JellyPages.com

Kerja kerja kerja . . . .


Assalamualaikum. Memang dah lama gila tak update. Asyik busy atau lebih tepat aku penat ! Mahu tak penat, kerja apa yang tak penat? Makan tidur pun penat juga. Nak cari rezeki memang la penat, tapi kepuasan tu tetap ada berbanding mereka yang mencari rezeki dari sudut yang salah.

Cakap pasal kerja ni, dah sebulan aku kerja kat kedai makan ni. Banyak juga yang aku dah belajar. Dari zero sampai aku tahu sikit-sikit pasal dapur. Hahaha. Dasyat tak aku ni? Nak kerja dekat kedai makan tapi satu apa pun tak tahu. Tapi aku ni bukanlah lembab sangat nak tangkap apa yang makcik @ tokey kedai tuh ajar. Boleh la sikit-sikit.. Harap-harap aku dapat bertahan dekat kedai makan ni. Tak nak la jadi macam-macam kawan-kawan aku. Orang bagi gaji tak betul la, tak best la, bosan la, tak ada waktu rehat, kena marah je. Hmmm. Macam-macam ada ragam manusia ni. Tak mampu nak tafsirkan. Lagipun, aku selesa kerja dekat kedai makan ni. makan boleh, buat kerja sama-sama dengan tokey, nak solat pun senang.  Selagi tokey tu bayar aku betul, okay la.Biar la orang nak cakap aku kerja dekat kedai makan ni tak ada class, asalkan aku bahagia. Daripada kerja dekat Aeon tapi hati tak tenang, tak guna juga.

Aku sebenarnya tak tahu la. rasa nak amek lesen. tapi rasa takut tu ada juga. Aku takut tak pass je. Buang duit plak. Tapi bila fikir balik. Kalau tak ada lesen, susah pulak. Nanti asyik susah kan orang je. Alaihai, rungsing aku fikir pula. Nak belajar apa pun macam tak confident je.  Betul ke pilihan yang aku buat? Isyh, minta Allah permudahkan segala urusan aku. Aku dah isi upu, tapi course tu aku banyak pilih bidang komputer. Biarlah buat sementara waktu ni, nanti aku rasa tergerak hati nak ubah, masih boleh ubah. Dengar pandangan orang lain dulu, pastu pertimbangkan. 

Okay la. Nanti ada masa aku tulis la apa yang patut. Sekarang nak makan lepas tu prepare tuh pergi kerja esok. Cuti dah habis. Kena start rutin macam biasa la. 


#buatsesuatubiarlahikhlas

No comments: