil tu usha-usha la jugak budak class dah masuk ke belum. Sebaik belum. Tapi itu bukan bermakna kita orang dah selamat.! Rupanya madam on the way nak masuk lab dah. Depan kita orang je. Sampai madam pun tegur la. Tapi serius aku memang tercungap-cungap. Nak kata semput, aku tak ada semput. Maybe sebab bangun tidur je terus buat “senaman sihat”. Tak sempat langsung nak minum seteguk air pun. Duit, phone memang aku tak sempat nak capai pun. So hari ni memang minta belas kasihan ifah la. Dia yang bagi duit makan dekat aku seharian ni. Kesiankan.

Nak cerita time presentation pulak, lagi lawak.!! Tipula tak malu. Aku malu tapi nak buat macam mana. Itu dah memang kelemahan aku yang susah untuk diubah. Pronunciation aku memang ke laut. Sebaik la ada member-member yang sudi tolong. Berapa kali aku cuit si ifah time aku present. Cuak doh sampai madam tegur. Malu.! Memang kalau dah terbiasa dengan sebutan tu. Memang akan terbawak-bawak la cerita dia. Roommates aku selalu kenakan aku dengan “edit”. Haish. Tak tahu la. Lidah aku ni makan budu, belacan. Tu yang payah. Kalau tahu dek abah aku cakap macam ni, mahu mengamuk ni. Padahal abah aku lagi sejak azali makan budu. Idok pulak liat lidahnyer nak nyebut.

Then, class networking. Miss suruh hantar lab manual dengan correction test 1 hari tu. Dah la aku tak buat langsung correction  nya.  Time class agama la aku buat sikit-sikit. Siapkan subnetting je. Sebab kertas soalan tu aku tak bawak. Lepas je habis class agama pergi makan jap sebab ingat nanti dah naik bilik nak solat then nak hantar correction dekat miss. Tapi itu semua angan-angan je.

Bila nak naik balik je, terserempak dengan budak laki. Semua kelam kabut la aku tengok. Sebab nak kejar miss yang nak balik pukul 3.30 petang. So aku dengan ifah pun apalagi. Mulalah lakukan aktiviti sihat lagi. Naik bilik terus carik kertas soalan dan buat soalan yang tak buat lagi. Sebaik tak banyak, satu dua soalan je. Lepas tu terus ke bilik miss. Dalam lari-lari nak ke bilik miss tu, aku teringan pulak sem lepas. Lebih kurang macam ni la gaya orang nak hantar assignment.

So hari  ni memang banyak lari gila aku cakap. Sampai ifah ada cakap

“ Aku  rasa kita takkan sakit selama tiga tahun lepas kena suntikan tyfod”

Haha. Itu lawak.! Aku teringat achik, dia sakit jugak je even dia dah banyak kali  cocok.

Okay la. Rasanya itu je aktiviti hari ni yang aku rasa sangat la penat. Tapi semuanya aku rasa lawak.! 
Ok goodnight and have nice day.

#banyak alasan menghalang kemajuan
#berpijak pada bumi yang nyata
#tidak cukup rehat akan mempengaruhi mood seharian kita



No comments: