JellyPages.com

Masalah ?

Assalamualaikum dan selamat petang di Jumaat yang penuh mulia ini. Rasa macam dah lama tak story. Well, tak semua boleh diceritakan dekat semua orang. Nanti ada orang menyampah pula. Haha. Gurau je. Sekarang dah masuk bulan February. Sekejap je dah sebulan berlalu. Macam mana rasa dengan tahun 2015 yang serba serbi baru ni? Honestly aku cakap, tahun ni macam lagi tough. Bukan sebab pelajaran! Tapi factor umur yang makin meningkat. Bila umur meningkat, masalah pun turut sama meningkat. Yela, time kecil dulu mana ada masalah. Paling common pun gaduh dengan kawan then esok baik semula. Tapi sekarang? Haa.. Kau rasa? Susah nak story kan? Bukan setakat kawan jela. Masalah tu boleh datang dari banyak segi dan persepsi. Contoh masalah keluarga, kewangan, persahabatan, kesihatan dan pembelajaran tak lupa juga persekitaran kita. Masalah percintaan pun boleh jadi masalah terbesar tau. Semua ni main peranan kat diri kita sendiri. Kita je boleh atasi dia sebab kita je rasa semua tu.




Bila sebut pasal masalah. Siapa je kat dunia ni yang tak ada masalah? Ok, budak kecil mungkin la tak ada masalah. Sebab tak ada bebanan lagi. Meh cakap sikit dengan aku siapa yang tak pernah ada problem sepanjang hidup dia? Aku pun nak ambil tips dari dia. Kot-kot boleh diguna pakai ke kan. Haha. So kesimpulan dia. Semua orang ada masalah dia tersendiri yang orang lain tak mungkin tahu. So beware dengan tutur kata kita. Mana tahu boleh mengguris hati dia secara tak sengaja ke. Siapa yang tahu.

Apa yang boleh aku cakap la kan. Bila ada masalah, kita memang digalakkan untuk bercerita dekat seseorang. Tapi kena pandai pilih teman bercerita. Aku ada kelemahan bab ni la. Salah pilih orang untuk bercerita. Kesudahannya cerita tu orang lain pun tahu. Ingat dia care gila la kat kita tapi dalam masa yang sama dia pergi cerita kat orang lain. Haha .Tapi benda dah jadi kan. Boleh tak faham bila seseorang itu cerita sesuatu dekat korang dan dia tak bagi tahu kat orang lain lagi, itu bermakna dia ingin merahsiakan la masalah dia tu. Mungkin ada sebab dia nak rahsiakan. Macam aku ni, aku nak rahsiakan sesuatu masalah tu sebab masalah tu memalukan aku ke, atau masalah tu macam menjatuhkan semangat aku ke. Banyak sebab la kenapa nak rahsiakan sesuatu benda tu. Tapi kalau masalah itu mengaibkan dia, lebih baik kau simpan elok-elok takut suatu hari aib kau pula akan dibuka. Macam seram je kan.

Aku pun dalam proses untuk tidak menceritakan masalah aku kat orang lain. Bukan sebab tak percaya tapi takut benda tu boleh jadi point untuk jatuhkan aku je nanti. Dalam banyak kawan ni, akan ada satu dua yang boleh pakai juga. Walau pun perangai dia tak berapa mungkin tak disenangi tapi hati dia baik kot.  Belum kenal so kita tak tahu perangai orang tu macam mana. Sekali dah kenal, rapat dia jangan cerita. Memang dah tak boleh berpisah.  Pernah tak rasa? Haha



Apa yang aku boleh buat bila ada masalah? First, contact dengan mak. Sesungguhnya mak la yang faham anak-anak dia. Second, tenangkan diri. Macam mana? Buatla something yang kau suka and if boleh baca quran, bacalah. Sebab ada orang cakap baca quran ini akan meredakan kekusutan yang melanda. Third? Cari kawan. Kawan ni kadang kala umpama kunci kebangkitan dan kunci kejatuhan kita juga. Cari kawan yang sepatutnya ok. Next? Tidur. Itu yang penting. Bila dah serabut sangat, tidur lah. Sebab tidur dapat melupakan sesuatu masalah untuk sementara dan supaya kita bangun nanti kita boleh berfikir bagaimana mahu menyelesaikan. Tapi sometimes bila ada masalah, kita kan jadi susah nak tidur gila. Ni tak tipu sebab kita over-thinking. Ini tak dapat nak tolong. Kita kena pandai set mind kita la. Suruh tidur juga. Haha.


Okay lah, cukup sampa sini sahaja. Kesimpulannya, setiap masalah pasti ada menyelesaiannya cuma lambat atau cepat je. Semua bergantung pada diri kita sendiri. Harap tiada sesiapa yang terasa dengan post aku ni. Ini semua datang dari hati kecil aku. Ok, take care semua. Assalamualaikum.

#Moga hati tetap tabah
#Hidup perlukan sokongan, dorongan dari orang lain

No comments: