JellyPages.com

Syukur kepada-Nya....


Alhamdulilah. Syukur kepada Allah kerana telah permudahkan semua urusan aku. Aku dah dapat kerja. Hari Isnin ni start. Itu pun aku yang minta sebab hari Jumaat ni nak gerak pergi KL.  Kerja masuk pukul 7.30 pagi sampai pukul 5 petang je. Akhirnya.. Aku dapat juga kerja yang tak sampai ke malam. 

Tapi lepas ni aku dah macam budak sekolah pula. Sebab pergi kerja naik basikal dengan awal pagi aku dah kena keluar. Huhu. Tak apalah. Aku tak kisah. Asalkan ada kerja. Tapi aku kena keluar awal sikit. Almaklum la, Manjung kan dah busy.  Kereta makin bertambah-tambah. Boleh tak aku naik basikal tapi lintas dekat pejalan kaki punya lampu trafik tuh? Aku rasa itu lagi selamat. Sebab dah sah-sah kereta kena berhenti. Kalau dia tak berhenti, dia yang salah. Daripada aku lintas jalan dekat depan McD tu. Lagi bahaya. Kerata memang laju sungguh dekat situ. Ingat lagi time nak pergi sekolah. Dah macam nak bunuh diri je. Sebab dah lambat. Kereta pula makin bertambah. Tapi kalau mati tu, dah kira macam berjihad. Sebab aku nak pergi tuntut ilmu yang berguna untuk aku .

Okay lah, aku tak ada apa-apa nak diceritakan sekarang ni. Cuma nak share sikit rasa kegembiraan bila dah dapat kerja ni. Minta-minta aku dapat tahan kerja dekat tempat baru ni. Tak macam dekat kedai buku dulu tuh. Lagi pun kedai kali ni, kedai melayu.tempat sembahyang pun disediakan. Bagus tak majikan aku ni? Hehe. Kalau ada apa-apa lagi. Aku share dekat sini yea.



#Kalau dah rezeki tak kemana. Rezeki dating bergolek tanpa diminta. ALHAMDULILAH. SYUKUR ATAS REZEKI-NYA.




No comments: