JellyPages.com

examination week + teachers day

Sudah dua minggu aku tak balik rumah dan tiada siapa yang datang menjengguk aku. Dua minggu juga aku dalam mood exam. Exam ke?. Hahaha. Exam kali ni aku rasa exam paling teruk pernah aku buat. Dengan aku tak baca buku sangat. tapi percaya tak? Yang aku study dengan budak VE. Terharu tau. Tak macam Ujian Setara 1 dulu. Rasa kecil hati. Sebab aku budak PK, kau tak nak ajar aku. Aku hanya mampu curi-curi dengar apa yang kau ajar. Maybe kau ingat budak PK ni semua pandai yea sehingga menimbulkan rasa segan kau untuk mengajar aku? Hmm. Tak apalah. Tapi aku bukan pandai mana pun. Kalau aku pandai, nak saja aku jadi macam Adi Putra. Tak mainlah sekolah-sekolah nie. Tu hah. University terus tau.
Exam boleh dikatakan susah jugalah. Ada senang ada susah. Tapi serius. Aku jealous dengan Che Ku, Add Math kau sangat power. Pinjam otak boleh? Otak aku nie da tak tahulah nak cakap. Mereng dah. Kalau boleh belah. Dah lama aku belah otak nie. Bagi sumbat semua ilmu masuk dalam otak. Hehe. 
Entah macam mana, mata aku ni tak boleh pejam pula. Padahal esok aku ada paper lagi, bukan macam budak VE. Da habis petang tu. Semua orang da tidur tapi aku masih tak boleh tidur. Dalam pukul 2 pagi, Zura datang sebelah katil aku. Rupanya, dia pun tak boleh tidur. Aku ajak dia tidur sebelah aku. Cantik punya. Satu katil 3 orang. Haha. sebaik yang tidur tuh molek-molek belaka. Dan Mira boleh pula minta aku ke sana sikit. Aku hanya mampu cakap ada Zura lah. Tak tahulah pukul berapa aku lelap dengan Zura tu. Aku main rambut dia. Confirm aku dapat tidur dan dia pun terlelap juga.

Sebaik time exam aku tak tidur. Kalau tidak. Rotankah? Atau kena cubitkah kalau fail Add Math? Cakap pasal Add Math nie. Cikgu Add Math aku pindah ke sekolah lain. Hmm. Hanya dapat belajar dengan Cikgu Jalaludin selama 5 bulan sahaja. Namun, dalam 5 bulan tuh, macam-macam yang telah Cikgu ajarkan.

cenderahati dari pengetua
selamat tinggal cikgu ='(


cikgu sempoi!~
Cikgu Jalaludin -> cikgu add math ku~

Terima kasih cikgu. Semoga cikgu selesa di sekolah baru dan student baru di sana. Halalkan segala ilmu yang telah cikgu berikan kepada kami semua. 

Dan Sempena Hari Guru yang dirai pada hari ini. Nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang banyak memberi bimbingkan kepada saya. Dari tadika hinggalah sekarang. Sesungguhnya cikgu telah Berjaya mengajar saya. Thanks to all my teachers.









Hari Guru ini, kami telah membuat persembahan drama komsas yang telah dipertandigkan hari tu yang berjaya mendapat tempat kedua.


ada stail
mai kita bertarung !


sebab tu dapat best actor
ha? mati pula


~ending~
marah dia ! 

Thanks juga kepada Cikgu Buz sebab belanja kami cup cake malam rehearsal. Itu merupakan malam terakhir kita dapat jumpa malam-malam dekat dewan. Lepas ini dah tak ada da. Dan semalam merupakan hari terakhirlah aku dapat cakap-cakap dengan budak-budak drama ni. Lepas nie. Tak Nampak da. Sedihlah pula. Apa-apa pun. Aku miss gila time kita semua dekat SMK Tok Perdana tu. Terasa happy nya tak boleh diungkap dengan kata-kata. Hanya aku sendiri dapat tafsirkan happy nya itu. Kerna aku yang merasakan perasaan itu sendiri. Hehe. Beramah mesra, bergurau senda itu sangat best tau kawan-kawan. Tahun terakhir untuk tinggalkan sekolah itu, selalunya ada kenangan yang manis dalam hidup aku. Untuk kali ini, ini yang aku rasa termanis kerna kejadian ini memang sudah dirancang namun kemesraan itu tidak di duga.




# all pictures are taken from https://www.facebook.com/kvsmdotcom

No comments: