JellyPages.com

hatiku tertawan. . .

Aku terus terang tak boleh tengok orang macam ni. Tak tahu kenapa. Setiap kali aku tenung orang tu, aku rasa lain macam. Seriously, aku tak tahu rasa apa itu. Tapi aku suka tengok orang macam ni.

Matanya sepit. Mulut kau kecil tidak membataskan untuk kau  senyum senget, itu yang special bagi aku. Lirikan mata kau pula, alahai cair pula kalau aku tengok lama-lama. Lepas tu, bila tengok kau tercengang-cengang, aku akan tersenyum Nampak dia sangat cute.

Bila dekat tv ada artis macam ni. Aku suka gila. At least aku dapat tengok orang macam ni lagi. Tak kisahlah artis mana, luar negara ke dalam negara ke. Semua aku suka tengok. Bukan aku je yang suka tengok. Tapi semua orang suka tengok kau. kau tahu tak? Setakat aku ni. Kau pandang sebelah mata saja. Haha. aku ni tak sedar diri pula.



Ni lah artis yang aku suka tengok.

Totally, aku suka dekat orang yang senyum senget. Walaupun mak cakap, orang senyum senget itu otaknya pun senget juga. Tapi aku tak kisah, sebab aku pun senget jugalah yea. Hehe.


Aku harap kau selalu gembira. Teruskan perjuangan. Supaya aku dapat tengok kau lagi. Hehe.






 

1 comment:

Ety said...

Hehe. Ni kalau adik lelaki Ety tahu, mesti dia excited. Hahaha. Sbb dia jenis yg senyum senget, tapi kitorang adik-beradik yg lain (semua perempuan, dia sorang je lelaki)semua tak suka. hahahaha :D

psst : Zahiril Adzim mmg hensem pun :)