JellyPages.com

Selamat Tahun Baru...








Assalamualaikum, SELAMAT TAHUN BARU SEMUA . Tahun baru mesti ada semangat baru. Azam??? Korang ada azam? Kalau ada kena pastikan azam tuh tercapai. Jangan tengah tahun dah malas nak capai azam tuh. Ingat!!!

Hari ni tahun baru. Tapi aku tetap sama macam dulu. Cuma aku nak improve kan diri aku. Aku kalau boleh nak ambil lessen. Aku dah try bawa motor sorang-sorang hari ni. Alhamdulilah. Berjaya! Cuma agak tersangkut-sangkut lagi. Tak apalah, lama-lama bawa nanti dah biasalah kan? Alah, dulu pun mesti korang macam tuh jugak kan? Aku ni baru nak skodeng-skodeng motor. Insya’Allah, kalau aku rasa dah boleh bawa motor lagi, aku nak ambil lesen motor dan kereta. Lepas tuh KERJA lah. Baru senang nak cari kerja. Sementara ni, izinkan aku duduk rumah dululah yea. Hehe . bukan nak besarkan badan Cuma nak berfikir-fikir. Memandangkan mak aku pun tak kisah aku nak kerja atau tak. So aku duduk rumahlah melainkan ada kerja dan transport disediakan. Gaji tuh sebenarnya aku tak kisah tapi berpatutanlah dengan kerjanya. Betul tak?

Aku nak sambung belajar cepat-cepat. Tak mau umur 20 baru nak sambung belajar. Kalau boleh bulan 6 nie dah nak sambung belajar. Entahlah. Bila dah luah sikit rasa hati ni, rasa tenang sikit. Terima kasih kat kawan-kawan yang bagi nasihat dengan cadangan yea. Betul kata kawan aku, rezeki ada di mana-mana je. Cuma kena pandai carilah.  Hari tuh pula aku ada telefon kawan aku,Nan, dia dah kerja. Dia cakap dengan aku, lesen tuh bila-bila boleh ambil. Belajar ni lagi penting. Tapi result trial kami tak bagus. Hanya harapkan SPM ni dapat tolong aku nak sambung belajar.

Memandangkan aku pun tak kerja, so tak bolehlah nak beli barang ikut kehendak aku. Macam novel tuh kena ketepikan buat sementara. Baca online pun boleh. Okaylah tuh. Baju-baju pula kena SEKALI SEKAL jelah.  Setakat ni tak ada apa yang nak dibeli. Aeon tuh, tak sikit pun mengugatkan nafsu aku nak beli barang. Tengok harga je da tercekik aku dibuatnya. Aku tak mainlah barang “murah-murah” ni. Korang pun kenalah pandai berjimat cermat even dah ada kerja. Malang tak berbau, so kenalah berhemat cermat yea.

Yang dah kerja tu, kerjalah dengan bersungguh-sungguh. Aku akan menyusul korang kalau ada rezeki. Yang ambil lesen tuh pula, ambillah. Nanti dah dapat P bawa aku jalan-jalan yea. Doakan aku cepat  pandai bawa motor yea..




No comments: