JellyPages.com

2015 . . .


Selamat pagi. Gila awal aku bangun hari ni. Siapa seru pun aku tak tahu. Pukul 4 pagi aku sanggup bangun baca WhatApps, buka Facebook, check timetable. Nampak tak kesungguhan aku kat situ. Padahal bangun sebab tak solat isyak lagi je tadi.  Haha. Tidur awal sangat, tu yang jadi burung hantu la ni.

Tahun ni, 2015, aku sem 4. Lagi setahun lebih je aku menapak kat kolej tu. Tahun ni mungkin agak tough untuk aku, mungkin okay. Walaupun aku yang dulu bukan yang sekarang, tapi aku akan cuba untuk jadi seperti dulu. Macam kelingkan ayat aku. Tak ada yang berubah pun kat aku ni, Cuma aktiviti aku mungkin dah tak boleh seperti dulu. Yela tahun ni dah umur 20 kot. Macam tua je kan. Orang dulu dah kahwin dah time cam ni. Tak pe, tuntut ilmu dulu. Kahwin tu kalau ada rezeki, InsyaAllah. Aku harap untuk sem ni semua okay la. Tapi kena duduk impian! Jauh tu. Mesti sakit je jalan jauh. Tapi bersyukur la dapat duduk asrama lagi kan. Orang lain mungkin ada lagi ramai yang nak duduk hostel sebab kos sara hidup sekarang dah meningkat. Tak pe la jauh sikit tasya oii. Susah dahulu baru senang kemudian. Tak gitu ke.

aku nak macam ni boleh? =)

Pasal class pulak. Aku sebenarnya serabut ni. Tak tahu nak class mana. Ikut hati nak class yang itu. Tapi kalau fikir pasal nak kena pergi hospital, better yang class lagi satu tu.  Rasa macam berbelah bagi. Sekarang ni macam ada dua pilihan, memang ada dua kelas je pun, ikut keselesaan atau ikut kehendak. Harap ada lagi beberapa hari ni aku dapat la ilham nak duduk class mana. Apa yang penting kat aku, kawan-kawan. Sebab aku bukanlah jenis yang friendly kot. Kalau kau kawan aku, memang itu jela kawan aku. Mungkin dekat laman social ni aku Nampak friendly tapi hakikatnya, macam payah sikit la. Bukan sombong cuma kalau kena gaya dan caranya mungkin mesra la. Haa gitu la.

Balik Kuantan ni banyak benda nak kena settle ni. First surat transfer tu, kena minta raih simpati kat siapa-siapa yang sudah membawa aku la. Kerete sewa tu available ke kat Kuantan tu? Mintak kereta tu ada je la kat situ. Mana lah tahu kereta tu lari sebab banjir ke. Haha. Aku rasa better pergi hari Khamis after pendaftaran. Itu pun kalau sempat la. Then aku nak attack P1 kat ECM tu. Geram pulak hati aku ni. Macam kena tipu pula. Aku nak hak aku.! Kau yang buat aku kena bayar lebih so aku nak hak aku..!! last sekali, aku nak shopping barang la. Biasa la, aku akan bawa barang sikit-sikit je. Yang mana perlu. Untuk stock, kenalah beli.

Hopefully tahun 2015, akan berjalan dengan lancer dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Memandangkan hari pun macam dah nak subuh, better aku main game or whatever supaya aku tak terlajak subuh pulak.

#Have a nice day 
#2015, everyting will be okay  
#waiting a that day

No comments: